25

216 23 0
                                    

BERBAGAI jenis bunyi menusuk ke dalam telinga. Rumah Encik Dian begitu meriah waktu itu. Anak-anak sudah mula tunjuk tanduk. Lari sana lari sini. Adakala terdengar juga tangisan si bayi, mungkin suasana masih new baginya. Kecoh. Maklumlah, sekarang family gathering.

Hanisa diam seribu bahasa di pelamin ala kadar yang menempatkannya. Berpasang mata yang memandangnya tidak diendahkan. Tumpuannya seratus peratus dia hala pada jari manisnya yang sudah tersarung sebentuk cincin.

Seperti tidak percaya, dia sudahpun bergelar tunangan orang. Masa terlalu singkat untuk semua ini.

"Nisa tak suka cincin tu?" Puan Nora menegur di samping Hanisa. Boleh dia menukar ke cincin baru nanti jika bakal menantunya tidak suka.

Dengan cepat Hanisa menggeleng. Setahu dia harga cincin tu boleh tahan tinggi nilainya. Tak mungkinlah dia mahu memilih yang lain lagi.

"Nisa asyik tenung cincin tu. Risau dibuatnya kalau tak kena dengan cita rasa."

"Tak adalah, auntie. Cantik cincin ni," puji Hanisa. Dia cuma tak percaya yang dia dah separuh keluar dari dunia bujang, sebab itulah dia tenungkan saja cincin di jari. Speechless. Nervous pun ada. Macam tak kena je keputusan dia ni?

"Apa pula auntie? Mama."

Hanisa menguntum sebuah senyuman. Mungkin keputusan dia betul. Lihatlah sekarang, dia disambut baik oleh Puan Nora. Sedikit sebanyak Hanisa bersyukur tidak dikurniakan mak mertua seperti Mak Leha.

Eh, terikut drama lebih ni.

Tiba-tiba tangan Hanisa ditarik Puan Nora. Hanisa mengangkat muka pandang wanita itu. Terkejut memang terkejut.

"Terima kasih, Hanisa. Terima kasih datang jumpa mama sebelum ini. Terima kasih sudi terima anak mama tu. Terkejut juga bila Nisa tiba-tiba datang dengan hajat nak kahwin dengan anak mama masa tu." Puan Nora tergelak kecil.

Dekat situ juga Hanisa mendapat tahu yang Mikhael merupakan seorang yang workaholic. Kata Puan Nora juga, tak pernah dia melihat anaknya in relationship atau sewaktu dengannya. Nak bawa orang perempuan datang rumah, jauhkan lagi. Tidak lupa juga wanita itu memuji-muji keberanian Hanisa atas semua itu.

Hanisa simpan kagumnya pada Mikhael. Baiklah, workaholic. Logik juga lelaki itu tidak punya teman wanita. Sibuk memanjang. Mujur ada dia yang langkah kanan pergi buat first step, fuh Hanisa kagum juga dengan diri sendiri.

Jarang okey orang perempuan nak buat first step zaman sekarang ni. Masih ada ke? Rasanya semua nak lelaki gentle.

...

"BIASA dia tu!"

Hanisa tarik senyum kemudian mengangkat kening tanda bangga sedikit. Dia sudah tunang, anda bila lagi? Lagi setapak dah nak jadi isteri orang. Baru ada ikatan yang sah.

Zulaikah tidak dijemput semasa hari pertunangannya yang lepas. Alasan? Sebab nak bagi surprise. Majlis kecil-kecilan saja lagipun. Cukuplah untuk sanak-saudara yang datang.

"Sampai hati tak jemput aku," rajuk Zulaikah.

"Sorry. Kahwin nanti aku jemputlah. Biar kau jadi pengapit aku sekali."

Kata orang, hal pertunangan lebih baik dirahsiakan untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Sebaliknya diwar-warkan bila tiba waktu berkahwin nanti untuk mengelakkan fitnah pula.

"Hmm. Siapa tunang kau?"

"Bukan kau kenal pun kalau aku sebut nama dia," jawab Hanisa.

"Iyalah. Anyway, selamat bertunang."

