Ep 10

116 4 4
                                    

"Choi Yongju"

"Be my wife"

Hampir jatuh jantung Yongju saat mendengar lamaran Jake yang secara tiba tiba. Dahinya berkerut.

"Apa?"

"Kahwin dengan encik?"

Jake memeluk tubuhnya sendiri.

"Be my wife, Choi Yongju"

Yongju menggelengkan kepalanya tidak percaya.

"Kenapa saya? Takde orang lain lagi ke?"

Jake menggaruk kepalanya rimas.

"Boleh tak, kau terima je lamaran aku? Tak payah nak banyak Tanya, kalau aku cakap Kahwin dengan aku Kahwin dengan aku lah"

"Encik dah gila ke?"

"Kita belum kenal lama tau"

"Takkan tiba tiba nak ajak kahwin? Memang tak lah"

Jake menggerakkan bebola matanya ke atas. Rambut dikuak ke belakang.

"Kau ingat aku nak sangat kahwin dengan Kau ke?"

"Kalau bukan sebab mak aku, aku tak nak kahwin dengan Kau sebenarnya"

Yongju mengerutkan dahinya.

"Mama encik, suruh encik... Kahwin dengan saya...?"

Jake menghembuskan nafas berat.Lelaki itu mengangguk perlahan. Yongju terdiam.

"Kenapa saya...takde orang lain lagi ke?"

Jake menguak Rambutnya ke belakang.

"Mak aku memang macam tu. Nampak je adab perempuan ni baik, memang perempuan tu lah target dia"

Yongju melihat Jake. Gadis itu bermain dengan jari jarinya.

"Kalau Mak encik jenis yang macam tu.."

"Macam mana encik dengan isteri encik boleh bercerai...?"

Jake membulatkan matanya.

"Kau dah tau?"

Yongju mengangguk perlahan lahan.Jake menguak rambutnya ke belakang.

"Aku kalau bak macam ni, Aku dah takde mood ni tau"

Yongju terdiam lalu senyum kekok.

"maaf encik... Saya hanya nak tau"

Jake melihat wajah Yongju.

"Tak payah nak tau lah, yang penting perempuan tu dah lenyap dalam hidup aku"

"Sekarang aku nak kau setuju kahwin Dengan aku, aku tak kisah kalau kau nak tak nak kau kena setuju"

Yongju menyentuh dadanya.

"Tapi...saya belum bersedia..."

Jake menghembuskan nafas berat. Wajah diraup.

"Haih...payah sangat ke nak setuju?"

Yongju mengerutkan dahinya sambil melihat Jake.

"Encik Ingat senang ke nak terima lamaran orang? Tak semua orang bersedia lagi ya nak kahwin"

Jake berdiri. Jarinya ditunding ke arah Yongju.

"Besok, aku nak perkataan 'setuju' dari mulut kau"

Wajah gadis itu dijeling. Baru sahaja Ingin melangkah, Jake berhenti.Lelaki itu bersuara.

"Hari ni tak payah datang rumah aku, aku takut Raeyon mimpi buruk kalau Hari Hari tengok muka kau is"

Jake akhirnya keluar. Yongju dibiarkan ternganga tidak percaya. Kaki dihentak geram.

BE MY WIFE! - SIM JAEYUNWhere stories live. Discover now