Ep 12

118 5 0
                                    

Keadaan Di dalam kereta Jake sunyi sepi sahaja. Yongju tidak berani untuk mengeluarkan suara, kerana gadis itu masih malu. Malu akan kejadian sebentar tadi, Di mana Jake memanggilnya Dengan perkataan 'sayang'. Siapa sahaja yang tidak malu apabila dipanggil seperti itu? 30 minit kemudian, akhirnya Mereka tiba dihadapan rumah Yongju. Tali pinggang dibuka lalu Yongju bersedia untuk keluar. Jake dilihati.Gadis itu senyum.

"Terima kasih encik"

Lelaki itu hanya menganggukkan kepalanya. Pintu dibuka Dan Yongju pun keluar. Gadis itu membuka Pintu rumahnya lalu masuk. Gadis itu menanggalkan kasutnya terlebih dahulu. Apabila Yongju pandang sahaja Di hadapan, betapa terkejutnya gadis itu ketika melihat ibunya yang sudah pun terbaring Di atas lantai. Yongju menjerit.

"Mak!"

Gadis itu laju sahaja maju ke arah ibunya. Yongju duduk lalu mengangkat kepala ibunya. Tangan ibunya digenggam. Yongju mula panik. Wajah puan Choi juga kelihatan pucat.

"Mak, kenapa ni mak? Apa yang terjadi?"

Ibunya tidak dapat menjawab pertanyaannya. Yongju menolong puan Choi untuk duduk semula. Mulut puan Choi yang sedikit comot itu dibersihkan menggunakan tisu. Sepertinya, wanita tua tersebut diberikan makan.Yongju Cuba bertanya lagi kepada Ibunya.

" Mak, bagitau Yongju. Kenapa ni?"

Puan Choi hanya mendiamkan diri. Air mata yang mengalir dihapuskan. Yongju memeluk erat badan wanita tua itu.

"Minta maaf mama, Yongju tak jaga mama"

Sedang sedang Yongju memeluk erat Ibunya, Beomgyu muncul Dengan rambutnya yang serabai itu. Lelaki itu baru sahaja bangun dari tidur.

"Eh kak, lama dah sampai?"

Mendengar sahaja suara adiknya, Yongju terus menoleh. Wajah adiknya ditatap marah. Yongju mendekat ke arah adiknya.

"Apa kau buat kat mama? Aku suruh kau jaga dia kan?"

Beomgyu mengerutkan dahinya.

"Aik, aku dah jaga dah tu. Siap bawa dia turun kat sini lepastu bagi dia makan"

Yongju menguak rambutnya ke belakang.

"Macam ni ke cara kau jaga mama? Macam ni? Biarkan dia sorang sorang kat sini, tak teman dia, tak suapkan dia makanan. Lepastu, berkurung kat bilik!? Sampai tak sedar mama terjatuh!? Kau anggap mama ni manusia ke binatang!?"

Beomgyu tidak mahu mengalah. Lelaki itu melawan.

"Eh! Aku dah buat dah apa yang patut, apa lagi yang tak cukup!? Lagi satu leceh betullah nak jaga orang tua ni, banyak betul yang dia nak! Aku dah bagi, jadi apa yang kau tak puas hati lagi?"

"Mana keikhlasan kau nak jaga mama Beomgyu? Mana!? Kau biarkan mama kat sini, lepastu! Butakan mata tu, tak kisah dah apa yang mama Buat. Kau kena faham Beomgyu, mama sakit! Tolonglah berlembut sikit Dengan mama!"

"Kalau kau nak jaga sangat, jaga lah dia! Aku tak nak jaga perempuan wanita bodoh ni!"

Satu tamparan melayang ke arah pipi Beomgyu. Lelaki itu membeku. Yongju menarik nafas Dengan cepat kerana marah.

"Jaga siki Mulut kau Beomgyu. Dia yang lahirkan kau, dia yang besarkan kau! Kau tak boleh bersyukur ke hah!?"

"Kau dah kenapa berubah Beomgyu!?"

"Tolonglah lupakan pasal kisah yang dulu!"

"Kalau kau nak marah, marah kat ayah je jangan marah kat mama!"

Beomgyu menatap wajah Yongju. Dengar sahaja perkataan 'ayah' dari mulutnya membuatkan Beomgyu terus hilang kawalan. Beomgyu bersedia untuk melayangkan satu tamparan ke arah Yongju.

BE MY WIFE! - SIM JAEYUNWhere stories live. Discover now