BAB 27 RYAN'S QUEEN

9.5K 428 12
                                    

REGANGAN dilakukan pada otot leher sambil menonton drama di kaca televisyen. Aku melilaukan pandangan ke kiri dan kanan bagi mencari susuk tubuh suamiku. Tapi tiada. Suasana dalam rumah juga sunyi sepi saja.

Bingkas aku bangun dari duduk sejurus menekan punat tutup televisyen. Mahu mencari kelibat Haz sedang berada di mana dan sedang melakukan apa. Naik saja ke tingkat dua, kamar tidur hanya kosong. Lalu, aku pantas ke tingkat tiga. Sebaik tiba, hujung telinga menangkap sipi-sipi kedengaran bunyi petikan gitar elektrik yang dimainkan oleh suara maskulin dan ditenggelami dengan suara Haz bernyanyi.

Aku dekati kamar tersebut dan tanpa meminta izin terus memasukinya.

Begitu merdu Haz menyanyikan salah satu lagu kegemarannya yang bertajuk Do I Wanna Know? Nyanyian ahli kumpulan yang diberikan nama Artic Monkeys hinggakan tidak sedar akan kemunculan aku di situ. Ia membuatkan aku mendekatinya dari belakang. Tangan dilingkarkan ke sekitar lehernya.

Dan baru aku perasan bahawa dia hanya berseluar ketika itu. Ah, Imelda macam tak biasa. Dia juga cakap sebelum kahwin dulu aku akan sentiasa dapat lihat dia tidak mengenakan seurat benang di bahagian atas. Terutama sekali, ketika dia sedang merakam video baru untuk dimuat naik di youtube chanel miliknya yang saban hari, makin meningkat naik pengikut dan pengundinya itu.

Tatkala Haz menyedari akan kehadiran aku di situ, cekap saja jari telunjuknya menekan butang 'silent' pada papan kekunci yang berada di depannya. Air mukanya agak berubah. Terkejut mungkin. Laju saja tangan kirinya naik mencapai lenganku lalu dipaut lembut. Tubuhku ditarik mendekat ke arahnya.

"Sayang, what are you doing here?"

"Why? I dah ganggu you ke?" soalku.

"No. Cuma... I tengah buat live dekat youtube sekarang. For my new content. I takut nanti mereka dengar suara perempuan dalam live I," jelasnya. Tapi tidak sedikitpun riak wajahnya memaparkan seolah mahu memarahi aku. Cuma bimbang saja.

Oleh kerana, kenyataannya begitulah. Haz atau lelaki yang juga dikenali dengan nama Ryan Darren dalam kalangan pengikutnya itu tidak pernah menyatakan tentang statusnya sama sekali di media sosial miliknya. Namun, entah bagaimana boleh terjadinya kekecohan dalam kalangan pengikutnya tatkala ada beberapa orang pengikut yang perasan tentang cincin nikah yang tersemat di jari manisnya ketika dia telah memuat naik video berkenaan dia membuka bungkusan barang yang dia perolehi oleh klien yang membayar dan meminta dia mempromosikan barang tersebut. 

Maka, sejak dari situ ramai juga pengikutnya yang membuat spekulasi tentang crush mereka yang tidak pernah terlihat wajahnya di sebarang media sosial ini, telah selamat bergelar suami kepada seseorang. Namun begitu, bilangan pengikut dan pengundinya tidak berkurang sama sekali. Tapi makin bertambah hari demi hari. Seperti yang dibuktikan padaku pada tempoh hari.

"Ouh. Sorry." Aku menjauhkan tangan yang melata di sekitar lehernya tadi, jatuh ke sisi. Kerusi yang berdekatan ditarik untuk duduk di sebelahnya.

Diikutkan kehendak hati, ingin saja aku duduk di atas ribanya tapi disebabkan ada gitar elektrik, aku terpaksa batalkan saja niat tersebut.

Haz memandang aku dengan raut wajah berkerut. Pelik barangkali.

"Why are you sitting there?"

"Dah ada gitar atas paha you." Bibirku dijuihkan ke arah gitar elektrik yang berada di atas pahanya.

Tawa kecilnya terletus. Gitar tersebut dialihkan ke tepi buat seketika sebelum dia menggamit aku ke arahnya.

Kening aku terjongket tanda tidak faham.

"Duduk sini. Teman I main gitar, boleh?"

"Tak apa ke? I tak menganggu?" tanyaku, ragu-ragu.

Matanya mengerdip lembut sekali.

"Its okay. Come here, babygirl." Pahanya ditepuk perlahan.

Lantaran itu, aku menurut saja arahannya. Tangan kanannya terus memaut pinggang aku agar tidak jatuh. Kemas. Sempat lagi dia mendaratkan bibirnya ke bahu aku.

"Dekat sikit, sayang" bisiknya di cuping telingaku.

Aku mengikut dan menyelesakan kedudukan di atas pahanya.

Kemudian, gitar tadi kembali diambil lalu diletakkan ke atas paha aku disebabkan aku duduk di atas pahanya. Dia mahu mengajar aku main sekali ke ni? Kerana pernah juga satu masa dulu, aku menyuarkan hasrat dan impian aku untuk belajar bermain gitar elektik. Tapi sampai sekarang, aku belum ada masa dan kerajinan untuk belajar.

Tidak mengapalah. Kami sudah bergelar suami isteri dan dengan izin-Nya akan akan berkekalan. Jadi, pada bila-bila masa saja aku boleh memulakan kelas belajar bermain gitar elektrik daripada suamiku sendiri.

"Tak berat kan?" soalnya perlahan seraya melabuhkan dagunya ke atas bahu kiri dan  satu kucupan hinggap di leher jinjangku pula.

"Tak. I okay je. You okay?"

"Dont worry about me. I selalu okay selagi I ada you, Imelda."

Butang senyap yang ditekan tadi diaktifkan semula. Jarinya mula memetik gitar elektrik tersebut sebelum nyanyian yang tadinya tergendala disambung semula. Merdu sungguh nyayiannya. Bagaimanalah tiada wanita yang tidak terpikat dan tergoda akan suara indahnya itu?

Kerana banyak kali aku melihat di aplikasi tiktok anak-anak gadis meminati suara nyanyian Haz yang sungguh berbakat itu. Ada juga yang sampai menggelupur. Perkara biasa.

Kau bertuah, Haz. Ramai wanita sukakan kau. Asalkan kau lelaki, suara maskulin, aura kau kelihatan matang dan sungguh beradab. Semua orang menyukai dan meminati kau. Malahan ada juga yang menjadikan kau sebagai inspirasi mereka.

Tidak seperti aku. Tiada apa yang hendak dibanggakan. Hidup aku penuh dengan negatif dan ketidakmatangan. Kita berdua terlalu berbeza. Tapi takdir menyatukan kita berdua.

Kerana jodoh itu sifatnya berlawan dengan kita seperti yang aku pernah katakan dulu. Indah sekali aturan-Nya. Biarpun seringkali aku merasakan aku hamba yang dipenuhi dengan dosa jika hendak dibandingkan dengan suamiku yang merupakan seorang mualaf. Insan yang dianggap seperti bayi yang baru saja lahir. Masih suci dan mulia.

Ryan's Queen | BAKAL TERBITWhere stories live. Discover now