SUDAH tiba hari untuk aku bekerja. Bermakna aku akan ke kafe pada hari ini seperti biasa. Kaki jinjang milikku mengatur langkah ke ruang tamu bawah kerana tidak terlihat pula susuk tubuh suamiku sama ada di tingkat atas mahupun di bilik tidur kami berdua.
"Haz?" panggilku.
"Yes, darling. I'm here," sahutnya dari suatu arah.
"Where?"
"Kitchen."
Dilajukan langkah ke dapur untuk mencari batang tubuhnya yang sememangnya bekerja dari rumah itu. Aku pula yang merasa pelik dengannya yang boleh memperolehi pendapatan yang tinggi hanya dari bekerja dari rumah. Tapi bila difikirkan semula popularitinya yang makin meningkat hari demi hari, maka tiada yang mustahil dengan semua itu. Umpama anak muda yang malas untuk menyambung pengajian dan membuat keputusan bodoh dengan setakat menjadi influencer.
Lain cerita dengan Haz. Suamiku itu sudah lama menamatkan pengajian dan sempat meneruskan pekerjaan yang seiring dan bersesuaian dengan bidang yang telah diperolehinya sebelum membuat keputusan untuk menjadi seperti dirinya sekarang. Biarlah. Asalkan aku tahu bahawa aku mempunyai seorang suami yang bijak dan bekerjaya.
"What are you doing, hubby?"
"Making a breakfast for my babygirl."
Kelihatan dia keluar dengan dua pinggan di tangan yang terisi dengan sarapan western yang disediakan olehnya. Sempat lagi dia melekapkan bibirku dengan bibirnya saat tiba didepanku sekilas. Aku sekadar menerima dengan rela saja.
Tatkala Haz jarakkan wajah, makanan diletakkan ke atas meja. Lalu, kerusi berhadapan dengan tempat dia duduk ditarik buatku untuk duduk.
"Have a sit, my babygirl," pelawanya penuh romantis dan lagak lelaki budiman.
"I boleh sarapan dekat kafe I aje, Haz."
"No. Come breakfast with me. Kejap lagi, I kena keluar jumpa someone."
Aku melabuhkan duduk ke atas kerusi yang telah ditariknya tadi.
"Siapa? Lelaki ke perempuan?"
"Perempuan."
Laju aku berpaling ke arahnya dengan riak wajah sedang menahan cemburu. Sebagai seorang wanita biasa, memang fikiran aku sudah menerawang ke perkara lain.
"Chill. Kawan aje. Tak ada apa pun." Dia angkat sebelah tangannya di paras dada. Gaya bersumpah kononnya.
"Boleh percaya ke you ni?"
"Mestilah. Anything, I will update to you. Like I have told you, I never had a girlfriend."
"Okay. I percayakan you, Haz. But remember and mark my words. Once I found you lied to me, I would never trust you again atau berikan you peluang kedua." Tegas dan penuh autoriti sekali aku berkata.
Namun riak wajah Haz tidak sedikitpun memancarkan riak kerisauan mahupun tergugat sama sekali. Tenang sekali.
"I would never betray your trust on me, baby girl."
"Good. Tapi kita akan tengok juga nanti. Jangan mneyesal."
Baru kali ini, aku perasan halkumnya bergerak buat beberapa kali. Tampak agak khuatir dan takut juga dalam masa yang sama. Mungkin. Aku tidak dapat membaca perkara yang bermain di dalam fikirannya saat ini. Tapi aku percaya dan yakin dia tidak akan mengkhianati aku. Atau mungkin, dia cuma takut andai ada yang bakal menjadikan dia mangsa seolah dia lah yang mengkhianati aku. Sedangkan hakikat sebenarnya, berlawanan sama sekali.
YOU ARE READING
Ryan's Queen | BAKAL TERBIT
Romance[COMPLETED] 2nd story Song: Setia by Elizabeth Tan ft Faizal Tahir Tidak saling mengenali. Tidak juga saling mengetahui akan kewujudan masing-masing. Namun disebabkan sebuah konsentrasi, buatkan mereka bertemu secara realiti. Hingga berjaya mencamba...