'bersiap cepat, kita nak tengok baju pengantin'
Pesan daripada Jake itu ditatap lama sambil menggaru kepala. Adakah Yongju salah lihat? Gadis itu baru sahaja menerima Jake kemarin lalu hari ini terus sahaja lelaki itu membawanya pergi melihat baju baju pengantin. Gila ke? Yongju hanya membalas setuju.
Beberapa minit kemudian, gadis itu pun sudah siap. Yongju segera berlari ke bawah untuk memakai kasut do hadapan muka pintu.Pintu utama dibuka terlebih dahulu lalu Yongju pun memakai kasutnya. Sedang Sedang Yongju memakai kasut, adiknya Beomgyu menghampirinya. Kepala digaruk lalu lelaki itu memanggil Yongju.
"Kak, nak pergi mana?"
Yongju yang masih memakai kasut itu menjawab.
"Nak keluar kejap, adik tolong jaga rumah ye, paling penting sekali jaga mama. Bagi dia makan, kasi mandi dia, jangan biarkan mama terperap je kat bilik tu. Faham? Kali ni je adik, tolonglah kakak ni, ya?"
Beomgyu berdecit kecil.
"Yelah yelah"
Yongju lalu berdiri, baru sahaja gadis itu ingin keluar, adiknya memanggilnya lagi.
"Apa lagi adik?"
Beomgyu menadahkan tangannya ke arah Yongju.
"Minta 2000"
Automatik dahi Yongju berkerut.
"2000?kau nak buat apa Dengan 2000? Bukan haritu kakak dah bagi kau duit ke, duit yang kakak bagi tu mana? Apa kau buat?"
Beomgyu menguak rambutnya ke belakang.
"Ala, apa yang susahnye, bagi je lah 2000 kau tu"
Yongju memeluk tubuh.
"Kau ingat, senang ke nak dapat duit Beomgyu? Dik, gaji akak bukannya besar, cukup sampai 8000 je. Kalau kau, asyik asyik pinjam pinjam pinjam, kakak nak makan apa? Hah? Kakak nak makan apa, mak nak makan apa?"
Beomgyu menggaruk kepalanya rimas.
"Kak, aku nak duit kau pun, ada keperluan aku. Kau takkan faham!"
"Apa yang aku tak faham? Kau? Keperluan? Keperluan apa? Beli arak lagi? Macam tu!?"
Beomgyu akhirnya mengalah. Lelaki itu berlalu pergi ke atas. Sempat Yongju mendengar pintu bilik Beomgyu ditutup kuat olehnya. Yongju menggelengkan kepala. Gadis itu lalu keluar. Pintu ditutup Dan Yongju bersedia untuk keluar. Selepas sahaja menoleh ke belakang, terkejut Yongju dibuatnya Di saat Jake sudah pun dihadapan rumahnya bersama kereta.
"Eh encik"
"Bila sampai?"
Jake menggaruk dahinya.
"Tadi lagi"
Yongju mengangguk tanda faham. Sesekali, Yongju terfikir, adakah Jake mendengar perbualannya bersama adiknya tadi? Jake berdehem kecil.
"Cepatlah naik, kita gerak sekarang"
Yongju hanya menganggukkan kepalanya. Tanpa dia sedar, Jake menatap wajah gadis tersebut, tertanya Tanya pada siapakah Yongju bertengkar tadi?Kedua dua mereka pun masuk ke dalam kereta lalu memakai tali pinggang keselamatan.Enjin dihidupkan lalu Jake pun mula memandu. Dalam perjalanan, keadaan menjadi sunyi sepi. Tidak ada pun salah satu daripada mereka yang ingin memulakan perbicaraan. Yang hanya mereka boleh lakukan adalah cuma berdehem kecil sahaja. Yongju dari tadi lagi menahan nafsunya untuk bertanya kepada Jake. Tetapi, gadis itu tetap juga ingin bertanya. Akhirnya, pembuka bicara dilakukan.
"Err encik"
Jake tidak menjawab. Yongju sambung pertanyaannya.
"Saya nak Tanya..."
YOU ARE READING
BE MY WIFE! - SIM JAEYUN
FanfictionSepasang suami isteri Yang mempunyai seorang anak lelaki,bercerai selepas isterinya membuat perkara yang sungguh menyakitkan hati.4 tahun sudah berlalu lelaki bernama Sim Jaeyun atau dikenali sebagai Jake,menjadi ayah tunggal yang menjaga anaknya se...