Ep 25

91 4 0
                                    

Majlis hari Jadi Tuan Sim masih lagi berjalan. Tetamu juga masih ramai, ada Yang makan di bahagian tempat makan yang telah disediakan, ada Yang berbual bersama rakan Dan ada juga Yang berjalan jalan mengelilingi dewan tersebut. Keluarga Jake, masih sibuk berbual bual. Yongju hanya mendiamkan diri. Dia masih lagi terfikir tentang kejadian Yang berlaku Di depan matanya tadi. Hendak marah, tidak boleh. Yongju tau, Jihee ialah cinta pertama Jake. Yongju bukan siapa siapanya Jake. Dia tahu, Jake langsung tidak ada perasaan terhadapnya. Ingin bermesraan bersama Jake pun, hanya sebentar. Sedih sungguh. Tengah Tengah keluarga Jake sedang Bercerita, Tiba tiba Jihee bersama keluarganya menyapa Tuan Sim Dan juga Puan Sim. Kedua dua suami isteri itu terkejut kerana keluarga bekas menantunya juga datang ke majlis hari jadi Tuan Sim. Wajah Tuan Cho dan Puan Cho hanya tersenyum mesra. Jihee pula dengan kesempatan Yang ada, dia mendekatkan dirinya Dengan Jake. Jake langsung tidak menjauh, malah dia biarkan sahaja. Yongju terus menunduk ke bawah Di, tidak mau melihat mereka berdua. Puan Cho ternampak Yongju. Dia lalu bertanya. 

"Ini...siapa?"

Yongju mengangkat kepalanya semula. Tuan Sim mula memperkenalkan anak menantu barunya kepada mereka. 

"Ini Choi Yongju. Isteri baru Jake"

Yongju berdiri lalu tersenyum manis. Tidak lupa juga untuk memberi tunduk hormat kepada kedua dua orang tua Jihee. Puan Cho  ternganga. Dia tidak sangka, cepat sungguh Jake mencari pengganti. Dia melihat Yongju dari atas hingga ke bawah. 

"Bila lagi kahwin dengan Jake?"

Yongju menjawab. 

"Baru 6 bulan Puan"

Puan Cho mengangguk tanda faham. Dia lalu senyum ke arah Puan Sim. 

"Wow, cepat~"

Wanita tua itu melepaskan tawa. Keadaan menjadi agak janggal. Lengan Jihee dipeluk oleh ibunya. 

"Err, rasanya...kami kena balik. Terima kasih sebab dapat lagilah kita berbual ya? Dan Kepada Jake dan Yongju, tahniah ya sayang ya? Kami balik dulu"

Keluarga Cho akhirnya berlalu pergi. Yongju Yang tadi senyum, perlahan lahan memudarkan senyumannya. Ibu Jihee tadi, sepertinya tidak suka akan dirinya. Puan Sim Dan Tuan Sim masih lagi tidak sangka, Yang mereka akan berjumpa lagi dengan keluarga Cho. Jake pula ditarik tangannya oleh Raeyon untuk mengikutinya mengambil makanan. 

-

Majlis hari Jadi Tuan Sim, akhirnya telah selesai. Jake, Yongju Dan Raeyon sudahpun berada di rumah mereka. Anak kecil itu telahpun dibuai mimpi. Yongju meletakkannya Di bilikis. Jake pula membersihkan diri. Usai itu, Lelaki itu memakai bajunya. Pada masa Yang sama, Yongju masuk ke dalam. Dia melihat Jake Dan Jake juga melihatnya. 

"Tidurlah"

Yongju senyum lalu gelengkan kepalanya. Gadis itu duduk Di birai katil.

"Jihee tadi...cantik ya? Saya Tak sangka dia secantik itu"

Jake tanpa ragu ragu membalas percakapan Yongju. 

"Dia memang cantik pun"

Bibir digigit untuk menahan nangis. Yongju bersuara lagi. 

"Saya nampak, encik mesra betul dengan Jihee"

"Lama Tak jumpa kan?"

Jake hanya mendiamkan diri. Yongju belum habis Di situ. 

"Kalau saya ditempatkan begitu..."

"Encik layan saya Tak?"

Jake mengerutkan dahi. 

BE MY WIFE! - SIM JAEYUNWhere stories live. Discover now