BAB 12 RYAN'S QUEEN

13.2K 698 28
                                    


PUNGGUNG dilabuhkan ke atas sebuah kerusi yang terletak di kawasan yang agak tersorok berdekatan dengan dapur kecil ini. Nafas dihela perlahan. Penat. Memanglah ada pekerja tapi aku juga buat benda yang sama. Malah, hari ini kafe makin ramai pula didatangi oleh pelanggan. Mahu kata disebabkan salah seorang pekerja aku yang bertugas untuk mempromosikan kafe ini di media sosial, tidak sangka pula boleh sampai hampir kelelahan aku pada hari ini. Barangkali ada orang lain juga yang sudi untuk kongsikan tentang kewujudan kafe aku ini pada orang ramai. Syukurlah, rezeki tidak putus pada hari ini.

"You penat ke? Nak I buatkan air atau nak air kosong je?"

Aku memanggung kepala ke arah suara garau tersebut.

"Ryan. It's okay. I boleh pergi ambil sendiri." Tidak mahu menyusahkannya.

"It's okay I boleh tolong ambilkan. You tak sakit pinggul ke duduk dekat sini? Why tak duduk dekat sofa? Selesa sikit. You rehatlah kat dalam bilik kerja you." Bertalu-talu soalan yang diajunya. Tampak begitu prihatin sekali. Kemudian, tiba-tiba dia mengeluarkan sehelai kain berwarna hitam dari kocek seluarnya.

Belum sempat aku menyoal, dia mengelap peluh di dahiku menggunakan kain tersebut. Penuh kelembutan dan perlahan-lahan. Serupa penggantin menyeka air mata untuk menghalang solekan dari rosak.

"Nanti tersumbat pori-pori you sebabkan peluh banyak sangat. Nanti skin breakout, kan diri sendiri yang sedih." Dari mana dia tahu tentang penjagaan wajah ini pun aku tidak tahu. Agaknya dia memang handal dalam banyak hal.

"You dah lain sekarang,Ryan."

"What do you mean, babygirl?"

"You dah tak macam Ryan yang I jumpa 2 tahun lepas. Yang pervert, tak jaga batas, yang bangga tayang body you tu. You jadi jauh lebih baik sekarang." Tanpa sebab aku memujinya.

Dia berhenti dari mengelap. Matanya melekat pada wajahku.

"You suka?"

"Suka." Senyuman manis aku ukirkan.

"Glad that you like it. I pun suka diri you yang sekarang. Kalau dulu, dingin, macam tak ada perasaan,sombong. But now, much better and I like it."

Aku sekadar mengunci mulut. Perbualan antara kami sentiasa random. Sementelah, aku selesa berbual dengannya. Dia berjaya buatkan aku suka dengan lelaki. Tapi untuk sekarang, hanya dia saja.

"You rehatlah dekat dalam bilik you. I boleh uruskan kafe dengan pekerja you yang lain," tutur Ryan.

Diri mula dihurung dengan rasa bersalah. Bukannya dia bekerja di sini pun. Tapi tidak semena-mena pula dia perlu menguruskan kafe ini disebabkan aku mahu berehat dan sudah lama tidak bekerja dengan begitu aktif sebegini.

"I rasa you dah boleh balik kut kalau you nak sekarang. Mesti you pun penat. Thank you so much for today. I sangat hargai."

"Tak..."

"I yakin you penat, Ryan. Maafkan I sebab dah susahkan you," potongku laju.

"I would never get tired of my babygirl. Okay? You tak susahkan I pun. Just go take a rest, Melda."
BAHU terasa ditepuk perlahan oleh seseorang. Aku mencelikkan mata perlahan-lahan sebelum dibuka sepenuhnya geranganyang mengejutkan aku dari lena. Kornea mata diisi oleh wajah manis Safira, pekerja aku yang tersenyum halus. Terpisat-pisat aku cuba untuk menganalisis di mana keberadaan aku ketika ini.

"Miss sambung rehat dekat rumah,ya? It's already 10 pm," katanya lembut.

Aku bangun dari baringan di atas sofa dalam bilik kerja. Otot leher dibetulkan sedikit untuk kurangkan rasa lenguh. Tidak sangka pula boleh sampai lewat malam aku terlena di pejabat sendiri. Sepatutnya aku pulang saja terus ke rumah tadi. Tapi tidak sampai hati pula mahu membiarkan Ryan seorang diri saja di sini tadi. Kononnya aku mahu menemaninya. Tapi alih-alih, aku pula sudah terlelap di sini.

Ryan's Queen | BAKAL TERBITWhere stories live. Discover now