PINTU bilik dikatup kemas. Jam sudah menunjukkan pukul sebelas malam. Aku sudah mahu tidur kerana waktu sekarang memang waktu untuk aku merehatkan tubuh dan minda. Tiada yang menarik berlaku pada malam ini. Hanya makan malam bersama keluarga dan beramah mesra sesama ahli keluarga Ryan dengan aku. Disebabkan malam pertama perkahwinan semestinya aku bermalam di rumah keluarga pengantin lelaki.
Sebentar tadi, Haz ada ajak aku ke suatu tempat tadi untuk isi masa di malam pertama tapi aku malas. Jadi katanya, dia mahu mengisi malam pertama kami melakukan sesuatu aktiviti yang akan buatkan aku rasa malam pertama kami terisi. Malahan, penat yang beri kebaikan dan pahala serta menyihatkan tubuh badan.
Katil yang cantik terhias itu dihampiri sebaik aku melihat susuk tubuh Haz yang berbaju T nipis putih bersama kain pelikat sedang duduk melunjur kaki di atas katil sambil menaip. Ini merupakan kali pertama aku melihatnya memakai pakaian sesantai ini. Tapi kekacakkannya tetap juga terserlah.
Aku membaringkan tubuhku ke atas katil bersebelahan dengannya sebelum selimut tebal tersebut ditarik menutupi separuh tubuh. Kepala didongakkan sedikit bagi melihat sang suami yang masih tekun dengan kerja sampingannya itu.
"You tak nak tidur lagi ke, sayang?" soalku padanya.
Dia berpaling sekilas ke arahku.
"Kejap. Lagi sikit. Kalau tak, nanti idea hilang."
"Okay." Aku hanya termenung menghadap siling. Mengimbas kembali memori pernikahan kami yang telah berlangsung pagi tadi. Serasa tidak percaya pula aku sudah ada teman sebilik mulai hari ini.
"Alright. Done."
Laju aku berpaling ke arah Haz yang sedang menyimpan kembali Macbook miliknya lalu membaringkan tubuh di sebelah aku. Tangan kekarnya menarik lembut lengan halusku untuk baring menghadapnya. Setelah baring sepenuhnya menghadapnya, tangan itu mula menjalar di belakang tubuh pula. Memeluk erat serupa bantal peluk saja.
Mujur aku tidak lemas. Sudahlah saiz tubuhnya lebih besar nak dibandingkan dengan aku yang kurus tinggi ini.
Wajahnya menunduk memandang aku sembari aku mendongak memandangnya. Dagunya aku kucup sekilas. Sengaja tak ada kerja.
"Rasa macam tak percaya," ujarnya tiba-tiba.
"Tak percaya apa?"
Dia tersengih lebar. Dahi aku dikucupnya lama. "I dah ada teman sebilik, teman hidup, teman bergembira. Setelah... kematian arwah parents I."
Bibir dikemamkan rapat tatkala perkataan arwah terbit di ulas bibirnya. Aku menaikkan tangan melekap di rahang tajamnya itu. Dielus kasih.
"You sedih ke, sayang? You sunyi?"
Bibirnya melorek senyuman tipis. Belakang tapak tanganku yang berada di rahangnya dipegang. Haz memejamkan matanya seketika.
"Dulu, I rasa tak kisah bila berjauhan dengan mereka. Sebab selama I sambung belajar dan tinggal di rumah sewa sendiri, I fikir I akan boleh bertahan hidup tanpa mereka. Tapi rupanya I silap. I rasa tak lengkap. Rasa macam ada yang kosong. Sebenarnya kan, I hampir putus asa untuk teruskan hidup tau. Bukan sebab sedih semata tapi sebab tanpa kewujudan mereka, I tak rasa ada guna lagi untuk I sambung belajar dan tamatkan semua yang telah I mula." Cecair jernihnya mula turun dari sepasang matanya yang sedang terpejam rapat itu.
Manakala aku yang amat memahami diri dan situasinya ketika itu juga turut mengalirkan air mata. Anak yatim ialah salah satu kelemahan aku. Aku paling jatuh kasihan dan bersimpati pada mereka yang tidak telah kehilangan kedua orang tua mereka.
