Ep 9

100 7 0
                                    

Sunyi.Yongju hanya mendiamkan diri sambil bermain dengan jarinya.Wanita tua Yang dihadapannya hanya menatap Yongju atas bawah sambil Raeyon berada Di pangkuannya.Wanita tua itu atau boleh dikenali sebagai puan Sim,menghembuskan nafas berat.

"Siapa nama kamu?"

Yongju tersentak lalu melihat Wanita tua itu.

"C-Choi Yongju puan.."

Puan Sim mengangkat kening kanannya.

"Jake suruh kamu kerja jaga Raeyon?"

Yongju hanya mengangguk.Puan Sim akhirnya berdiam diri lagi.Dia melihat sekeliling rumah tersebut.Puan Sim berdehem kecil.

"Saya ingat,Jake dah Tak berani bawa perempuan masuk dalam rumah dia"

Yongju dilihat.

"Rupanya masih ada juga"

Yongju menelan air liurnya.Dia senyum senget.

"P-Puan jangan salah faham...saya dekat sini hanya untuk melaksanakan tugas saya untuk jaga Raeyon je puan..."

Puan Sim hanya terdiam.Akhirnya,Senyuman diberikan.

"Kamu jangan risau,saya takkan marah kamu pun"

"Jake sebenarnya,pernah ada isteri"

"Tapi,lama dah bercerai seba-"

"Sebab isteri dia curang"

Puan Sim melihat Yongju.Mulutnya ternganga sedikit.

"Kamu tau pasal benda ni?"

Yongju mengangguk.Puan Sim memejamkan matanya,hembusan dilepaskan.

"Saya cuba pujuk Jake untuk kahwin lain,tapi dia tak nak"

"Saya rindu,Senyuman Jake Yang dulu"

"Masa Jihee masih setia dengan Jake"

Yongju mengangguk.Ertinya 'Jihee' itu Ialah nama isteri kepada Jake.Dalam fikiran Yongju,Jihee ini pasti cantik.Tetapi...Mengapa Jihee tinggalkan Jake?Puan Sim meneruskan ceritanya.

"Saya pun Tak tau dari mana munculnya fikiran bodoh perempuan tu.Tinggalkan Jake macam tu je"

"Kesian Jake..."

Yongju juga ikut tumpang sedih mendengar kisah Jake.Walaupun Jake terlihat seperti biasa sahaja,Namun Yongju pasti tau yang hati Jake sekarang benar benar sakit.Jake trauma.Dia tidak mahu diperlakukan begitu lagi.Raeyon mendongak untuk melihat neneknya lalu melihat Yongju.

"Kalau...kakak Yongju kahwin dengan Papa Boleh Tak nenek?"

Serentak mereka berdua melihat Raeyon dengan terkejut.Raeyon hanya melihat mereka berdua silih berganti.Yongju melihat Puan Sim sambil ketawa kekok.

"Err Puan,Puan Tak payah dengar cakap Raeyon ni.Budak ni selama saya kat sini dia selalu usik usik saya.Tak betul pun benda ni"

Yongju masih lagi ketawa kekok.Puan Sim hanya mendiamkan diri.Baru sahaja Wanita separuh Abad itu Ingin mengeluarkan suara,tiba tiba pintu dibuka dan muncul Jake bersama topi keselamatannya.Jake melihat ibunya lalu mengangkat kening.

"Eh Mama,bila Mama sampai?"

Puan Sim berdehem terlebih dahulu.

"Kenapa kamu Tak bagitau Mama Yang kamu suruh orang jaga Raeyon?"

Jake menggaruk kepalanya.

"Sorrylah Mama.Jake takde masa nak bagitau kat Mama.Lagi pun perempuan ni Raeyon Sempat jumpa,Jadi Jake suruh je lah dia ni jaga Raeyon"

BE MY WIFE! - SIM JAEYUNWhere stories live. Discover now