Ep 16

143 5 3
                                    

Manusia manusia yang berada Di dalam hospital itu hairan apabila mereka melihat seorang wanita yang sudah kemas berpakaian baju pengantin sedang berlari mengikut para para doktor yang mendorong seorang wanita tua. Ya, gadis itu ialah Yongju. Lepas sahaja mendapati yang ibunya tidak bernafas, Yongju terus menghantar ibunya untuk pergi ke hospital sedangkan hari ini hari perkahwinannya. Yongju sudahpun menangis teresak esak, dia tidak sangka pada hari yang penting ini ibunya tiba tiba sahaja tidak membangunkan diri. Mereka tiba Di dalam wad, namun Yongju ditahan. Mereka tidak membenarkan Yongju masuk. Tetapi gadis itu melawan.

"Saya nak masuk! Saya nak tengok mak saya!"

"Mama! Tolonglah bangun mak!"

"Mama janji nak tengok Yongju kahwin!"

"Mama!"

Situasi tersebut akhirnya menarik perhatian orang ramai. Para para doktor Cuba untuk tenangkan Yongju. Yongju menangis meraung.

"Cik sabar ya, kami akan Cuba selamatkan ibu cik"

"Tolong doktor... Tolong buatkan ibu saya bangun.."

Doktor doktor itu akhirnya memasukkan ibu Yongju ke dalam wad. Pada masa yang sama, Sunoo Dan Dong pyo muncul. Lihat sahaja mesej yang dihantar oleh Yongju, lekas mereka berdua datang kemari. Mereka berdua mendekati gadis itu.

"Yongju, kau okay?"

Yongju melihat kawan kawannya. Dong pyo Dan Sunoo menyuruh Yongju untuk duduk dibangku. Mereka menepuk nepuk belakang tubuh Yongju.

"Sabar ya Yongju"

"Aku pasti, mak kau akan bangun juga"

Jake, Raeyon, Puan Sim Dan Tuan Sim akhirnya datang juga. Lepas sahaja mendengar berita mengejutkan ini, Tuan Sim terus meninggalkan kerja pentingnya. Lelaki tua itu juga berasa simpati kepada Yongju. Anak menantunya yang harus berkahwin hari ini, tiba tiba sahaja mendapat perkara yang begitu menyedihkan. Jake melihat Yongju yang masih menangis itu. Keluhan dilepaskan.

'Kenapalah benda ni terjadi'

Dong pyo Dan Sunoo memberi Jake ruang untuk tenangkan bakal isterinya itu. Jake duduk mencangkung. Kepala ditelengkan lalu tangan yang menutupi wajah Yongju itu dijauhkan dari wajahnya. Jake lalu mengusap pipi Yongju Dan mengesat air mata perempuan itu.

"Jangan nangis"

"Mak kau akan selamat"

Wajah Jake dilihati. Makin deras air mata gadis itu. Automatik tubuh Jake didekap erat. Jake agak terkejut tetapi dia Cuba untuk biasa biasa sahaja. Pelukan Yongju dibalas. Tangannya melingkar ke pinggang Yongju. Tangan kirinya pula mengusap lembut kepala Yongju. Raeyon juga maju Dan memeluk kaki gadis itu. Puan Sim, Tuan Sim, Sunoo Dan Dong pyo hanya melihat dari jauh sambil bersimpati terhadap Yongju. Puan Sim melihat jam tangannya. Sudah pukul 10:20. Acara bermula pada pukul 10:30. Puan Sim menggigit bibirnya. Mana mungkin perkahwinan ini akan berjalan Dengan lancar Dengan adanya sedikit masalah. Puan Sim akhirnya memutuskan untuk mengadakan perkahwinan mereka Di malam hari. Tuan Sim juga setuju.

Beberapa minit kemudian,doktor akhirnya keluar dari wad. Mereka semua berdiri. Yongju mendekati doktor tersebut.

"Doktor, macam mana... Keadaan mak saya?"

Doktor tersebut menghembus nafas berat. Kaca mata ditanggalkan. Wajah Yongju dilihat. Yang lain juga sedang menunggu jawapan dari doktor tersebut.

"Cik Yongju"

"Maafkan kami"

"Ibu Cik... Tak dapat diselamatkan"

Hampir tumbang gadis itu dibuatnya. Segera Jake menangkap tubuh Yongju daripada terjatuh. Doktor itu sambung lagi.

BE MY WIFE! - SIM JAEYUNWhere stories live. Discover now