"Choi Beomgyu!"
Yongju mendekati Beomgyu dengan perasaan marah.Ibu mereka dilihat.wanita tua itu sudah menangis teresak esak.
"Apa kau buat dengan Mama ni?!"
Beomgyu berdecit kecil.
"Tadi suruh aku suap dia,Aku dah suap dia tapi dia taknak makan.Degil orang tua ni"
Yongju melihat bubur nasi dimasak olehnya.Wap wap panas di bubur itu berterbangan ke udara.Yongju menghembus nafas berat.
"Beomgyu,kau Tak tengok ke bubur ni masih panas?kalau ya pun nak suap Mama,tiup lah dulu.tak pasal pasal terbakar lidah dia"
Beomgyu menjawab.
"Dia ada mulut sendiri kan,tiup lah sendiri.ni Tak,nak juga suruh aku"
Yongju menatap Beomgyu dengan kesal.
"Beomgyu,ini mak kau.mak kita.dia dah tua,dah Tak larat Beomgyu.apa salahnya kalau adik yang tiupkan fikir fikirkanlah Beomgyu"
Beomgyu meletak sudu ke dalam mangkuk dengan kasar.Lelaki itu menatap wajah Yongju.
"Kau buatlah sendiri,jijik aku layan lama lama perempuan tua bongkok ni"
Beomgyu akhirnya berlalu pergi.Yongju marah dengan kata kata adiknya.Ibunya sendiri dia hina,takkanlah tiada rasa kasihan Dan sayang terhadap ibu sendiri?Yongju melihat cik Choi dengan riak wajah sedih.Kasihan melihat ibunya tidak larat lagi untuk menghentikan pergaduhan mereka berdua.Yongju mengambil tisu lalu mengelap mulut ibunya yang agak Comot Serta bajunya yang kotor.Sudu diambil lalu Yongju mengambil sesudu bubur.Bubur Yang panas itu ditiup dahulu barulah disuap ke dalam mulut ibunya.Gigit dibibir agar tidak mengalirkan sebarang air mata.Tidak sanggup melihat keadaan ibunya Yang begini rupa.Sedang sedang puan Choi mengunyah makanannya,dia menatap wajah Yongju.Kening dikerut.Walaupun Yongju tidak menangis,namun wanita tua itu boleh melihat air mata Yongju yang terkumpul Di bawah Kelopak matanya.Sekejap lagi air mata itu akan jatuh.Wajah anaknya ditatap.
"Yongju?"
Gadis itu mengangkat keningnya.
"Kamu menangis?Kenapa sayang?"
Yongju membeku,tidak tau Ingin berkata apa.Akhirnya Air mata Yang lama ditahan itu terlepas juga.Yongju menutup wajahnya kerana tidak mau puan Choi melihatnya dengan sebegini rupa.Bahu gadis muda itu terhinjut hinjut.Puan Choi menghembuskan nafas berat.Kepala anaknya diusap sayang.
"Jangan menangis sayang.Mama Tak suka"
Yongju teresak esak.Disebabkan inilah dia menutupi wajahnya,ibunya tidak suka melihat anaknya menangis.
"Kamu kuat nak.Kamu kuat"
"Kamu jangan risau,kamu teruskan je nasihat Beomgyu"
"Bimbing dia,bantu dia,tenangkan dia"
"Sekejap lagi kan Mama dah nak mati?"
Automatik kepala diangkat menatap wajah sang ibu.Yongju mengelap Air matanya sambil menggeleng laju.
"Tak,Tak.Mama takkan mati"
Pipi Puan Choi ditekup.Yongju menatap lama wajah ibunya.
"Mama takkan mati.Yongju akan pastikan Mama sihat.Yongju akan layan mama dengan baik.Yongju takkan biarkan Mama sakit lagi.Yongju ada dengan mama.Jangan cakap benda benda Mama ni Mama,tolong...Yongju Tak sedia lagi nak kehilangan Mama..."
Air mata Yongju mengalir lagi.Puan Choi tersenyum manis.Tangan anaknya digenggam.Puan Choi memberikan anggukan kepada Yongju.
"Mama pun sayang Kamu Dan Beomgyu juga"
YOU ARE READING
BE MY WIFE! - SIM JAEYUN
FanfictionSepasang suami isteri Yang mempunyai seorang anak lelaki,bercerai selepas isterinya membuat perkara yang sungguh menyakitkan hati.4 tahun sudah berlalu lelaki bernama Sim Jaeyun atau dikenali sebagai Jake,menjadi ayah tunggal yang menjaga anaknya se...