Hanisa melompat gembira. Mulut ditekup. Rasa tak percaya sebab dia pada akhirnya dapat juga melihat menara impiannya sejak kecil.
Eiffel Tower!
Tepat sekali tekaannya. Menara itu jauh lebih menarik pada waktu malam dengan bantuan lampu-lampu yang menghias di setiap penjuru. Berbanding dengan waktu siang, menara itu disinari dengan cahaya matahari sahaja.
Senyuman Hanisa mekar. Mata langsung tidak dikalihkan dari menara tersebut.
Pipinya ditampar lembut oleh angin malam. Oh, indahnya rasa ini!
Suara garau Mikhael yang seolah-olah sedang berbual tidak jauh darinya membuatkan Hanisa menoleh. Agak dah. Suaminya sedang berbual dengan seseorang.
Hanisa malas ingin mengambil tahu. Nak ambil tahu pun susah sebab dia tidak mengerti. Jadi, lebih baik dia enjoy seorang diri melihat menara cantik itu.
Oh. Hanisa tidak kisah sebab suaminya sedang berbual dengan lelaki yer, bukan perempuan ataupun mak nyah.
"Tak nak tangkap gambar ke sayang?"
Mengeras tubuh Hanisa apabila Mikhael tiba-tiba muncul dan bertindak memeluknya dari belakang.
Kau kenapa ni mat?
Menari rasa kupu-kupu di dalam perut. Namun Hanisa tidak pedulikan hal itu sekarang. Di fikirannya tika itu cuma satu. Telefonnya habis bateri dan terpaksa ditinggalkan di hotel. Jadi, dia cuma menikmati masa ini tanpa adanya sebarang gajet untuk menangkap gambar buat kenangan.
Sedih? Ya, sedih. Sikit.
"Kenapa kau tak pinjam telefon aku je dari tadi?" Seakan mengerti, Mikhael bertanya.
"Tak naklah. Nanti penuh pula storan telefon abang."
Daripada dibazirkan dengan gambar yang bukan-bukan, lebih baik suaminya simpan storan untuk kerjanya. Betul tak?
Pasrah sahaja bunyi Hanisa.
Tidak betah berada dalam keadaan begitu, akhirnya Mikhael beralih ke sebelah Hanisa.
"Eh bien, c'est pourquoi je t'aime bien." Kata Mikhael. (Well, that's why I like you.)
Isterinya seorang yang memahami. Ya. Mikhael akui itu.
Serentak itu, Hanisa menoleh ke kanan dan kirinya. Suaminya tiba-tiba guna bahasa alien tu sebab ada orang lain ke?
"Abang bercakap dengan siapa?" Tanya Hanisa sebaik sahaja dia mendapati tiada siapa yang berdekatan dengan mereka.
"Ma belle dame." (My beautiful lady.)
Mikhael mengulum senyuman saat melihat wajah terkebil-kebil isterinya. Polos saja wajahnya. Sah tidak mengerti.
"Jsjsnskwlp?" Hanisa merapu. Nak mengajuk semula kata-kata Mikhael tapi tak tahulah pula. Macam tidak ada huruf vokal saja di pendengaran Hanisa.
"Hoi!" Mahu ketawa besar Mikhael dibuatnya. Yang bukan-bukan aje.
Hanisa mengecilkan mata memandang Mikhael yang sudah terhambur tawanya. Eh, walaupun cuma ketawa sopan, Mikhael punya ketawa tu macam nak menyindir tujuh keturunan saja!
"Dahlah tu guna bahasa alien. Tak lawaklah. Saya tak faham!" Marah Hanisa.
"Bukan masalah aku. Anyway, itu bahasa Perancis yer sayang. Kau seorang jelah yang faham bahasa alien kau tu." Balas Mikhael dengan tawa yang masih tersisa.
Kalau macam nilah, confess pun tak jadi masalah buat Mikhael. Orang dekat sana tak faham.
Tajam jelingan daripada Hanisa. Heh! Dia menyilangkan tangan ke dada sambil pandangan dibuang ke arah menara di hadapannya. Whateveh!
YOU ARE READING
MR HANS MIKHAEL
Romance❝Saya tak tahu kenapa saya perlu cakap macam ni. Tapi saya rasa, jom kahwin.❞ Sifat berani sudah tidak asing lagi dalam diri DARLING HANISA. Kalau dah jatuh cinta tu, memang cunlah dia pergi lamar anak teruna orang. ❝Jumpa mama aku. Berani?❞ Terla...