MEMBULAT mata Hanisa memandang gerangan yang ada dengannya sekarang. Seriuslah, dalam kedai bunga? Sangat tidak dapat dijangka.
"Awak?"
Gosh, Hanisa mahu pitam saja sekarang ini. Tidak pernah-pernah dia menyangka akan berjumpa dengan lelaki misteri yang dimaksudkan olehnya dalam kedai bunga ini. Malam ini.
Benarlah kata orang. Dicari tak jumpa, tak dicari boleh pula terjumpa!
"Tepilah." Lelaki itu bersuara tanpa nada. Wajah Hanisa langsung tidak dipandangnya.
"Tepi? Oh, baik." Hanisa akur.
Lelaki itu pula meneruskan kerjanya menilik bunga yang menjadi pilihan hati. Jarang dia melihat ros hitam, tiba-tiba rasa ianya limited pula.
"Awak ingat saya lagi tak?" Hanisa berbicara tanpa dipinta. Entah kenapa, dia gembira sangat dapat bersemuka lagi dengan lelaki itu.
"Awak dengar tak? Saya sedang bercakap dengan awak ni." Belakang bahu lelaki itu Hanisa sentuh dengan jari telunjuknya.
Kening milik lelaki itu terangkat apabila fokusnya diganggu. Badan dipusing menghadap Hanisa, dia mencuba untuk mengimbas kembali wajah itu dalam kotak memorinya.
"Awak tak ingat saya? Saya yang berhenti tepi jalan tu sebab kereta saya mati. Saya juga yang berhutang budi dengan awak sebab awak dah tolong bayarkan bil kereta saya," Hanisa menjelaskan semuanya. Lelaki itu hanya mengangguk kepala sebagai respons.
Bunga ros hitam itu dicapainya. Tidak menunggu lama, lelaki itu sudah berura-ura melangkah ke arah kaunter bayaran. Tidak berminat hendak berlama di situ. Berduaan pula tu.
"Nanti!"
Jika diikutkan kehendak hati, mahu saja Hanisa menahan lelaki itu dengan memegang lengannya. Namun dia masih waras. Sia-sia dia kena libas dengan sejadah oleh abangnya nanti.
Lelaki itu pula menurut. Sekali lagi badannya dipusing menghadap Hanisa semula. Dia tayang muka 'kau-nak-apa-lagi?'
"Awak suka bunga tu? Samalah kita. Tinggal satu je lagi, jadi saya bagi awak yang ambil. Anggap je tu sebagai balasan budi saya pada awak."
Ha-ha-ha. Nampak agak tibe tapi tak mengapa. Hanisa sudah gila gamaknya. Hello, macam tu ke gaya orang membalas budi?
"Lol. Ini? Tak ada maknanya, bunga ni aku yang jumpa dulu. And for your information, bunga ni tak setanding dengan apa yang aku dah buat. Nevermind." Senyuman sinis terlakar di bibir.
Hanisa sedikit terlopong. Tidak berkelip matanya menghantar langkah lelaki itu meninggalkannya yang sedang terpinga-pinga di situ. Sekejap, dia tak salah orang kan? Kenapa perwatakan lelaki itu sangat lain sekarang ya?
"Dia lolkan saja aku ni? Amboi!" Adakah lelaki itu cuba untuk menyertai kelab mental seperti pekerja lelaki di kedai muzik tengahari tadi?
Ya Allah, minta kutuk betullah hamba-Mu sekarang ini. Bersabarlah duhai hati.
Hanisa menyilangkan tangannya. Betullah apa yang ditekanya, dia saja yang beria berfikir untuk membalas budi lelaki itu sedangkan lelaki itu langsung tidak mengharapkan sebarang balasan darinya. Ugh!
...
SEKALI lagi Helmi pelik dengan sikap yang ditunjuk oleh adik perempuannya. Hanisa yang menghentak kuat pintu utama mereka dipandang jengkel.
Kepala digelengkan. Tak pahey dengan orang perempuan ni. Memang sampai rumah je perlu naik angin ke? Lupa, dalam rumah tak ada angin. Mungkin itulah sebabnya naik angin sentiasa.
"Dari mana?" Tegur Helmi.
Tak jadi dia mahu bertanya mengapa mood adiknya barai kali ini, nanti dibaginya jawapan yang sama seperti tengahari tadi pula.
"Keluar." Sepatah.
Sofa bersebelahan Helmi diduduki. Bunga untuk ibu tercinta diletak di atas meja. Hanisa memandang sekeliling. Barangkali sedang mencari penduduk lain di rumah itu.
