Yongju akhirnya sampai di Chibi Cafe. Langkahnya terhenti di saat melihat Beomgyu yang sedang mengemop lantai. Lantas sahaja Yongju mendapat satu idea untuk mengejutkan Beomgyu. Secara perlahan lahan, Yongju membuka pintu utama Chibi Cafe lalu masuk. Beomgyu sedang membelakanginya, jadi lelaki itu sedar kehadiran Yongju. Yongju secara perlahan lahan mendekati Beomgyu. Apabila sudah dekat, gadis itu menahan ketawa. Kedua dua bahu bidang lelaki itu ditepuk.
"MBAA!"
Terhinjut tubuh Beomgyu dan mop tadi tidak sengaja dicampak ke lantai. Beomgyu melihat gerangan tersebut. Hampir tercabut jantungnya. Yongju tertawa terbahak bahak. Beomgyu memejamkan mata sambil mengusap usap dadanya. Yongju ketawa tidak berhenti. Beomgyu menjeling kakaknya.
"Kau ni kan kak, tu kalau aku cucuk batang mop tu kat kau, silap silap masuk ICU tau"
Yongju masih lagi tertawa. Dia tidak boleh melihat reaksi dramatik Beomgyu.
"Aku tak boleh lah reaction kau tadi"
Yongju ketawa lagi. Beomgyu menguak rambutnya ke belakang. Mop tadi diambil. Akhirnya Yongju berhenti ketawa. Gadis itu mengatur nafas terlebih dahulu.
"Haihhh, kau dari dulu memang tak pernah berubah kan. Kakak tak boleh lah tengok reaction kau. Dramatik betul"
Yongju menggelengkan kepalanya. Beomgyu mencebik.
"Dah kakak kejut macam tu, mana tak terkejutnya adik?"
Beomgyu menggerakkan bebola matanya ke atas. Yongju tersengih.
"Yelah yelah. Sorry tau adik kakak. Alolololo"
Yongju mendekati Beomgyu lalu mengusutkan rambut adiknya. Beomgyu hanya membiarkan kakaknya itu. Pergerakan Yongju terhenti di saat dia mendengar bunyi sesuatu jatuh dari sebelah kanannya. Serentak Yongju dan Beomgyu melihat ke arah kanan. Rupa rupanya Dong Pyo dan Sunoo sudahpun berada di hadapan mereka. Dong pyo tidak sangka, dua beradik itu sudah berbaik sehinggalah bakulnya terjatuh dari tangan. Sunoo juga terkejut melihat mereka berdua. Dahulu bukan main tidak tegur menegur, tetapi pada hari ini bagaikan ajaib. Adik beradik itu terlihat sungguh meriah pada hari ini. Yongju berdehem kecil sebelum mereka berdua berdiri tegak. Dong Pyo dan Sunoo mendekati mereka. Dong Pyo menguak rambutnya ke belakang.
"Tak sangka, dua ekor ni dah berbaik"
Beomgyu tersengih kekok. Yongju hanya melirik ke arah adiknya. Dong Pyo berpura pura mengelap air matanya. Sunoo senyum.
"Baguslah kalau korang dah berbaik"
Beomgyu yang tersenyum itu dilihat.
Sunoo menepuk nepuk bahu Beomgyu."Beomgyu"
Lelaki yang dipanggil itu terus menoleh. Sunoo senyum.
"Jangan buat Yongju kecewa lagi ye"
Beomgyu juga terikut senyum lalu mengangguk. Yongju yang ada disebelahnya dilihat lalu bahu gadis itu dipeluk. Dong Pyo terharu melihat dua beradik itu.
"Dah kalau semuanya berbaik, mari kita berpelukan"
Sunoo menggerakkan bebola matanya ke atas.
"Mula dah.."
Dong Pyo sudahpun mendepakan tangannya dan disambut oleh Sunoo. Yongju menarik tangan Beomgyu untuk mengikut sama tetapi lelaki itu menolak. Yongju mengerutkan dahi.
"Kenapa?"
Beomgyu menggeleng.
"Korang je lah"
Yongju berdecit kecil lalu memaksa Beomgyu untuk berpelukan bersama mereka. Lelaki itu terkejut tapi masih mengikut apa yang Yongju suruh. Mereka berempat berpelukan. Tengah tengah mereka menikmati suana yang comel itu, Sunoo sempat menatap wajah manis Yongju. Lelaki itu juga ikut tersenyum. Pelukan akhirnya dileraikan. Kedai juga akhirnya dibuka dan mereka berempat mula berkerja.
YOU ARE READING
BE MY WIFE! - SIM JAEYUN
FanficSepasang suami isteri Yang mempunyai seorang anak lelaki,bercerai selepas isterinya membuat perkara yang sungguh menyakitkan hati.4 tahun sudah berlalu lelaki bernama Sim Jaeyun atau dikenali sebagai Jake,menjadi ayah tunggal yang menjaga anaknya se...