BAB 8 RYAN'S QUEEN

14.1K 726 14
                                    

KEADAAN begitu janggal sekali. Seolah baru pertama kali berjumpa. Sedangkan baru saja sebulan dia menghilangkan diri. Kalau dalam kiraan, ia tidaklah begitu lama. Barangkali kerana tiada sebarang komunikasi antara kami selama tempoh itu. Hanya aku saja yang mengetahui media sosialnya. Nombor telefon apatah lagi. Memang tiada langsung cara lain untuk kami berkomunikasi selain dari cara lisan sebegini.

Aku tegakkan tubuh pada kerusi berhadapan dengannya itu manakala dia hanya santai bersandar pada kerusi berkulit baldu itu.

"You kerja sini?"

"I'm the owner of this cafe."

Matanya separuh bundar seakan terkejut sembari tubuh kembali ditegakkan. "Tapi selama I datang sini, I tak pernah nampak you langsung pun."

"I jarang datang sini. Usually, I prefer duduk dekat rumah aje or go somewhere," jelasku.

Tambahan, adakalanya aku duduk di rumah bukan lenggang kaki saja. Dalam pada masa yang sama, aku turut cuba mencipta resipi baru mengikut kemahiran yang aku punyai serba-sedikit. Kewangan kafe juga, sudah tentunya diuruskan oleh aku. Sebarang keuntungan atau kerugian akan disiasat dan dikira oleh aku sendiri. Bidang yang aku pernah pelajari dulu digunakan sebaiknya. Kerana ilmu itu untuk amal.

Kepalanya jatuh beberapa kali. "I selalu datang sini bila I free atau bosan. It's so cozy. I love the vibe so much." Matanya melingas ke sudut kafe.

Aku jongket kening sambil senyum sopan. "How much?" soalku.

"As much as I love the owner of this café," balasnya tanpa memandangku.

Lagi sekali, aku terkedu. Tapi aku lupa bahawa dia seorang yang handal dalam bermain dengan kata manis. Mungkin itu semua sudah sebati dalam dirinya. Berkali-kali aku mengingatkan diri agar tidak mudah terbuai. Biarpun sudah fitrah sesetengah perempuan, pantang dapat ayat manis dari lelaki sikit, sudah mula cair. Jadi, aku tidak mahu terlalu leka dalam perkara tersebut. Ia hanya akan memakan diri saja pada akhirnya jika semua itu hanya dusta semata.

"Nice joke." Sebelah bahuku dijongketkan dengan riak wajah tenang.

Ketenangan yang sukar untuk dicari dan dirasai. Ketenangan yang memerlukan aku untuk menghadapi pelbagai ujian dan sentiasa terapkan kesabaran yang tinggi dalam diri.

"I am not joking right now."

Tangan kiriku naik menggaru belakang tengkuk yang tidak gatal sambil menunduk sedikit sebelum mengangkat semula kepala. Jujur, tiada respon yang mampu diberikan. Kerana tidak kiralah sebanyak mana kata cinta pun yang terucap di bibirnya buatku, tidak mungkin juga untuk kami bersama. Agama yang memisahkan kami. Andai jika Ryan sanggup untuk memeluk agama Islam dan mempelajari segalanya tentang Islam juga, aku bimbang jika dia melakukan semua itu hanya kerana aku semata. Bukan ikhlas kerana dia mahu mengenali Penciptanya sendiri.

"I tahu you tak patut rindukan I sebab I bukan yang halal untuk you lagi. Tapi, I rasa walaupun baru sebulan kita tak jumpa. I rasa pertemuan kita pada hari ini ialah jawapan untuk ayat yang I katakan masa kali terakhir kita jumpa. Remember?" Dia mula menggubah topik. Kepada sesuatu yang ingin aku luahkan namun segan kerana hubungan tanpa status kami sekarang ini. Seringkali aku tertanya kami ini apa sebenarnya? Mahu kata teman, teman tidak begini. Mahu kata pasangan, kami tidak seagama. Tapi jujur, ayatnya itu semestinya masih mekar dalam ingatan aku.

"I tak pernah lupa," ujarku.

"Great." Hanya sepatah balasnya.

"Anyway, you tengah tulis apa tadi?" Aku ubah topik perbualan.

Ryan tersenyum manis. Tangannya menarik komputer riba yang berada di atas meja itu dan dipusingkan menghadap aku. Mengizinkan aku untuk mengetahui isi yang terkandung di dalamnya dan kegiatannya tadi.

Ryan's Queen | BAKAL TERBITWhere stories live. Discover now