Ep 30

72 4 5
                                    

Yongju menuju ke dapur untuk memasak sarapan untuk Jake. Tengah Tengah gadis itu memasak, tiba tiba loceng pintu berbunyi membuatkan Yongju menoleh. Gadis itu lantas pergi ke arah muka pintu. Pintu dibuka Dan muncul wajah Jihee. Jihee yang tadi tersenyum terus memudarkan senyumannya. Gadis itu mengangkat keningnya. Hairan.

"Yongju? Awak Buat apa kat sini? Tak kerja?"

Yongju senyum kecil. Gadis itu menggeleng.

"Jake Sakit. Jadi saya jaga di-"

Belum sempat Yongju menghabiskan ayatnya, tanpa segan silu Jihee masuk ke dalam rumah tersebut. Sempat juga bahu Yongju ditolak. Yongju tersentak. Di situasi Jake, lelaki itu hanya baring mendiamkan diri. Pintu bilik dibuka Dan muncullah Jihee bersama wajah risaunya. Jake mengangkat kening. Jihee duduk melutut.

"Jihee?"

Jihee memegang lengan Jake. Tangan sebelahnya mengusap rambut Jake.

"Jake? Awak okay? Macam mana boleh Sakit ni? Awak ada Buat apa apa ke sampai Sakit?"

Bertubi tubi soalan dihulurkan ke arah Jake. Lelaki itu hanya menggeleng perlahan.

"Takdelah... Saya okay, terlebih kerja agaknya"

Jihee menghembus nafas berat. Gadis itu menguak rambutnya ke Belakang.

"Jake.. Jangan Sakit. Saya risau"

Jake mengukirkan senyumannya kecil. Tangan yang digenggam oleh Jihee dibiarkan.

"Saya tak apa apa Jihee"

Jihee juga senyum. Jake Tidak sengaja melihat ke arah pintu biliknya Dan dapati Yongju sedang memerhatikan mereka bersama makanan yang sudah dia sediakan untuk Jake. Lelaki itu hanya berdehem kecil. Yongju senyum kecil lalu menuju ke dapur semula. Makanan tadi diletakkan Di meja. Gadis itu pergi ke singki. Yongju Cuba mengatur nafas. Dia seolah olah nafasnya Tidak teratur semasa melihat mereka berdua tadi. Hatinya Sakit kembali. Gadis itu memejamkan matanya. Matanya tadi terbuka Di saat merasakan ada yang memegang kakinya. Lihat sahaja Di bawah, wajah Raeyon menyapa penglihatannya. Raeyon memuncungkan bibirnya.

"Mama..? Mama okay?"

Yongju meraup wajahnya sambil tersengih. Dia duduk mencangkung lalu mengusap sayang rambut Raeyon. Yongju senyum manis.

"Mama okay je sayang. Kenapa?"

Raeyon menggenggam tangan Yongju.

"Kenapa mama bagi masuk aunty Jihee..?"

Yongju senyum.

"Dia kan tetamu kita. Takkanlah mama Nak halau pula?"

Raeyon berdecit kecil.

"Mama lain kali janganlah bagi dia masuk! Dia tu Nak rebut papa dari mama! Raeyon tak sukalah!"

Yongju membulatkan matanya. Terkejut dengan kata kata Raeyon. Gadis itu melihat ke Belakang, memastikan Tidak ada orang yang mendengar kata kata Raeyon. Yongju melihat Raeyon semula.

"Raeyon. Apa cakap macam tu? Tak baik tau"

Raeyon hanya berpeluk tubuh.

"Mama ni"

"Kalau dah Sakit tu cakap je lah"

Yongju sekali lagi tergumam dengan kata kata Raeyon. Budak kecil ini. Sudah pandai betul. Tangan Yongju digenggam kuat.

"Mama. Janganlah sakitkan diri mama. Tak best lah macam ni. Mama sayang papa tapi papa tak sayang mama. Hmm..."

Yongju senyum kecil lalu memeluk Raeyon. Kepala budak kecil itu diusap sayang lalu dikucup lembut. Yongju menghembuskan nafas.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 31 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

BE MY WIFE! - SIM JAEYUNWhere stories live. Discover now