Calendar yang terletak Di meja solek Yongju ditatap. Hembusan berat dilepaskan. 21 April, menunjukkan tarikh Di mana Jake Dan Yongju akan bergelar suami isteri. Yongju belum pasti lagi, adakah dia sudah layak untuk menjadi isteri orang? Dia takut, dia tidak dapat membahagiakan Jake Dan Raeyon seperti apa yang Jihee pernah lakukan kepada mereka. Tetapi, jujur dalam lubuk hati Yongju bahawa gadis itu sudah pun menyayangi anak bapak itu. Dia sudah berasa nyaman bersama mereka biarpun Jake masih menjengkelkan. Tanpa disedari, puan Choi hanya memerhatikan anaknya dari jauh. Wanita tua itu senyum kecil.
"Apa yang ada Di fikiran kamu tu sayang?"
Yongju mengelamun. Tetapi gadis itu tetap menjawab pertanyaan ibunya.
"Mama"
"Mama rasa, Yongju layak ke jadi isteri Jake?"
Dahi puan Choi kian berkerut.
"Apa yang kamu cakap ni?"
"Kalau dah namanya jodoh, takkan ke mana"
"Kamu patut bersyukur sebab dapat berkahwin Dengan lelaki baik macam Jake"
Yongju lalu menoleh ke arah ibunya.
"Macam mana kalau... Jake tak boleh terima Yongju?"
"Macam mana kalau, Yongju gagal menjadi isteri yang baik untuk dia?"
"Dan macam mana kalau..."
"Jake masih belum boleh lupakan masa lalu dia...?"
Ya, puan Choi sudah tau tentang Jihee. Gadis itu, ialah cinta pertama Jake. Tetapi dia juga orang yang pertama tinggalkan Jake. Puan Choi menghembuskan nafas berat.
"Mama tau"
"Semua ni berat bagi Jake"
"Dan ini juga berat bagi kamu"
"Tapi, kalau kamu Cuba untuk bahagiakan rumah tangga baru kamu nanti"
"Mama yakin"
"Pasti ada perubahan pada diri Jake"
"Jadi apa yang mama nak cakap Dengan kamu sekarang ni Yongju"
"Kamu jangan mengalah untuk bahagiakan Jake"
"Bahagiakan dia"
"Seperti mana dia bahagia Dengan Jihee dulu"
Yongju terdiam. Perkara itu, bagi Yongju amatlah susah. Yongju tiba tiba sahaja serba salah. Dia seolah olah ingin memaksa Jake untuk lupakan Jihee walaupun lelaki itu masih sayang kepadanya. Tetapi, bagi puan Choi perkara tersebut adalah kunci untuk mereka berdua bahagia. Jika Yongju tidak berusaha untuk membuatkan Jake melupakan masa lalunya, kemungkinan nama itu akan keluar dari mulut Jake lagi. Puan Choi tidak mahu rumah tangga mereka renggang disebabkan seseorang itu. Yongju melihat ke arah ibunya. Gadis itu senyum.
"Baiklah mama"
"Yongju Cuba"
Puan Choi juga ikut senyum.
"Kamu kuat nak"
-
"Dan, tibalah masanya pengantin perempuan untuk keluar ke pelaminan"
Yongju berjalan Dengan sopannya. Gadis itu tersenyum manis seolah olah ada ramai penonton yang melihatnya. Puan Sim senyum puas hati. Sekarang ini, puan Sim, Yongju Dan Jake sedang berlatih bagaimana mereka akan keluar untuk ke pelaminan pada hari perkahwinan mereka yang diadakan besok. Yongju akhirnya sudahpun Di hadapan Jake. Lelaki itu hanya menatap wajah cantik gadis itu tanpa reaksi. Puan Sim lalu melihat mereka berdua. Wanita tua itu membuat tanda isyarat kepada mereka. Jake mengangguk faham lalu lelaki itu memegang kedua dua tangan Yongju. Gadis itu mula berdetak kembali. Di bahagian inilah mereka berulang kali membuatnya, kerana Yongju terlalu malu untuk menatap wajah kacak Jake. Yongju yang sedang memejamkan mata itu menghembuskan nafasnya perlahan lahan. Mata dibuka Dan Yongju memberanikan dirinya untuk melihat Jake. Mereka berdua akhirnya bertatapan. Puan Sim mengangguk puas hati. Wanita tua itu mula bersuara.
YOU ARE READING
BE MY WIFE! - SIM JAEYUN
FanficSepasang suami isteri Yang mempunyai seorang anak lelaki,bercerai selepas isterinya membuat perkara yang sungguh menyakitkan hati.4 tahun sudah berlalu lelaki bernama Sim Jaeyun atau dikenali sebagai Jake,menjadi ayah tunggal yang menjaga anaknya se...