Bunyi derapan kaki kecil itu laju sahaja menuju ke arah Yongju yang sedang menolong ibunya untuk masuk ke dalam rumah Jake.
"Kak Yongju!"
Raeyon memeluk kaki Yongju membuatkan gadis itu tersenyum. Kepala budak lelaki itu diusap lembut. Seperti yang dikatakan, Yongju Dan ibunya akan tinggal Di sini.Jake pula sibuk mengambil beg beg pakaian Yongju Dan puan Choi. Raeyon mendongak lalu tidak sengaja melihat seorang wanita tua disebelahnya. Wanita tua tersebut kelihatan asing Di matanya. Yongju dilihati.
"Kak Yongju"
Jari telunjuk Raeyon terus sahaja menunjuk ke arah puan Choi yang dari tadi mengukirkan senyuman.Yongju tersenyum.
"Dia ibu kakak"
"Raeyon boleh panggil dia nenek"
Raeyon hanya menganggukkan kepala tanda dia faham. Raeyon lalu maju ke arah Puan Choi. Lelaki itu senyum lalu menunduk hormat ke arah puan Choi.
"Selamat berkenalan nenek. Saya Sim Raeyon"
Puan Choi tersenyum lalu mengusap kepala budak kecil itu.
"Bagusnya kamu ni, pandai hormat orang tua.Selamat berkenalan juga, cucu nenek"
Raeyon tersenyum. Tiba tiba, puan Choi terbatuk membuatkan Yongju Dan Raeyon terkejut. Mereka berdua risau akan puan Choi. Yongju melihat ibunya.
"Mak, mak okay tak?"
Puan Choi hanya mengangguk. Raeyon juga ikut risau.
"Nenek kenapa?"
Puan Choi tersenyum lagi.
"Nenek tak apa apa sayang"
Batukan puan Choi semakin teruk. Yongju hampir lupa kalau puan Choi tidak boleh lama lama berdiri, kaki puan Choi cepat lenguh. Pada masa yang sama, Jake muncul.
"Bawa mak kau dekat bilik tetamu. Aku dah sediakan"
Yongju hanya mengangguk. Yongju menolong ibunya untuk berjalan. Yongju memegang bahu ibunya sementara Raeyon pula menggenggam tangan neneknya. Mereka berdua membawanya ke arah bilik tetamu.
-
Wanita tua tersebut dibaringkan secara perlahan lahan. Yongju duduk Di sebelah puan Choi. Tangan pucat wanita itu digenggam lalu dikucup. Puan Choi melihat putrinya yang cantik itu.
"Bagus kamu dapat suami macam jake"
"Dia baik, anak dia pun baik"
"Kalaulah Beomgyu masih macam tu..."
Yongju terus terdiam. Yongju faham akan perasaan seorang ibu apabila anaknya derhaka terhadapnya. Yongju juga tidak lama lagi akan menjadi ibu untuk Raeyon. Walaupun hanya Ibu tiri. Tetapi, nalurinya untuk menjadi seorang Ibu tetap sama. Setiap Ibu akan faham perasaan tersebut. Begitu juga Dengan puan Choi. Wanita tua itu inginkan Beomgyu yang dahulu. Dia sudah lelah akan perangainya yang sekarang. Dia sayang sama Beomgyu. Tetapi, rancangan tuhan itu paling hebat. Tuhan berikan Jake kepada Puan Choi agar puan Choi dapat merasai kasih sayang daripada seorang anak lelaki. Walaupun bukan anak kandungnya sendiri. Puan Choi berasa bersyukur akan kewujudan Jake Di dalam hidupnya Dan hidup Yongju. Puan Choi pasti, Jake akan menjaga anaknya dengan baik sekali. Puan Choi melihat anaknya lalu senyum.
"Memang patut kamu berkhawin Dengan Jake nanti"
Yongju tersengih. Pipi ibunya diusap.
"Impian mama tercapai"
Puan choi memejamkan mata. Yongju hanya membiarkan wanita tua itu untuk berehat. Yongju lalu berdiri Dan melangkah keluar dari bilik tetamu. Pintu ditutup secara perlahan lahan. Tersentak gadis itu apabila menoleh ke kanan. Jake sudahpun berdiri tegak sambil berpeluk tubuh.Yongju menghembuskan nafasnya.
YOU ARE READING
BE MY WIFE! - SIM JAEYUN
Fiksi PenggemarSepasang suami isteri Yang mempunyai seorang anak lelaki,bercerai selepas isterinya membuat perkara yang sungguh menyakitkan hati.4 tahun sudah berlalu lelaki bernama Sim Jaeyun atau dikenali sebagai Jake,menjadi ayah tunggal yang menjaga anaknya se...