Ep 18

110 5 3
                                    

Cahaya matahari membuatkan Yongju berkerut. Gadis itu akhirnya membuka mata. Yongju menggosok gosok matanya lalu gadis itu bangun. Jake yang berada Di tepinya dilihati. Senyuman terus terukir.

'lena betul tidur'

Gadis itu akhirnya turun dari katil. Yongju mengurus dirinya terlebih dahulu barulah gadis itu pergi ke bawah untuk menyiapkan sarapan mereka. Dia sempat pergi ke bilik Raeyon untuk melihat sama ada budak kecil itu sudah bangun ataupun belum. Buka sahaja pintu, tertawa Yongju dibuatnya Di saat ia melihat Raeyon yang sedang tidur sambil mulutnya ternganga. Budak kecil itu didekati. Mulut yang terbuka itu ditutup lalu Yongju mengusap sayang kepala Raeyon. Gadis itu sungguh sayang Dengan Raeyon. Yongju keluar dari bilik Raeyon Dan mula menuju ke arah dapur. Bahan Bahan masakan disediakan, Yongju mula membuka kerjanya. Di situasi Jake, lelaki itu terbangun disebabkan bau masakan dari bawah. Lelaki itu melihat disebelahnya. Yongju sudah tidak ada, bermakna gadis itu sudahpun bangun. Jam dilihati. Sepertinya, masih awal untuk Pergi ke kerja. Tetapi Jake tetap menyiapkan dirinya Dengan awal. Lelaki itu memang tidak suka lambat lambatkan kerja. Usai lelaki itu mandi, Jake memakai baju kerjanya. Tidak lupa juga bersama topi keselamatan. Lelaki itu turun ke bawah untuk pergi ke dapur. Boleh Jake melihat Yongju yang baru sahaja siap menggoreng telur. Jake menghampirinya. Yongju sedar akan kehadiran Jake. Gadis itu menoleh Dengan senyuman.

"Selamat pagi encik. Duduk lah, makanan dah siap"

Jake lalu duduk. Nasi disendukkan Di piring Jake bersama lauknya.

"Sabar ya encik, saya nak tambah sikit dekat telur ni"

Jake hanya mengangguk lalu lelaki itu mula makan. Yongju mengambil kicap Dan juga sos.

"Tambah sikit kicap supaya dia masin"

Pergerakan Jake terhenti Di saat dia mendengar Ayat tersebut. Kepalanya didongakkan untuk melihat Yongju.

"Sos cili supaya pedas sampai membakar lidah"

Jake automatik berdiri membuatkan Yongju melihatnya. Lelaki itu membulatkan matanya. Yongju mengerutkan dahi.

"Encik? Kenapa ni?"

Terkebil kebil Jake dibuatnya. Ayat itu, lagi sekali Ayat yang pernah Jihee gunakan dahulu. Jake teringat akan itu. Jake teringatkan Jihee. Jake masih lagi menatap wajah Yongju. Tetapi Di dalam bayangan Jake, gadis itu bukanlah Yongju malahan gadis itu ialah Jihee.

"Jihee..."

Yongju masih hairan.

"Encik"

"Encik"

Jari dipetik dihadapan Jake agar lelaki itu sedar. Jake akhirnya bangun dari hayalannya. Yongju masih hairan.

"Encik okay tak?"

Jake meraup wajahnya. Rambut dikuak ke belakang.

"A-aku okay"

Beg kerja diambil.

"Aku pergi dulu"

Jake akhirnya melangkah keluar. Yongju ditinggalkan Dengan tanda Tanya. Gadis itu masih hairan, mengapa Jake memanggil dirinya 'Jihee'?

-

Bekas tin alkohol itu dibuang ke dalam tong sampah. Lantai disapu Dan dimop sampai bersih. Putung rokok yang belum terbuka dibuang juga. Lelaki itu duduk di sofa. Wajah diraup kasar. Tidak sangka, tidak sangka semua ini berlaku. Lelaki itu, masih menyesal pada dirinya sendiri. Dia tidak patut buat begitu. Beomgyu tidak patut buat begitu terhadap ibunya. Beomgyu sungguh menyesal. Semasa di pemakaman kemarin, lelaki itu menunduk lama. Dia berdoa. Dia merayu. Dia merayu agar ibunya memaafkannya. Lelaki itu merayu sampaikan tidak sedar jam sudah menunjukkan pukul 12:30 malam. Banyak sungguh dosa yang lelaki itu lakukan sehingga berdoa terlalu lama. Sampai sekarang, Beomgyu tidak terima kenyataan tersebut. Sampai sekarang Beomgyu marah akan dirinya. Sampai sekarang Beomgyu benci dirinya. Dia malu. Sungguh malu. Dia malu ingin berjumpa Dengan kakaknya lagi. Yongju, bencikannya. Yongju tidak lagi mempedulikannya. Dia tahu semua itu. Beomgyu tau. Lelaki itu menghayal. Dia sepertinya berfikir sesuatu.

BE MY WIFE! - SIM JAEYUNWhere stories live. Discover now