BAB 33 RYAN'S QUEEN

8.2K 352 0
                                    

KEPALA aku yang bersandar di dada bidangnya dielus lembut. Selesai saja makan tadi, aku dan Haz duduk di kerusi di pinggir kolam yang tenang itu. Bersedia untuk memulakan sesi curhat.

"Terima kasih." Ucapku tiba-tiba dengan perlahan.

Pandangan, masih terhala ke arah samar-samar cahaya yang menyimbah suasana di situ.

"Untuk?"

"Segalanya yang terjadi pada hari ini. Melda bahagia. Tidak perlu ke tempat mewah jika insan yang bersama kita tika itu ialah insan yang kita sayang. Tidak perlu terlalu cantik hiasannya jika insan yang telah berusaha melakukannya ialah insan yang paling kita hargai."

Penuh ketulusan dan keikhlasan aku menuturkan isi hati padanya. Jujur, itulah yang dirasakan iaitu menghargai segalanya.

"Isteri abang ni bijak betul berbicara, ya? Dah macam penulis novel."

Bibirku melakar senyum tipis.

Jauh di sudut hati, aku memang berimpian untuk menjadi seorang penulis novel tapi tidak kesampaian. Atas kerana tidak direstui kedua orang tua. Minatku terhadap menulis jadi terbatas kerana mereka melarang keras aku untuk menuju ke arah bidang tersebut.

"Kan Melda pernah cakap dulu? Melda memang pernah menulis di online platform tapi tak bertahan lama. Mama papa tahu dan mereka larang Melda untuk teruskan."

Sadis kedengarannya apabila minat kita dihalang dan tidak diterima oleh kedua orang tua kita. Tapi mereka ibu bapa aku jadi tak akanlah aku mahu menjadi anak derhaka dengan membantah pula kehendak mereka.

"Jadi sekarang, Melda ialah perempuan yang tidak kesampaian untuk menjadi seorang penulis dan sedang bersama dengan lelaki yang berjaya untuk menjadi seorang penulis. Malah jauh lebih hebat." Sambungku lagi.

"Don't say that. Your parents know what is better for your future. Allah dah lakarkan jalan kehidupan kita bagaimana kerana Dia Maha Mengetahui segala yang hamba-Nya tidak ketahui."

Bicara Haz, cuba mengigatkan aku bahawa segala yang terjadi telahpun terlakar indah dengan sempurnya yang tersendiri. Hati ini harus menerima dengan hati yang redha dan terbuka. Harus menerima hakikat tersebut.

Mereka tidak tahu seberapa besarnya cinta aku pada dunia penulisan. Terlalu besar cinta yang aku tanamkan untuk minat yang satu ini.

Walau dilarang keras, hati aku tetap setia pada minat yang satu itu.

Manusia, tidak akan pernah faham.

Mereka hanya tahu berkata-kata seoalah mereka rasai dan fahami segala yang aku rasai.

"I have told you before, right? Masih ada masa. Tak mahu cuba? Abang ada. Boleh tolong yang mampu dan patut."

Kepala digerakkan ke kiri dan kanan dengan perlahan.

"Tak nak. Melda tak kuat. Mental Melda tak kuat nak hadap segala yang bakal berlaku nanti. Cukuplah Melda luahkan pada abang dan abang saja yang tahu. Maaf sebab kerap ulang perihal yang sama."

"Tak apa. Abang tahu Melda cuma mahu meluahkan yang terpendam di hati dan abang dah janji akan setia menjadi pendengarnya. A listener need a listener too."

Bahuku dielus mesra. Membubarkan rasa serba salah dalam diri ini.

"Abang ada sesuatu untuk Melda memandangkan Melda nampak suram dan sedih saja dari tadi." Katanya tiba-tiba.

Lantas, aku mengangkat kepala untuk memandang wajahnya.

"Apa lagi? Mana ada Melda sedih. Tadi pun abang dah-"

Ryan's Queen | BAKAL TERBITWhere stories live. Discover now