Ep 27

69 4 23
                                    

Setelah semuanya sudah reda, Beomgyu membawa Yongju untuk duduk di bangku. Gadis itu diam tidak berdaya. Mata yang masih bersisa air mata dan juga hidung yang masih kemerahan. Gadis itu mengelamun. Beomgyu hanya mendiamkan diri. Sesekali dia melirik ke arah kakaknya. Beomgyu menggaruk kepalanya.

"Kenapa..?"

Lelaki itu menoleh ke arah Yongju.

"Kenapa kakak selalu kalah"

"Apa yang tuhan nak dari kakak.."

Yongju perlahan lahan melihat Beomgyu. Air mata gadis itu bergelinang semula. Beomgyu lantas menggenggam tangan Yongju.

"Kenapa kakak, Beomgyu"

"Apa salah kakak?"

"Apa dosa kakak?"

Beomgyu menunduk ke bawah. Jarinya mengusap usap tangan kakaknya sendiri. Yongju mengelap air matanya.

"Kalau macam ni lah takdir"

"Baik kakak menyerah dari awal.."

Beomgyu melihat kembali kakaknya. Yongju sambung lagi.

"Perempuan tu masa lalu dia.."

"Kakak cuba jadi masa depan dia..."

"Perempuan tu dah hancurkan dia..."

"Kakak cuba susun balik hati dia..."

"Tapi dia..."

"Masih terperangkap dalam bayang perempuan tu..."

"Kenapa?"

"Kenapa Beomgyu?"

"Kenapa..!"

Gadis itu ingin sambung menjerit lagi. Lantas Beomgyu menarik Yongju dalam pelukannya. Diusap sayang kepala gadis yang malang itu. Sempat dahi Yongju dicium. Pelukan akhirnya dileraikan. Beomgyu menghadapkan tubuh Yongju ke arahnya.

"Kakak"

Pipi Yongju ditekup lalu kepalanya didongakkan agar bisa melihat Beomgyu. Air mata yang masih mengalir dihapuskan. Beomgyu senyum.

"Dalam dunia ni, semua orang pernah kena uji"

"Jadi, kalau kakak nak semua berjalan dengan lancar. Ingat dua benda ni je"

"Sabar dan berdoa"

"Apa sahaja ujian yang diberi, kakak kena sabar dan berdoa banyak banyak supaya dipermudahkan"

"Adik yakin, kalau kakak pegang dua benda ni"

"Kebahagiaan kakak akan datang secepatnya"

"Okay?"

Yongju hanya diam. Dia tidak sangka, Beomgyu masih pandai berkata kata. Hatinya sedikit tenang mendengar nasihat Beomgyu. Perlahan lahan senyuman Yongju terukir.

"Terima kasih adik"

Beomgyu juga ikut senyum. Yongju menggenggam semula tangan adiknya.

"Adik.."

"Kakak nak minta maaf apa yang kakak buat sebelum ni ye. Kakak minta maaf sangat"

Beomgyu lagi lagi senyum. Lelaki itu menggelengkan kepalanya.

"Tak perlu minta maaf pun. Adik yang sepatutnya minta maaf. Sebab adik, keluarga kita pecah..maafkan adik ya"

Yongju senyum. Gadis itu mengangguk. Akhirnya, dua beradik itu berbaikan semula.

-

Jam menunjukkan pukul 11:45, dan Yongju akhirnya pulang ke rumah. Buka sahaja pintu rumah, muncul wajah Jake yang dingin sambil berpeluk tubuh. Yongju menunduk ke bawah. Jake menghembuskan nafas berat.

BE MY WIFE! - SIM JAEYUNWhere stories live. Discover now