Ep 26

55 3 7
                                    

"Saya masih sayang awak Jihee"

Terbuntang luas mata gadis di hadapannya itu. Ya, Jake jujur dengan sepenuh hati bahawa lelaki itu masih sayangkan Jihee. Siapa sahaja yang tidak  mencintai cinta pertamanya bukan? Bahkan Jake selalu terangaukan Jihee. Di saat dia melihat Yongju, lelaki itu terbayang bahawa gadis di hadapannya adalah Jihee tetapi nyatanya tidak. Jake menyesal ceraikan Jihee. Kononnya agar bisa melupakan Jihee, tetapi lelaki itu tetap mencintainya. Biarpun sekarang Yongju adalah isterinya. Jihee ternganga tidak terkata. Dia tidak sangka, Jake masih menyayangkannya. Setelah apa yang dia lakukan pada Jake dahulu.

"Jake...awak masih sayangkan saya?"

Jake mengangguk tanpa ragu. Jihee menatap tangan mereka yang menyatu. Gadis itu melihat Jake semula.

"Tapi...saya pernah curang dengan awak. Takkan semudah itu Jake?"

Jake melihat Jihee. Cinta pertamanya. Pipi gadis itu dielus lembut. Jake mengukirkan senyuman.

"Memang saya marah Jihee"

"Tapi...saya tak boleh nak marah awak lama lama"

"Sebab, rasa sayang saya kat awak masih ada"

Jihee mengeluarkan air matanya. Gadis itu juga senyum.

"Terima kasih sebab masih terima saya Jake"

"Saya harap, saya boleh putarkan masa"

Jake tanpa segan silu memeluk erat tubuh kecil bekas isterinya itu. Mata dipejam. Rambut panjang Jihee diusap sayang. Lelaki itu sungguh rindu akan pelukan ini. Begitu juga dengan Jihee. Adakah benar? Jake masih sayangkan Jihee. Tetapi, lelaki itu sudahpun berkahwin dengan Yongju. Adakah Yongju akan ditinggalkan? Tanpa mereka sedari, ada sepasang mata yang dari tadi memerhatikan mereka. Mata itu sudahpun bergelinang bersama air mata. Bibir bawah digigit kuat. Yongju. Gadis itu mendengar semua perkataan mereka. Dia melihat semua pergerakan mereka. Hatinya sakit. Sakit sekali. Gadis itu seperti tidak percaya apa yang terjadi. Jake masih sayangkan Jihee. Adakah misi Yongju untuk cairkan hati Jake gagal? Gadis itu seperti ingin menyerah. Dia tidak sanggup untuk melihatnya lagi. Dari kejadian di majlis hari jadi Tuan Sim, sampailah sekarang. Kenapa hatinya begitu sakit. Dia tau, Jihee cinta sejati Jake. Tetapi, dirinya seolah olah tidak sanggup melihat Jake lebihkan Jihee berbanding dengan dirinya. Yongju juga ingin disayangi seperti itu. Dia juga ingin bahagia seperti keluarga keluarga yang lain. Tetapi mengapa dia berbeza? Mengapa dia tidak boleh merasai kebahagiaan itu? Dia merasa dirinya sungguh menyedihkan. Berkahwin dengan lelaki yang masih mencintai masa lalunya. Jake juga sendiri mengatakan yang lelaki itu masih sayangkan Jihee biarpun lelaki itu pernah dicurangi. Itu yang membuatkan Jihee sakit. Jake sanggup berkata seperti itu. Ingin sahaja Yongju menangis dan meraung di hadapan Jake. Menyuruhnya untuk memperjelaskan kesemuanya. Tetapi gadis itu memilih untuk diam. Yongju memejamkan mata. Gadis itu ingin keluar sebentar. Tanpa sebarang kata, gadis itu hanya turun dan melimpasi mereka yang masih berpelukan itu. Muncul sahaja Yongju, lantas Jake meleraikan pelukan sambil melihat gadis tersebut. Jake mengerutkan dahi.

"Kau-"

Jake berdehem lalu sambung.

"Awak pergi mana?"

Yongju menghembuskan nafas berat.

"Keluar kejap, nak ambil angin"

Raeyon yang masih di sofa itu mengukir senyuman gembira lalu berlari menghampiri Yongju. Kaki gadis itu dipeluk membuatkan Yongju tersentak. Raeyon dilihati.

"Nak ikut!"

Yongju senyum kecil. Kepala budak kecil itu diusap sayang.

"Raeyon duduk rumah ya, mama nak bersendirian kejap.."

BE MY WIFE! - SIM JAEYUNWhere stories live. Discover now