Kereta dikunci lalu Jake dengan Raeyon masuk ke dalam rumah.Pintu Utama Jake tutup.Anaknya sudah pun mendarat Di atas sofa yang empuk lagikan lembut.Jake melihat anaknya sambil memasukkan tangan Ke dalam poket seluar.Jake menghembus nafas berat.Dia melihat lagi anaknya.
"Raeyon"
Raeyon mendongak Ingin melihat ayahnya.Jake menggerekkan lehernya terlebih dahulu.Raeyon ditatap semula.
"Papa dah cakap kan,jangan jumpa perempuan tu lagi"
"Apa yang seronok sangat dekat Dia tu hah?"
"Papa baru je ajar haritu,jangan bercakap dengan orang Yang Tak kenal"
"Kamu bercakap juga"
"Kalau ada benda Yang terjadi kat Raeyon macam mana?"
Raeyon hanya terdiam sambil melihat ke bawah.Jake bersuara lagi.
"Papa nak tahu"
"Kenapa kamu suka sangat bercerita dengan perempuan tu?"
Raeyon terdiam lagi.Jake mengerutkan dahi.Jake bersuara lagi.
"Raeyon,papa tanya ni"
Raeyon menghembuskan nafas berat.Budak kecil itu bermain dengan jarinya.
"Kak Yongju..."
"Raeyon teringat Mama bila tengok kak Yongju"
Kerutan didahi hilang Serta merta.Masih lagi anaknya Di depan ini menyebut tentang ibunya.Jake memeluk tubuh lalu dahinya digaruk.
"Jadi nama perempuan tu Yongju?"
Raeyon mengangguk.
"Kak Yongju selalu baik dengan Raeyon,sama macam mama buat kat Raeyon dulu"
Raeyon mendongak untuk melihat Jake.Membesar sedikit mata Jake apabila Dia melihat air mata anaknya keluar sedikit.
"Raeyon sayang kakak Yongju"
"Raeyon nak kak Yongju hari hari dekat dengan Raeyon"
Jake ternganga dibuatnya.Sampai begitu sekali sayangnya Raeyon terhadap Yongju.Tetapi Di sini,Jake boleh rasa yang Raeyon sudah mula ingin melupakan Jihee.Iaitu adanya Yongju yang sungguh baik ke Raeyon.Mungkin dengan cara ini akan membuatkan Raeyon gembira Dan terus lupakan Jihee.Jake menguak rambutnya ke belakang.Dia duduk di sebelah Raeyon.Jake senyum tipis sambil mengusap kepala anaknya.
"Raeyon sayang sangat dengan dia ya?"
Raeyon mengangguk laju sambil mengelap hingusnya yang keluar sedikit.Raeyon menggenggam tangan Jake.Jake hairan.
"Papa"
"Kahwin lah dengan kak Yongju"
Terbatuk Jake dibuatnya.Ringan sahaja mulut Raeyon berkata seperti itu.Dia tidak tahu bahawa ayahnya Baru sahaja Ingin menutup pintu hatinya.Tiba tiba pula mendapat cadangan Yang mengejut ini.Jake juga sebenarnya pernah terfikir,patutkah Dia kahwin lagi.Tetapi,teringat sahaja Jihee membuatkan Jake hilang rasa Ingin bercinta lagi.Dia takut benda Yang sama berulang.Namun,dengan rayuan anaknya Dia sanggup Membuat apa sahaja.Bukan bermaksud Yang dia mahu kahwin dengannya Yongju!Tetapi,Dia cuba fikir cara lain Yang boleh merapatkan hubungan anaknya Dan gadis tersebut.Walaupun Jake menyampah,tetapi ini Demi anaknya.Jake melihat anaknya.
"Raeyon,kamu tahu kan Papa Tak boleh tunaikan permintaan kamu untuk kahwin dengan dia?"
Raeyon memuncungkan bibirnya.Sudah agak Yang Jake masih lagi berkeras untuk tidak kahwin lain.Raeyon sebenarnya faham apa yang Jake alami.Dia lakukan semua ini kerana dia Ingin melihat ayahnya tersenyum lagi seperti dahulu.Lihat sahaja wajah Jihee,Jake pasti akan tersenyum.Itulah Yang Raeyon inginkan.Disamping mahu Yongju Sentiasa bersama Raeyon,Raeyon juga mahu Yongjulah gadis seterusnya untuk Jake.Itu Yang Raeyon maksudkan.Tetapi disebabkan ayahnya Baru sahaja terlibat dalam situasi Yang sangat pedih,dia biarkan sahaja dululah ayahnya tenang.Tidak mahu memaksa terus menerus.Sampai bila Jake Ingin menjadi ayah tinggal,tidak mahukah lagi Jake tersenyum kerana wanita Yang dicintai?Menakjubkan sungguh Raeyon ini.Masih budak kecil,sudah pandai berfikiran agak matang.Raeyon hanya mengangguk.Jake senyum.
YOU ARE READING
BE MY WIFE! - SIM JAEYUN
FanfictionSepasang suami isteri Yang mempunyai seorang anak lelaki,bercerai selepas isterinya membuat perkara yang sungguh menyakitkan hati.4 tahun sudah berlalu lelaki bernama Sim Jaeyun atau dikenali sebagai Jake,menjadi ayah tunggal yang menjaga anaknya se...