"Berhenti kerja!?"
Yongju mengangguk.Dong Pyo sepertinya tidak setuju dengan rancangan Jake itu manakala Sunoo sudah tersenyum senyum kambing.Selepas sahaja perbincangan Yongju Dan Jake sebentar tadi,gadis itu terus memberitahu kepada kawan kawannya.Dong Pyo menggerakkan bebola matanya.
"Kenapa nak juga berhenti kerja?Dia ingat dengan duit banyak yang dia ada dia boleh bayar orang lepas tu suruh orang itu ini sesuka hati?No way,kalau aku Jadi kau memang taknya aku nak ikut cakap dia"
Sunoo memukul lembut bahu Dong Pyo.
"Ala kau ni,biarkan je lah si Yongju ni.Sampai bila kita nak tengok Yongju membujang je?Kau juga nak dia khawin cepat kan?"
Yongju mengerutkan dahi lalu menggeleng laju sambil tersengih.
"Lah sampai ke situ pula.Aku takde masa lah nak fikir pasal khawin apa semua"
Sunoo hanya mengangkat bahu.Dong pyo bersuara.
"Jadi apa keputusan kau?"
Yongju terdiam.Sebenarnya dia sendiri tidak tahu sama ada Ingin setuju dengan lawaan Jake.Dia buntuh.Pada masa yang sama,Dia tidak mahu tinggalkan cafe ini.Dia sayang cafe ini dan juga kawan kawannya.Itulah sekarang ini Yongju bingung.Harus ada Cara lain supaya semuanya adil.Dia tidak mahu biarkan apa apa yang tertinggal.Yongju menghembus nafas berat.
"Aku Tak tahulah...kalau aku setuju,aku kena berhenti kerja kat sini"
"Tapi kalau aku Tak setuju...aku takut pula nanti dia marah lepastu paksa paksa aku"
Dong Pyo mendengus geram.
"Banyak banyak perempuan Kenapa kau juga lah sasaran dia"
"Patutnya haritu,Tak payah kau tolong anak Dia tu"
"Biar orang lain Yang tolong"
Yongju melirik Dong Pyo.
"Ish,taklah sampai macam tu.Aku manalah tau kalau benda ni Jadi"
"Takpalah,Takdir tuhan kan siapa je berani lawan?"
Dong Pyo hanya menguak rambutnya ke belakang.Lelaki itu toleh ke arah Sunoo Yang dari tadi mendiamkan diri.Bahu Lelaki itu disiku.
"Yang kau ni pula Diam tiba tiba Kenapa?Tadi Bukan main nak Yongju cepat khawin"
Yongju memasang wajah jijik.Sunoo Yang memejamkan mata itu terus membuka mata lalu memetik Jari.Sepertinya Lelaki itu ada idea.Lelaki itu melihat kedua dua orang dihadapannya.
"Aku ada idea"
Yongju mengangkat keningnya.
"Apa?"
Sunoo senyum.
"Apa kata...kau buat 2 in 1?"
Yongju mengerutkan dahi.Tidak faham dengan ayat Sunoo.
"Hah?"
Sunoo menggerakkan bebola matanya.
"Ala kau ni dua dalam satu takkan tak tau?"
"Dia macam ni,pagi hari kau datang sini kerja macam biasa"
"Lepastu Tengah hari macam tu kau teruslah pergi rumah dia,jaga anak dia tu"
"Apa macam?Hebat Tak aku?"
"Cafe kau dapat,jaga anak dia pun kau dapat"
Sunoo memeluk tubuh sambil menaik turunkan keningnya.Dong Pyo mengangguk perlahan.Yongju masih terdiam.
"Hmmm,aku setuju dengan rancangan Sunoo"
Sunoo menepuk tapak tangannya.
"Betullah tu Yongju,kau ikut rancangan Sunoo"
YOU ARE READING
BE MY WIFE! - SIM JAEYUN
FanficSepasang suami isteri Yang mempunyai seorang anak lelaki,bercerai selepas isterinya membuat perkara yang sungguh menyakitkan hati.4 tahun sudah berlalu lelaki bernama Sim Jaeyun atau dikenali sebagai Jake,menjadi ayah tunggal yang menjaga anaknya se...