01

622 33 1
                                    

HANISA gelisah. Dia berdoa dalam hati. Tidak henti-henti tangannya memulas kunci keretanya. Sebentar lagi akan tiba waktu Maghrib.

"Aduhai kereta, masa ini jugalah kau mahu berdusta. Tolonglah jangan sekarang!" Katanya sendirian. Peluh mulai menitik. Tidak senang duduk dia apabila kereta kancilnya tiba-tiba mati tepat di tepi jalan raya.

Dia tidak putus asa. Tidak boleh kali ini, dicubanya lagi. Sudah tiada cara lain. Mana tahu kancilnya itu akan sedar dari lenanya.

Dia sendiri tidak tahu apa masalah kereta itu sekarang. Sudah sejak lamanya dia memandu kereta, inilah kali pertama dia menghadap masalah sebegini.

"Tak boleh selamat ni."

Hanisa mengeluh tanpa sedar. Cara terakhir diguna, salah satu cara yang perlu diguna jika tidak boleh dielakkan lagi. Kenalan Puan Salmah dicari. Dia mahu membuat panggilan dengan wanita itu.

"Assalammualaikum, mak," Hanisa beri salam terlebih dahulu apabila talian sudahpun bersambung. Kepalanya digaru, memikir ayat yang bakal diucapnya sebentar lagi.

"Waalaikumussalam, Nisa! Kamu dekat mana? Dah nak Maghrib ni tak balik-balik lagi. Risau mak dibuatnya," jawab Puan Salmah di seberang sana.

"Err, abang long ada dekat rumah tak?" Sengaja Hanisa tidak menjawab soalan ibunya. Soalan lain pula dituju.

"Ada je ni. Tengah siap untuk Maghrib. Nisa dekat mana ni?" Sekali lagi Puan Salmah bertanya hal yang sama.

Hanisa menggaru bahagian kepalanya yang dibalut dengan tudung bawalnya hari ini. Asudah, nak jawab apa pula ni?

"Macam ni, orang tak nak susahkan semua orang. Orang tak berniat nak buat mak risau pun. Kereta orang tak dapat hidup, mati tengah jalan. Jadi orang nak minta tolong abang long ambil orang dekat sini."

"Ya Allah! Sekejap ya nak, mak panggil abang long kamu dulu. Hari dah petang. Risau mak dengan kamu ni," Puan Salmah meninggalkan sebentar talian yang masih bersambung itu.

Tidak lama kemudian, Puan Salmah kembali dengan anak sulungnya. Telefon diberikan padanya.

"Nisa dekat mana?" Helmi bertanya keberadaan adik bongsunya. Dia sebagai abang yang prihatin juga sangat risau akan adiknya itu. Adiknya itu sudahlah seorang perempuan.

"Nisa dekat..."

Tutt

Tidak sempat Hanisa ingin memberitahu lokasinya, talian sudahpun terputus. Dia melihat skrin telefonnya hitam. Butang on cuba ditekan namun ianya sia-sia.

"Wei, bateri habis pula!"

Semakin gelisah dia dibuatnya. Macam mana dia hendak balik? Jangka hayatnya sudah tiada. Jujur, walaupun dia mempunyai ilmu pertahanan diri, dia tetap akan takut berada seorang diri di sini.

Jalan raya itu tidaklah sunyi mana. Ada dalam 5 ke 6 buah kenderaan yang lalu lalang dari tadi dan semuanya langsung tidak menghulurkan bantuan buatnya.

"Jangan panik, Nisa. Cari cara lain!" Gumamnya lagi. Nafasnya cuba diatur. Mata ditutup. Oh mai, jangan, jangan. Dia tidak mahu menangis di situ. Ini bukan masanya untuk menangis!

Dia tiada cara lain lagi. Berjalan kaki? Rumahnya masih bermeter-meter lagi jauhnya. Silap hari bulan, esok baru dia sampai.

Pin!

Hanisa mengangkat kepala apabila perasan sebuah kereta berhenti di hadapannya. Sangkaannya itu abang sulungnya, namun tidak sama sekali.

"Kau okey tak?"

Hanisa menyeka air matanya jatuh yang tidak dapat ditahan lagi. Adakalanya dia berasa terharu bila ada juga manusia yang datang menegurnya. Dia meneliti insan yang bersuara itu. Tuan punya kereta, seorang lelaki.

MR HANS MIKHAEL Where stories live. Discover now