BAB 1 RYAN'S QUEEN

27.7K 1K 53
                                    

TUBUH yang terasa lenguh diregangkan. Dipusing kiri dan kanan untuk membetulkan tulang belikat yang terasa lenguh dek terlalu lama duduk dan menghadap komputer riba di atas meja belajar aku di dalam bilik. Pasti orang sangka aku baru lepas selesai buat kerja, bukan?

Tapi sebenarnya aku baru saja lepas maraton video youtuber kegemaran aku iaitu Ryan Darren kerana sudah lama aku tidak menonton videonya. Jadi kali ini, aku habiskan semuanya. Sedangkan kalau orang lain pasti maraton drama Korea. Tetapi aku lain pula. Kerana aku tidak meminati drama Korea. Drama Melayu turut sama.

Aku hanya meminati lelaki yang bernama Ryan Darren. Aku obses dengan dia walau dia tidak tahu akan kewujudan aku yang sungguh indah ini. Tapi tidak mengapa kerana aku tidak mengharapkan sebarang pertemuan pun antara kami. Aku sedar perbezaan antara kami dan perkara yang tidak akan terjadi.

"Lia! Bukak pintu ni kejap. Along ada benda nak cakap."  Pintu biliknya diketuk oleh Nashaf, abang sulung aku yang masih bujang. Walaupun umur sudah di awal 30-an.

Entah bila nak kahwin. Bukannya tak kacak abang aku seorang itu. Adalah juga rupa. Tapi tak ada seorang pun perempuan mahu lekat. Padahal dia sudah berusaha. Aku sendiri nampak dengan mata kepala dia meluahkan isi hati pada wanita pujaannya. Tapi alih-alih, ditolak juga atas sebab yang sangat buatkan aku mahu tumbuk sampai lunyai muka itu.

"Lia! Nak along pecahkan pintu ni ke?" 

Rengusan kasar dihembus. Dengan malas, aku bangun untuk mendekati pintu bilik. Terbuka saja, aku terus kembali ke kerusi tadi. Bilik yang berpenghawa dingin itu buatkan aku ketatkan pegangan di hoodie tebal yang dipakai. Menahan sejuk yang sederhana.

Along melangkah masuk ke dalam bilik aku. Pintu dibiar terbuka lalu dia melabuhkan duduk di katil milik aku yang bercadar putih yang dihiasi dengan bunga-bunga kecil.

"Gelapnya bilik Lia ni. Apa yang Lia cermat sangat? Bukan kau yang bayar bil elektrik pun. Asyik buka lampu hiasan je," bebel along sambil mata melingas ke segenap ruang bilik aku.

Bilik yang menjadi tempat kegemaran aku. Selesa. Nyaman dan menyenangkan. Sejak dari zaman remaja lagi aku tidak berputus asa menghiasnya hingga jadi cantik seperti sekarang.

"Biarlah. Inilah namanya bilik perempuan. Cantik. Aesthetic. Lia sukakan suasana macam ni. Lia selesa, along tahu?" Mata aku turut melingas ke bilik aku yang cantik itu.

Aku cintakan bilik aku. Terlalu cantik. Dan selesa seperti yang aku katakan tadi. Aku menoleh ke arah along semula.

             "Along nak apa datang bilik Lia?" 

"Along nak suruh Lia kerja dengan kawan along. Dia kaya, Lia. Dan dia boleh bayar berapa saja gaji untuk perempuan yang lawa macam kau ni. Nak tak?"

Bola mata diputarkan sambil mengeluh berat. "Tak nak. Lia tak suka lelaki pandang Lia." Biarpun pakaian aku adakalanya tidaklah terlalu sopan tapi ia soal badan aku sendiri. Aku berhak untuk memakai apa saja yang aku mahukan. Lagipun, tidak kiralah berpakaian sopan atau tidak, yang salah tetap lelaki yang mempunyai pandangan nakal terhadal seorang perempuan.

"Eleh, kau itu yang tak reti nak pakai pakaian sopan. Memang lah jadi pusat perhatian lelaki.  Lia tu, lelaki yang tak tahu Lia wujud juga yang Lia nak. Kawan along tu muda daripada along. Dia tua 3 tahun daripada Lia. Manalah tahu nanti Lia berkenan ke dengan dia? "

"Suka hati Lia lah. Hak Lia nak pakai apa pun. Ada aje kes orang pakai pakaian bertutup tapi tetap juga menjadi mangsa.  Dan apa pula kena- mengena dengan benda ni? Tadi kata nak kerja. Sekarang, berkenan pula. Along nak suruh Lia kerja ke ada boyfriend ni? "

"Both."

"Tak nak lah. Lia mana pernah bercinta jadi Lia tak tahu bagaimana caranya."

"Senang aje. Along boleh tolong."

Ryan's Queen | BAKAL TERBITWhere stories live. Discover now