Ep 21

108 6 0
                                    

Petang. Akhirnya Jake,Yongju Dan Raeyon pulang ke rumah. Barang barang yang dibeli diletakkan Di lantai. Jake duduk lemah di sofa. Dialah satu satunya Yang dari tadi memegang barang barang yang dibeli. Boleh Kebas tangannya tak lama. Yongju hanya tersengih melihat Jake. 

"Maaf ye encik, banyak sangat Yang saya nak"

Jake hanya menjeling gadis dihadapannya itu. Raeyon pula urus dirinya sendiri. Yongju laju mengeluarkan segala barang barangnya tadi. Terutamanya, gaun mengembang berwarna biru tua itu. Boleh Yongju bayangkan, betapa cantiknya dia nanti semasa di majlis hari jadi ayah Jake. Yongju naik Ke atas untuk mencuba gaunnya itu. Jake yang baru sahaja ingin melihat telefonnya itu,tersentak Di saat jeritan kuat Yongju menyapa gegendang telinganya. Hampir terjatuh telefonnya tetapi mujur cepat ditangkap. Raeyon juga pelik. 

"Kenapa tu?"

Gadis yang teriak itu tadi akhirnya muncul bersama wajah terujanya. Lihat sahaja Yongju bersama gaunnya yang dipakai,membuatkan Jake membulatkan mata lalu berdiri. Mulutnya sedikit ternganga. Yongju pula sibuk memusingkan dirinya. Raeyon menepuk nepuk tangan melihat kecantikan ibunya. 

"Wow, cantiknya Mama!"

"Kan! Ihhhh, Mama sukalah dengan gaun ni!"

Jake masih lagi melihat wajah Yongju. Senyuman hampir diukir tetapi cepat cepat Lelaki itu sedar. Dia berdehem kecil lalu Jake berpeluk tubuh. Yongju Yang masih jatuh cinta dengan gaunnya itu, perlahan Lahan mematikan Senyuman Di saat melihat wajah serius Jake. Yongju berdiri tegak. Rambutnya diselitkan ke belakang. Raeyon pula hanya mendiamkan diri melihat kedua dua ibu bapanya. Yongju ketawa kekok. Jake melihat gadis itu dari atas hingga bawah.

"T-terima kasih ye encik belikan gaun ni. Cantik sangat. Saya suka"

Jake menguak rambutnya ke belakang sambil menghembuskan nafasnya. Jake melangkah naik Ke atas. 

"Baguslah kalau kau suka" 

Tanpa Yongju sedar, Jake mengukirkan senyuman. 

"Cantik"

-

Yongju mengukir Senyuman Di saat melihat gambarnya bersama, Sunoo dan Dong Pyo. Tiba Tiba pula hati ini Rindu akan tempat kerjanya. Dia ingin berkerja Di sana lagi. Dia Rindu kawan kawannya. Dia ingin berjumpa dengan mereka. Dia ingin bergosip dengan mereka lagi. Yongju tertawa sendiri. Pintu dibuka menunjukkan Jake masuk. Yongju lekas menutup telefonnya. Wajah gadis itu dilihat.

"Belum tidur lagi?"

Yongju menggeleng sambil senyum. Jake duduk di Katil lalu telefonnya diambil. Belakang tubuhnya disandarkan di kepala katil. Yongju bermain dengan jarinya sambil menggigit bibir. Dia ingin meminta sesuatu dengan Jake. Tetapi terasa berat ingin mengatakannya. Yongju memejamkan matanya untuk mengumpul keberanian. Gadis itu akhirnya mengeluarkan suara.

"Encik"

Jake melihat Yongju. Keningnya diangkat. Yongju agak tergagap gagap.

"S-saya nak minta sesuatu boleh?"

"Kau nak apa?"

Yongju melihat wajah Jake.

"Saya nak kerja balik Di Chibi Cafe. Boleh?"

Jake berpeluk tubuh.

"Kenapa kau nak kerja situ lagi?"

"Saya...Rindu nak kerja situ. Saya rindu kawan kawan saya. Lagipun saya bukannya berhenti lagi, saya berehat je"

Jake menggaruk batang hidungnya. 

"Saya pun...Tak nak lah susahkan encik je. Asyik asyik minta duit encik je. Biarlah saya sendiri Yang cari duit saya. Supaya nanti saya boleh bayar ganti"

BE MY WIFE! - SIM JAEYUNWhere stories live. Discover now