Selepas sahaja majlis selesai, Jake, Yongju Dan Raeyon tiba Di rumah. Mereka bertiga akhirnya sebuah keluarga yang kecil. Raeyon bahagia sekali kerana dapat membina keluarga yang lengkap kembali. Dengan adanya Yongju sebagai ibu barunya membuatkan Raeyon senyum tak henti henti. Sesekali, Kenangannya bersama Jihee sedikit demi sedikit hilang dari fikiran budak kecil itu. Selama Raeyon bersama Yongju, budak kecil itu sudah tidak mengingatkan lagi kisah yang dahulu. Dia sekarang sudahpun bahagia bersama Yongju. Sepertinya, Raeyon berjaya melupakan ibunya. Bagaimana pula Dengan Jake? Pintu ditutup lalu Yongju Dan Jake mendiamkan diri. Raeyon pula memeluk ibu barunya Dengan penuh makna. Kepala budak kecil itu mendongak melihat Yongju.
"Yey! Raeyon dah ada mama!"
Yongju senyum sambil mengusap kepala Raeyon. Lebih tepat lagi anak tirinya itu. Jake hanya melihat mereka berdua. Lelaki itu berfikir sejenak. Fikirannya masih sama. Adakah dia pasti mereka boleh bahagia seperti dulu lagi? Sejujurnya, Jake tidak yakin tentang perkahwinan ini. Selama lelaki itu mengenali Yongju, dia tiada merasakan kebahagiaan pun di dalam dirinya semasa bersama sama Dengan Yongju. Sakit bukan? Mencintai seseorang yang tidak Mencintai kita kembali itu memang sakit. Andai kata, Yongju tau akan perasaan Jake. Pasti gadis itu akan putus asa. Tetapi Jake bukan lah lelaki yang seperti itu. Rancangan Jake sekarang ada lah, menunggu. Menunggu Yongju untuk membuktikan rasa cintanya, rasa sayangnya terhadap Jake. Dia ingin Yongju membuktikan semua itu. Dia akan memberi Yongju waktu. Jake menggaruk kepalanya.
"Agaknya, barang barang kau dah boleh letak kat bilik aku"
Yongju melihat Jake yang telahpun menjadi suaminya. Sejujurnya, Yongju sungguhlah gembira. Walaupun pada mulanya gadis itu tidak menyukai Jake, tetapi lama kelamaan Yongju agak selesa apabila bersama Dengannya. Perkahwinan ini sungguhlah bermakna buat Yongju. Dia akan pertahankan keluarga barunya ini. Walaupun ia bergelar sebagai ibu tiri kepada Sim Raeyon, Yongju akan bahagiakan mereka. Yongju senyum lalu mengangguk. Gadis itu mula naik ke atas untuk memindahkan barang barangnya ke bilik Jake. Jake hanya melihat Yongju tanpa kata kata. Tiba tiba, lelaki itu merasakan sesuatu memeluk kakinya. Jake melihat ke bawah. Raeyon memeluk ayahnya sambil tersenyum lebar. Kepala budak kecil itu mendongak.
"Papa"
Jake mengangkat keningnya. Raeyon senyum semakin lebar.
"Terima kasih sebab kahwin Dengan kakak Yongju!"
"Jaga mama baik baik ye"
Budak kecil itu tersengih comel. Jake terdiam sejenak. Matanya terkebil. Kepala anaknya diusap sayang sambil tersenyum.
"Sama sama sayang"
"Papa janji akan jaga mama baru kamu"
Tubuh kecil itu diangkat lalu diluruskan ke hadapan seperti gaya superman. Jake berlari sambil membuat bunyi seperti terbang. Raeyon hanya tertawa suka. Di situasi Yongju. Gadis itu sibuk mengemas barang barangnya untuk dipindahkan ke bilik Jake yang akan menjadi bilik mereka berdua. Yongju hanya mengemas tanpa bersuara. Dia fokus kepada kerjanya sekarang. Baju yang berada Di atas meja tepi birai katil itu Yongju ambil. Tanpa sengaja, sehelai kertas yang berlipat jatuh ke lantai. Yongju mengerutkan dahi. Kertas itu diambil lalu dilihat Dengan teliti. Apakah isi dalam kertas tersebut? Dengan rasa ingin tahu, Yongju terus membuka lipatan kertas itu secara perlahan lahan. Terdapat sebuah tulisan seseorang. Dan tulisan itu mampu membuatkan Yongju terkejut. Air mata kian mengalir.
Kepada : Choi Yongju
Daripada : IbuChoi Yongju. Kalau kamu baca surat ni, bermakna mama dah pergi buat selama lamanya sayang. Mama minta maaf sebab tak dapat tunaikan janji kamu untuk tengok hari perkahwinan kamu bersama Jake. Jake memang anak yang baik Yongju. Jaga dia Dan anak dia bagus bagus ya sayang? Mama tulis surat ni sebab nak ucapkan tahniah kepada kamu yang dah bergelar menjadi isteri kepada Jake. Mama sangat gembira sebab dapat tau anak mama dah kahwin. Terharu sangat. Mama berterima kasih Dengan tuhan, sebab bagi kamu seorang lelaki yang baik macam Jake. Mama harap, kamu sekeluarga hidup bahagia. Mama akan perhatikan Yongju Dan Beomgyu dari atas sana ya. Lagi satu Yongju, jangan marah Dengan adik kamu. Perlahan lahan maafkan dia ya sayang? Kamu berdua kan adik beradik. Anak kesayangan mama. Sampai kan maaf mama kat Beomgyu ya sayang? Terima kasih sebab jaga mama selama mama masih hidup dekat dunia indah ni. Mama minta maaf kalau mama menyusahkan kamu berdua. Kamu lah yang mama ada sekarang. Selamat pengantin baru Choi Yongju. Selamat tinggal untuk selama lamanya. Terima kasih anak mama. Mama sayang kamu berdua.
YOU ARE READING
BE MY WIFE! - SIM JAEYUN
FanficSepasang suami isteri Yang mempunyai seorang anak lelaki,bercerai selepas isterinya membuat perkara yang sungguh menyakitkan hati.4 tahun sudah berlalu lelaki bernama Sim Jaeyun atau dikenali sebagai Jake,menjadi ayah tunggal yang menjaga anaknya se...