"Seriuslah, keluar untuk beli bunga?" No, no, no. Jangan kata Hanisa dah berjangkit dengan Puan Salmah sudah. Mahu bertukar menjadi taman bunga pula rumah mereka nanti.
"Itu untuk maklah. Apa slow sangat abang long ni? Mak dan kak long mana?" Marah Hanisa pada abangnya. Dia sudah memetik isu untuk membeli bunga pada ibunya sebelum keluar tadi, kenalah beli walau sejambak dua sekalipun.
"Kak long dalam bilik tengah VC dengan Aidin dan Aida. Mak pula mungkin dah tidur. Dia ada pesan supaya tunggu kau balik," bagitahu Helmi. Hanisa dijelingnya sekilas. Jika bukan disebabkan adiknya itu, tentu dia sudah join sekaki dengan isterinya VC bersama anak kembarnya yang sekarang tinggal di keluarga mertuanya.
Hanisa mengangguk. Baru saja dia ingin mengangkat punggung, Helmi bertanya lagi menyebabkan perbuatannya terbantut.
"Kau serius okey? Kau tahu kan abang long jenis terbuka, kau boleh cerita dekat abang long. Tell me, Hanisa."
Serta-merta Hanisa berdecit kecil.
"Tak ada apalah, abang long. Nisa ni seorang guru. Memang banyak fikir, itulah pasal asyik nampak macam tertekan je." Hanisa tidak bernafi. Betullah kan, tugas seorang guru itu memang agak berat.
"Memang, tapi kau menipu juga kan? Tak ada. Story dekat abang long satu-satu. Aku nak dengar juga," gesa Helmi seakan dapat menghidu sesuatu. Guru tak guru, sebelum ini okey je adiknya itu. Dia tahu Hanisa seorang yang profesional.
"Abang long ni kaki paksalah." Hanisa menggulingkan bebola matanya. Apa yang lebih sesuai ya, kaki paksa atau busybody?
"Tengahari tadi..."
Kening Helmi terangkat.
"Tengahari tadi ada orang nak try Nisa. Dia main pickupline basi," bicara Hanisa sambil matanya menjeling ke arah Helmi. Menunggu reaksi abangnya itu.
Helmi sudah tersengih suka. Bibirnya dinaikkan sedikit menunjukkan riak sinisnya. Tak lain tak bukan, mesti abangnya itu mahu menyakat tidak lama lagi.
"Dia tuduh Nisa mencuri depan orang ramai. Masa tu, sumpah semua orang pandang Nisa macam Nisa ni sampah masyarakat. Smart wo, Nisa jadi tatapan orang ramai! Padahal dia cuma nak cakap yang Nisa dah curi hati dia je. Pada pandangan abang longlah kan, perlu ke sampai macam tu sekali?"
Sengihan Helmi automatik mati. Dia perhati je Hanisa yang menjelaskan semuanya dengan gaya sinisnya tadi. Sebodoh-bodoh dia, dia tidak bodoh untuk tidak mengerti dengan penjelasan adiknya itu.
"Siapa dia tu?"
"Entah. Orang mental." Hanisa enggan memberitahu bahawa orang itu merupakan pekerja di kedai muzik. Risau jika abangnya menyerang lelaki itu pula. Tiba-tiba jadi kes lain. Naya.
Helmi tergelak kecil. Begitu juga dengan Hanisa. Gelaran yang diberikan oleh Hanisa itu kedengaran lucu.
"Okey, seterusnya. Itu baru kisah tengahari tadi kan? Aku tahu kau keluar tadi ada kisah lain pula kan. Story dekat abang long." Pinta Helmi. Dia pun pelik, tak pernah-pernah Hanisa keluar waktu malam. Takkanlah pergi dating, lepas tu putus. Jadi sebab tulah adiknya itu angin tak baik?
Ish, mengarut! Adiknya itu pandai bercinta-cintun bagai ke? Helmi mengerutkan dahinya.
"Yang tu..." Hanisa menggantungkan ayatnya. Dia menyilangkan tangannya.
Asudah, ni kenapa pula? Muka merah-merah ni nak cendol ke? Pelik sungguhlah adik aku ni, getus Helmi dalam hati. Hendak dikata depan-depan, takut adiknya itu tarik muka pula. Silap hari bulan, tak diceritanya pula padanya. Dia pun mahu tahu juga!
YOU ARE READING
MR HANS MIKHAEL
Romance❝Saya tak tahu kenapa saya perlu cakap macam ni. Tapi saya rasa, jom kahwin.❞ Sifat berani sudah tidak asing lagi dalam diri DARLING HANISA. Kalau dah jatuh cinta tu, memang cunlah dia pergi lamar anak teruna orang. ❝Jumpa mama aku. Berani?❞ Terla...