Ep 19

145 4 2
                                    

Lelaki dihadapan mereka itu ditatap lama. Sunoo Dan Dong pyo masih tidak percaya yang Beomgyu ialah adik kepada Yongju. Patutlah apabila Sunoo melihat wajah Beomgyu, ada seiras wajah Yongju Di wajah lelaki itu. Sunoo lalu bertanya.

"Kenapa kau tiba tiba nak kerja kat sini?"

Beomgyu terdiam. Patutkah dia menceritakan semua benda yang berlaku? Beomgyu risau, mereka berdua akan membencinya Dan tidak akan menerimanya sebagai Pekerja. Beomgyu memejamkan mata lalu lelaki itu menarik nafas dalam dalam Dan menghembuskannya secara perlahan. Mata dibuka semula.

"Sebenarnya..."

"Apa yang korang nampak dekat Yongju, tak sama Dengan apa yang terjadi Dengan dia sebenarnya"

Dong pyo mengerutkan dahi.

"Maksud?"

Beomgyu melihat mereka berdua silih berganti.

"Hubungan saya Dengan Yongju tak baik selama mama kitorang masih ada"

Beomgyu mula menceritakan semua benda yang Sunoo Dan Dong pyo tidak tahu pun selama mereka berkawan Dengan Yongju. Tekaan Beomgyu benar. Mereka sungguh terkejut Dengan apa yang Beomgyu ceritakan. Ingin marah tetapi mereka sabar. Beomgyu akhirnya selesai menceritakan semua benda yang berlaku. Sunoo menguak rambutnya ke belakang. Jujur dia sungguh marah Dengan perilaku Beomgyu terhadap ibunya sendiri Dan Yongju. Dia tak sangka, perangai Beomgyu seperti ini. Mujur sekarang Beomgyu sudah insaf Dengan perbuatan jahatnya dahulu. Dong pyo menggelengkan kepala. Tidak boleh lelaki itu bayangkan situasi yang diberitahu oleh Beomgyu sebentar tadi. Sunoo mula berbicara.

"Beomgyu. Sebenarnya aku marah Dengan kau. Aku boleh rasa apa yang Yongju rasa. Dulu, kaulah orang yang Yongju sayang, yang Yongju jaga. Kenapa disebabkan ayah korang tinggalkan korang, kau tiba tiba berubah? Kau tak fikir ke apa yang akan terjadi kalau kau ubah sikap kau? Kalau aku jadi kau, aku akan lupakan benda pahit tu Dan hidup bahagia macam biasa. Mak kau tengah tengah sakit, kau masih boleh kurang ajar Dengan dia? "

Dong pyo memegang bahu Sunoo tanda menghentikan Sunoo daripada memarahi Beomgyu terus menerus. Dong pyo menghembuskan nafas berat. Beomgyu mediamkan diri sambil menunduk ke bawah. Dia juga takut ingin bertatapan Dengan mereka berdua. Lelaki itu malu. Sunoo meraup kasar wajahnya. Dong pyo memukul ii lembut bahu Beomgyu sambil senyum kecil.

"Takpe Beomgyu, setiap manusia layak diberi peluang ke dua. Kau masih ada masa untuk balikkan keadaan"

Beomgyu mengangguk setuju.

"Saya minta maaf sebab sakitkan perasaan kawan korang dua..."

Dong pyo mengangguk sekali lagi.

"Kau boleh berkerja kat sini, hari ini. Tahniah Beomgyu"

-

Yongju baru sahaja selesai mengemas rumah. Sempat gadis itu bermain Dengan Raeyon sehingga budak kecil itu tertidur. Raeyon diletakkan Di biliknya agar budak kecil itu tidur Dengan selesa Dan nyenyak. Pintu diketuk menandakan ada orang datang. Yongju lantas membuka Pintu Dan muncullah wajah kacak Jake yang berpeluh sekarang ini. Nampaknya lelaki itu menolong Pekerjanya yang membina bangunan sekarang. Yongju mempelawa Jake untuk masuk. Gadis itu senyum.

"Encik dah balik? Macam mana kerja? Okay?"

Jake menanggalkan tiga butang baju Di atas. Rambut dikuak ke belakang.

"Biasa je"

Yongju mengangguk tanda faham.

"Encik lapar? Saya Ada masakkan untuk encik"

Jake melihat wajah Yongju.

"Nanti aku makan, aku mandi dulu"

Jake lantas naik ke atas untuk membersihkan dirinya. Yongju hanya senyum kecil. Beberapa minit kemudian, Jake akhirnya tiba Di meja makan. Yongju sudah pun duduk Di situ. Jake Melabuhkan punggungnya Di kerusi. Lelaki itu agak terkejut Dengan makanan yang banyak dimasak oleh Yongju. Isterinya sendiri. Yongju tersengih.

BE MY WIFE! - SIM JAEYUNWhere stories live. Discover now