Tangannya memukul kuat meja tersebut.Sungguh marah akan isteri Jake Yang berani berani curang Di belakang suaminya sendiri.Ayah Jake iaitu encik Sim kecewa akan Jihee.Sudahlah Tinggalkan anaknya sendirian di rumah,lepas itu curang tanpa pengetahuan Jake.Sia sia mereka memberi uang kepadanya.Raeyon Yang dalam dukungan neneknya hanya mendiamkan diri sambil bermain mainan.Cik Sim menghembus nafas berat.Dia melihat Jake Yang juga mendiamkan diri selepas memberitahu semua perkara ini pada keluarganya.
"Kalau abah tau semua ni akan berlaku,abah takkan kahwinkan kamu berdua"
Jake menguak rambutnya ke belakang.
"Dahlah abah...benda dah terjadi.Biar je lah dia pergi dengan lelaki tu.Jaeyun dah Malas nak fikirkan dia"
Cik Sim mengeluh.Wanita separuh abad itu melihat cucunya.Kepala Raeyon diusap lembut.Dia melihat Jake kembali.
"Jaeyun..."
"Kamu Tak Nak cuba cari orang lain?"
Jake ketawa sinis.Dia menggeleng dalam kekecewaan.
"Buat apa nak cari yang lain,kalau benda yang sama akan berlaku juga"
"Jaeyun sayang"
Pipi anaknya diusap lembut.
"Mama tau kamu masih lagi teringat pasal benda ni.Tapi kamu kena sedar,Yang kamu ni dah ada Anak"
"Takkan kamu nak biarkan Raeyon membesar tanpa kasih sayang daripada ibu?"
"Kamu Tak rasa kesian ke?"
Jake diam lagi.Tidak tahu ingin berkata apa apa.Raeyon ditatap.Pada masa yang sama Raeyon juga melihat ayahnya.Raeyon senyum lebar lalu mendepakan tangannya,meminta agar Jake mendukungnya.Jake lalu mengambil Raeyon dari ibunya Dan budak kecil itu diletakkan Di pangkuan Jake.Raeyon bermain dengan jari jari Jake.Jake hanya senyum.Lelaki itu juga tau,Betapa pentingnya kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.Tetapi,selepas apa yang berlaku hati Jake betul betul sudah tertutup.Dia tidak mahu kesakitan lagi.Dia beranggapan,Tiada masalah jika Raeyon membesar tanpa ibu.Raeyon masih ada Jake Yang boleh menjaganya.Encik Sim melihat isterinya.
"Awak ni,Cubalah faham sikit keadaan Jake.Ni terus terus suruh dia khawin lain.Kalau saya Jadi Jake,saya takkan khawin lagi tau"
Cik Sim hanya memuncungkan bibirnya.Jake menggaruk kepalanya.
"Mama abah,korang...boleh balik Tak?Jaeyun Tak sedap badanlah"
Kedua suami isteri itu melihat antara satu sama lain sebelum Anak mereka dilihat semula.Cik Sim senyum tipis lalu menepuk nepuk bahu Jake.
"Boleh sayang"
Cik Sim dan Encik Sim akhirnya berlalu pergi.Jake menunduk ke bawah lalu memicit batang hidungnya.Raeyon Yang masih Di pangkuan Jake melihat ayahnya sendiri.
"Papa masih marahkan Mama ke?"
Jake melihat Raeyon.Jake senyum lalu dahi anaknya dikucup.
"Jangan panggil dia Mama lagi Raeyon"
"Dia bukan Mama kamu"
Raeyon memuncungkan bibirnya.
"Nanti lepasni...siapa nak jaga Raeyon?"
"Kamu ikut Papa pergi kerja"
Langsung kembang Senyuman Raeyon.
"Betul ke?"
Jake hanya mengangguk.
Raeyon menyorak gembira. Jake hanya tersengih.Tubuh kecil Raeyon diangkat.
"Dah,Jom Papa teman mandi"
YOU ARE READING
BE MY WIFE! - SIM JAEYUN
Fiksi PenggemarSepasang suami isteri Yang mempunyai seorang anak lelaki,bercerai selepas isterinya membuat perkara yang sungguh menyakitkan hati.4 tahun sudah berlalu lelaki bernama Sim Jaeyun atau dikenali sebagai Jake,menjadi ayah tunggal yang menjaga anaknya se...