Hanisa senyum segaris. Selamat bertunang? Macam pelik saja bunyinya. Apa-apalah. Ketahuilah dia masih baru dalam bidang bukan single ini. Ehe.

"Bertunang? Siapa?"

Serentak Hanisa dan Zulaikah menoleh ke arah suara tersebut. Pusing punya pusing, rupanya Encik Ariff.

Hanisa mengemam bibir. Aih, boleh pula lelaki itu memasang telinga! Zulaikah pula bukan main besar lagi suaranya. Memang nak hebohkan satu sekolah ke macam mana? Karang tak jadi kahwin, tak ke malu dibuatnya. Setengah jalan kata orang.

"Hanisa." Belum sempat Hanisa membuka mulut, Zulaikah sudahpun menjawab pertanyaan Encik Ariff terlebih dahulu. Dia tersenyum penuh makna di hujung ayat.

"Nisa bertunang? Sejak bila? Kenapa tak jemput abang sekali?" Hanisa menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Sejak kelmarin. Ketara seri tunangan dekat muka dia kan, cikgu?" Zulaikah tambah perisa.

Encik Ariff senyum.

"Ya ke? Tahniah, jumpa jodoh sudah. Jangan lupa jemput abang masa kahwin nanti."

"Insyaallah. Terima kasih, cikgu." Hanisa kekok. Harap lelaki itu tidak kemurunganlah waktu balik nanti. Ke dah move on? Ish, si Zulaikah ni juga main hentam saja pergi bagitahu Encik Ariff.

Ring! Ring!

Masa kedua bahagia buat para pelajar. Waktu rehat tiba tepat setelah Hanisa mengucapkan terima kasih. Waktu paling bahagia? Tentulah waktu balik!

...

PINTU rumah Hanisa katup rapat. Kunci kereta dia letak ke dalam bakul kecil di atas rak kasut. Alhamdulillah, kerjanya hari ini berjalan seperti biasa. Tak ada tekanan sangat.

Rumah sunyi. Hanisa tidak hairan kerana dia sudah dimaklumkan lebih awal lagi oleh Puan Salmah bahawa wanita itu keluar untuk merebut stok bunga yang baru saja tiba.

Sanggup ya?

Orang dewasa dan orang muda tak ada beza. Sama saja. Buktinya? Lihatlah Hanisa sendiri semasa penulis kegemarannya memasarkan buku baharu. Pasti dia akan memecut ke kedai buku yang berdekatan secepat yang mungkin. Jadi, tak ada istilah 'sanggup ya?' dalam kehidupan ini. Begitu juga dengan para lelaki.

Sila hindari pepatah kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak.

"Balik sudah, Nisa?"

Kus semangat! Suara yang tiba-tiba datang menegur itu ternyata berjaya mengejutkan Hanisa. Dia menoleh ke arah tersebut.

"Ya Allah, kau rupanya Hanna!"

Hanisa mendapatkan Hanna. Dipukulnya perlahan bahu Hanna untuk melepaskan geram. Mahu luluh jantung dia, tahu tak? Sudahlah dalam rumah ini tak ada sesiapa.

"Yang kau nak terkejut sangat kenapa? Mak su tak bagitahu kau ke yang aku stay sini sekejap?" Kata Hanna.

"Aku nampak kau terus balik lepas majlis tunang aku semalam, manalah aku nak tahu yang kau nak stay sini. Bila kau sampai?" Pin tudung Hanisa buka.

"Pagi tadi. Pukul 8 macam tu. Halah, aku stay sini dalam beberapa hari je. Suami aku outstation ikut bos."

Hanisa geleng kepala. Tak ada pula Puan Salmah memberitahunya tentang ini. Ingatkan pencuri tadi.

Ini pasti Hanna takut nak tinggal seorang-seorang dalam rumah si Fattah tu. Tak pun, tak nak tinggal rumah mertua? Barangkali tidak mahu susahkan mereka. Tak susahkan mereka, tapi menyusahkan Hanisa pula. Hahaha.

"Aku mandi dulu. Nanti aku turun balik." Pamit Hanisa yang sudah menanggalkan tudung di kepala.

Hanna angkat tangan buat simbol 'okey'.

MR HANS MIKHAEL Where stories live. Discover now