INAI merah menambah seri di jemari runcing milik aku. Bibir terkatup rapat sambil menatap jejaka tampan yang sedang bersedia untuk melafazkan akad. Detak jantungku tidak semena-mena berubah kencang. Mungkin inilah rasanya apabila melihat seorang lelaki yang ikhlas dan sudi untuk memegang tanggungjawab sebagai seorang suami melafazkan nama wanita yang hendak dihalalkan olehnya dengan begitu serius.
"Muhammad Hazael Malique bin Abdullah."
"Ya, saya."
"Aku nikahkan akan dikau, dengan puteriku Natalia Imelda binti Dato' Naeshar berwakil walikan aku dengan mas kahwin seutas gelang."
"Aku terima nikahnya, Natalia Imelda binti Dato' Naeshar dengan mas kahwin seutas gelang."
"Sah?"
"Sah."
Beberapa lagi orang saksi yang berada di situ ditanya dan akhirnya perkataan sah terluncur dari bibir sekali gus menghalalkan hubungan suci antara aku dan Ryan. Atau nama islamnya, Haz Malique. Terhembus nafasku sebelum bibir juga mengucapkan syukur pada Yang Maha Esa.
Setelah itu, berjalannya upacara pembatalan air sembahyang, bacaan taklik dan sesi berswafoto. Aku memandang gelang Cartier yang dijadikan sebagai barang hantaran yang sungguh ekslusif itu. Gelang ini amat istimewa kerana ia merupakan gelang yang hanya boleh dibuka oleh Haz saja yang merupakan pasangan aku.
Sepatutnya ada dua. Satu buat aku, dan satu lagi buat suamiku. Tapi kerana dalam Islam, sudah dinyatakan bahawa lelaki tidak dibenarkan memakai gelang, jadi hanya aku yang memakainya.
"The Cartier love bracelets hand-wrought in 18k gold, locked with a special vermeil screwdriver. An exclusive Cartier design by Aldo Cipullo."
Masih aku ingat kata pekerja di situ ketika kami sedang mencari barang hantaran bersama.
Selesai saja semua itu, aku memasuki kamar untuk menyalin pakaian. Melabuhkan duduk di atas birai katil yang sudah terhias cantik, cincin perkahwinan yang bertatahkan permata yang sudah tersemat di jari manisku serta seutas gelang emas melingkari cantik pergelangan tangan ditatap bersama senyuman. Tidak menyangka bahawa aku telah melayari alam perkahwinan pada akhirnya.
Sangka aku, aku tidak akan ditakdirkan buat sesiapa. Namun Sang Pencipta lebih tahu segalanya kerana yang merancang adalah Dia.
Ketukan pintu dari luar menyentakkan aku. Pakaian akad nikah pagi tadi yang masih tersarung di tubuh, aku kerling seketika sebelum mataku tertumpu pada muka pintu. Menanti gerangan yang mengetuk tadi melangkah masuk ke dalam bilik sebelum pintu dikatup semula. Senyuman manis terukir cantik di wajah tampannya.
Aku gementar. Jantung berubah abnormal tatkala melihat dia semakin mendekat. Aku tidak pernah sebilik dengan lelaki. Ini bukanlah sesuatu yang aku biasakan.
Haz melabuhkan pinggul ke atas tilam katil di sebelah aku. Manakala, aku masih terkaku menghadap hadapan. Tidak memandangnya yang sedang menatap sisi wajah aku itu.
Selepas kami bernikah, aku lebih selesa menggelar atau memanggilnya dengan nama Islamnya. Haz atau Hazael Malique.
"We're halal now, my queen." Suaranya garau dan dalamnya menyapa telinga.
Namun aku masih mengeraskan tubuh persis patung cendana. Segan mahu menatap wajah tampan itu.
"Look at me. I nak tatap wajah perempuan yang dah sah bergelar isteri I ni." Sekali lagi dia bersuara.
Bibir dikemam rapat sambil mata dipejamkan rapat. Sejak bila aku ada rasa malu dengannya ini? Kalau dulu penuh selamba saja aku memandang dan berbual dengannya. Barangkali kerana sudah berada dalam hubungan yang lebih suci kali ini.
YOU ARE READING
Ryan's Queen | BAKAL TERBIT
Romance[COMPLETED] 2nd story Song: Setia by Elizabeth Tan ft Faizal Tahir Tidak saling mengenali. Tidak juga saling mengetahui akan kewujudan masing-masing. Namun disebabkan sebuah konsentrasi, buatkan mereka bertemu secara realiti. Hingga berjaya mencamba...