"Yalah.I... I dah tak ada mereka. Buat apa I nak teruskan, kan sayang? Dah tak ada sesiapa I perlu banggakan. Dah tak ada siapa nak celebrate kejayaan I. Untuk apa lagi I teruskan? Tapi disebabkan mereka juga I mula, mereka yang banyak berkorban untuk I selama I hidup. Jadi, tak akan I nak persiakan semua itu begitu saja kan?" Haz mencelikkan kembali matanya. Pantas, aku mengesat air mata yang membasahi pipinya itu.
"I berjaya tamatkan. Tapi yang sedihnya, I cuma ada kawan-kawan raikan. Itu pun, sekejap saja sebab mereka semua ada keluarga. While me? No. Walaupun I rasa lega tapi rasa kosong itu tetap ada. Bertahun I hidup sendirian sampai ada yang sudi jadikan I sebagai anak angkat mereka." Air matanya makin galak mengalir. Pertama kali aku melihat dia menangis hingga sebegini teruk. Membuatkan aku masih rasa simpat terhadapnya.
Lelaki yang selama ini sentiasa tersenyum di depan aku sebenarnya telah menyimpan banyak kesedihan dan kedukaan dalam diam. Kerana untuk apa dia tunjukan sedangkan dia merasa tiada yang kisah akan keadaan dirinya?
Tapi dia tidak tahu bahawa aku sentiasa akan ada buatnya. Sentiasa bersedia menadah telinga mendengar segala curhatnya, kedukaannya atau segala saja yang dihadapi olehnya. Aku akan sentiasa ada buatnya selagi Tuhan juga masih mengizinkan.
"Kemudian, Allah pertemukan I dengan you. I dah ada teman hidup. Akhirnya. Allah kabulkan doa I. I bersyukur sebaik I jumpa you, Imelda. Balik aje dari jumpa you, I sujud syukur dan I sentiasa berdoa semoga you untuk I. I nak ada teman juga. I dah tak nak rasa sunyi. I juga mahu tempat untuk I meluah, I bersandar. I tak kuat untuk simpan semuanya seorang diri. I teringin nak rasa dimanjakan dan memanjakan seseorang macam ketika I masih ada arwah parents I dulu juga." Bahu lebarnya sudah terhinggut. Esakan juga makin jelad kedengaran.
Aku mengesat lembut air matanya yang makin lebat itu. Dahinya, menjadi kawasan aku melabuhkan bibirku lembut.
"You kuat, Haz. You seorang lelaki yang kuat. Mungkin jika orang lain di tempat you, mereka dah tak mampu untuk mengukir senyuman di wajah lagi. Bukan senang. Bila kita kehilangan satu-satunya tempat kita bermanja dan insan yang paling kita selesa. But look, now you dah ada I, kan? Jadi, apa-apa cerita aje pada I. Okay? Jangan simpan seorang dah. I am your wife, your bestfriend, your roommate, and your everything . Right?"
Haz cuba meredakan esakannya dari terus berlagu. Dia mengangguk seraya memejamkan mata. Pelukan di tubuhku makin dieratkan lalu wajahnya disembamkan ke ceruk leherku.
"Thanks, babygirl. Dengan you aje I rasa selesa ceritakan semua rahsia yang I tak pernah beritahu pada sesiapa selama ini. Disebabkan itulah, setiap kali you tanya tentang diri I, I sudi beritahu," ujarnya.
"Thank you juga sebab percayakan I." Belakang tubuhnya diusap olehku.
Keheningan mengisi ruang antara kami. Haz yang cuba meredakan tangisannya dan aku yang sedaya upaya cuba menenangkannya dan menyedarkan dia bahawa aku akan sentiasa ada dengannya. Dia cuma perlukan sokongan, perhatian dan human diary saja. Tidak lebih.
"Are you okay? I nak tidur. Kita tidur, ya?" soalku serta merta. Mata dipejam.
Perlahan-lahan pelukan dilepaskan olehnya. "Good night, my queen." Bibirku rasa ditindih oleh sesuatu sekilas.
Aish, dia ni lah. Nak tidur pun, masih menyempat lagi,ya.
YOU ARE READING
Ryan's Queen | BAKAL TERBIT
Romance[COMPLETED] 2nd story Song: Setia by Elizabeth Tan ft Faizal Tahir Tidak saling mengenali. Tidak juga saling mengetahui akan kewujudan masing-masing. Namun disebabkan sebuah konsentrasi, buatkan mereka bertemu secara realiti. Hingga berjaya mencamba...