Ep 14

108 5 0
                                    

Pagi. Sinaran matahari mencucuk mata Yongju yang baru sahaja membuka matanya. Gadis itu melihat Di sampingnya. Automatik kening Yongju berkerut. Ibunya, sudah tidak ada Di sampingnya. Yongju lantas bangun dari tidurnya lalu menuju ke tandas untuk mencuci muka Dan memberus gigi. Usai dilakukan semuanya, Yongju terus turun ke bawah. Hembusan lega dilepaskan apabila melihat sang ibu berada Di ruang tamu sedang duduk Di sofa,sementara Raeyon bermain mainan bersama puan Choi. Yongju mendekat ke arah puan Choi. Puan Choi melihat anaknya yang baru bangun itu.

"Nyenyak tidur sayang?"

Yongju ketawa kekok sambil mengangguk. Raeyon pula sudahpun memeluk kaki Yongju. Yongju bersuara.

"Siapa yang, bawa mama pergi sini?"

"Siapa lagi kalau bukan bakal suami awak?"

Yongju lantas menoleh ke empunya suara. Kelihatan Jake sedang berdiri sambil membutangkan butang lengan bajunya. Jake mengangkat kening kanannya, seolah olah memberi isyarat kepada Yongju. Yongju hanya menggaruk kepalanya sambil maju ke arah Jake.

" Maaf encik, saya lambat bangun"

Jake menguak rambutnya ke belakang.

"Kau mimpi apa sampai tak reti nak bangun? Aku sekarang dah lambat tau nak pergi kerja"

Yongju mengerutkan dahinya.

"Lah kalau macam tu, pergi je lah. Kenapa sampai nak tunggu saya bangun?"

Jake mendengus Kasar. Dahi gadis Di depannya ini dilastik. Yongju membulatkan matanya. Gadis itu tidak puas hati.

"Eh apa masalah encik hah?"

Jake menggerakkan bebola matanya ke atas. Tangan dimasukkan Di dalam poket seluar.

"Siapa nak tengok tengokkan mak kau kalau aku kerja dulu? Dengan kau yang belum bangun sampai air liur basi ni"

Yongju terdiam. Betul juga kata Jake itu. Gadis itu berdehem kecil.

"Ye lah, saya salah. Minta maaf"

Jake hanya menggelengkan kepalanya. Jake mengambil beg kerjanya lalu menuju ke arah pintu rumah.

"Aku pergi dulu, jaga rumah. Jaga mak kau, Dan jaga Raeyon"

Yongju mengangguk. Jake membuka pintu Dan lelaki itu pun mula berangkat.

-

Malam. Jake baru sahaja pulang kerana mereka bermesyuarat dari pukul 6 lagi. Lelaki itu membuka tali lehernya lalu menanggalkan tiga butang Di bajunya. Penat sungguh lelaki itu hari ini. Dengan pembinaan mereka yang belum siap. Ada juga Beberapa pekerja yang ingin bertukar rencana tentang pembinaan bangunan tersebut. Pening Jake dibuatnya. Lelaki itu naik ke atas lalu menuju ke arah bilik Raeyon. Pintu Dibuka Dan boleh Jake melihat anaknya yang sudah tidur nyenyak itu. Jake senyum kecil. Dia mendekati Raeyon lalu dahi budak kecil itu diusap Dan dikucup sayang. Sesekali, Jake melihat belakang Raeyon. Teringat pula susuk yang pernah berada Di belakang Raeyon setiap malam. Yang selalu memeluk anak mereka. Andai masa boleh diputarkan semula. Tetapi Jake juga sendiri masih membenci diri orang tersebut. Dia tidak mahu mengingati perkara pahit itu lagi. Jake berdiri lalu keluar dari bilik anaknya. Tiba masanya lelaki itu menuju ke arah bilik tetamu. Atau boleh dikatakan bilik ibu Yongju. Pintu bilik tersebut terbuka sedikit. Jake mendekatinya. Baru sahaja ingin membuka Pintu Dengan luas, Jake terhenti apabila melihat kaki seseorang yang berada Di lantai. Pintu dibuka luas. Boleh Jake nampak Yongju terduduk Di lantai sambil kepalanya terbaring Di katil. Nampaknya, gadis itu menemani ibunya sehinggakan kepala Yongju tertidur di tangan ibunya yang digenggam. Jake menghembuskan nafas berat. Gadis itu didekati lalu Jake duduk. Wajah cantik Yongju ditatap. Tidak ada rasa apa apa pun Di dalam hati Jake. Lelaki itu Cuba untuk menatap gadis itu lama. Tetap sama. Tujuan Jake berbuat seperti itu, agar dia bisa jatuh cinta pada Yongju. Tetapi lelaki itu langsung tidak merasakan apa apa pun apabila bersamanya. Adakah rancangan untuk berkahwin Dengan Yongju salah? Jake hanya ingin melupakan Jihee Dengan cara berkahwin bersama Yongju. Tetapi, dia langsung tidak tertarik Dengan Yongju, malahan memori memori indahnya bersama Jihee perlahan lahan muncul dikepalanya. Kadang, Jake membiarkan memori itu berputar dikepala.

BE MY WIFE! - SIM JAEYUNWhere stories live. Discover now