22

209 23 0
                                    

"KENAPA cikgu tolak offer yang dia bagi?"

Berani mati Dayang bertanya. Tidakkah dia sedar yang dia hanya menumpang saja? Walaupun tiada kaitannya, dia tekad untuk bertanya mengapa Hanisa menolak semua itu.

Sayang, duit kut.

Lihat saja penampilan gadis yang melanggar Hanisa tadi, dia boleh agak yang gadis itu bukan orang biasa-biasa. Tentu duit berkepuk walau masih muda.

"Yang kau menyibuk dah kenapa?" Lain yang diharapkan, lain yang menjawab. Ifwat mencelah sebelum sempat Hanisa menjawab. Tajam anak matanya mencari sepasang anak mata Dayang.

Bagi lelaki itu, Dayang tampak kurang sopan. Hanisa masih bergelar seorang guru buat mereka walaupun sekarang sudah berada di luar kawasan sekolah. Lagipun, Hanisa jauh lebih berumur dari mereka. Tiada alasan bagi Dayang untuk berkelakuan begitu. Hanisa masih perlu dihormat.

"Kau.. Marah?" Dayang kemam bibir. Dia salah ke? Dia bukannya baru kenal Ifwat setahun dua. Jadi, dia kenal sangat riak wajah lelaki itu jika sedang marah.

Ifwat mendiamkan diri.

Dayang mencebik. Tahu sangat, lelaki itu akan bagi silent treatment tatkala sedang marah. Pandangan dia paling ke luar tingkap. Eleh, dia tanya aje pun, bukannya mahu menyibuk!

Wajah main peranan betul kalau dah barai. Mengalahkan mood orang perempuan datang bulan pula!

Bumi dibasahi dengan hujan renyai-renyai. Hanisa memandu kereta dengan tenang. Bukan bajet cool, tapi sedikit pun dia tidak ambil hati dengan anak muridnya itu.

"Saya tolak sebab tak nak bebankan dia. Lihat dari penampilan dia pun, saya boleh agak yang dia masih seorang student. Mungkin student universiti yang terdekat." Hanisa tahu rasa beban yang ditanggung itu sebab dia juga pernah merasanya. Dia juga pernah menikmati zaman belajarnya dahulu sebelum bergelar seorang guru.

"Lagipun, saya boleh aje basuh sendiri baju ni. Buat apa nak ganti? Bazir duit dia saja. Baik dia simpan duit tu untuk mak ayah dia ke," sambung Hanisa lagi. Fokusnya masih tertumpu pada jalan raya.

"Mulianya hati cikgu. Kalau saya, tentu saya terima je offer dia tu tanpa fikir panjang," Dayang seperti membuka aib sendiri. Namun, itulah kenyataannya.

Hanisa ketawa kecil.

Benarlah, dia akan melakukan perkara yang sama seperti gadis itu. Mujurlah dia sempat berfikir sebelum sempat nafsunya menguasai dirinya tadi.

"Aku bagitahu mak kau, biar dia beli insurans untuk mulut kau tu." Kalau bukan mencelah, bukan Ifwatlah tu. Rasanya, lelaki itu tidak ada modal untuk bercakap selain mencelah dan menyampuk.

Dayang memalingkan wajahnya sekejap memandang Ifwat. Jelingan diberikan. Oh, ini tiba-tiba mencelah bukan dalam kategori menyampuk juga ke?

"Diamlah kau."

Maka, bermulalah perang alam yang kali ke-tidak tahu, dah tak boleh nak hitung. Memang banyak kali!

Naik pening Hanisa dibuatnya. Dia biarkan kedua-dua anak muridnya bergaduh sesama sendiri lagi. Haih.. Orang kata, bergaduh jugalah cara untuk rapatkan hubungan.

Baru hari itu juga Hanisa dapat tahu bahawa Dayang dan Ifwat tinggal tidak jauh antara satu sama lain. Berjiran. Nak dikatakan lagi, sudah berjiran sejak kecil. Apa? Tentulah mereka main pondok sama-sama dahulu. Childhood.

...

Tup!

Pintu kereta ditutup dengan kasar. Akibatnya, bahu Hanisa terhinjut dek kerana terkejut.

"Fikir ni Fast And Furious ke? Drift?"

Hanisa berpeluk tubuh diperli sedemikian. Kalau nak drift pun apa salahnya? Boleh cipta sejarah sekali seumur hidup.

"Saya panggil awak tak nak dengar." Balas Hanisa tidak mahu salahnya saja yang kelihatan.

Entah apa yang tertulis pada takdir. Dia terjumpa lelaki itu, Hans Mikhael, semasa menghantar anak muridnya ke taman perumahan mereka. Cepat saja matanya membuat kerja apabila ternampak susuk tubuh yang sangat familiar.

Lelaki itu langsung tidak menoleh apabila dipanggil, malah cepat-cepat memecut meninggalkan kawasan. Mahu tak rasa tercabar dibuatnya Hanisa untuk mengejar.

"Don't waste my time. Kau nak apa?" Dingin suara Mikhael bertanya.

Di bahu jalan itu hanya dua tiga kenderaan saja yang lalu lalang, agaknya clean tak kalau dia buat jenayah dekat situ?

"Apa jawapan awak?"

Kening Mikhael bercantum. Apakahjadahnya tiba-tiba minta jawapan? Dia bukannya mahu duduki SPM nak kena minta jawapan bagai ni.

"Jangan buat lupa. Masa majlis kawan awak tu.. Eh, means, awak terima ke?" Mata Hanisa sudah bersinar.

Mikhael masih lagi dengan wajah (??) nya. Dia berfikir sejenak sebelum lima saat kemudian, matanya membulat besar. What the.. Hoi! Boleh trauma dia mengimbas semula.

"Lol. Tak lawak," entah Mikhael mahu percaya ataupun tidak.

"Ingat dah? Awak terima ke saya sebagai bakal isteri awak? Benda ni memang tak lawak, sebab tu saya serius." Secalit senyuman tidak terhias di bibir menandakan dia serius dengan hal itu.

Act fool. Act fool. Act fool.

Ya, Mikhael buat bodoh. Wajah tanpa riak dia pasang buat Hanisa. Ceh, apa mimpi dia dilamar oleh perempuan ini? Setakat ini dia pernah dioffer jadi kekasih orang saja, bukan sampai kena offer nak jadi suami orang.

Dulu, akibat terkejut sangat, tak pasal-pasal dia tersimbah air pada muka gadis itu. Dia memang tidak sengaja. Tapi, ada rasa puasnya juga.

"Macam mana? Cepat, saya ada kerja lain lagi lepas ini," gesa Hanisa tidak sabar untuk mendengar. Pertama kali dia buat kerja gila ini, harap tidak ditolak mentah-mentahlah.

"Kau nak duit aku saja, bukan? Okey. Aku boleh bagi. Berapa kau nak? Heh.. Sanggup jatuhkan maruah semata-mata nakkan harta," sinis sekali suara Mikhael.

Hanisa pasang wajah menjengkelkan. Lupa, orang kaya! Duitlah seribu satu cara untuk menyelesaikan masalah yang ada.

"Tak nak duit. Saya. Nak. Awak."

Ini semua karut!

Mikhael menarik nafas dalam-dalam untuk menenangkan diri. Boleh terkena serangan jantung dia jika begini selalu. Entah apa yang gadis itu nampak padanya, dia pun tidak tahu. Yang pastinya, dia memang kacak. Hehehe.

"Jumpa mama aku. Berani?"

Hanisa membatukan diri sebaik saja sistem pendengarannya mencerna ayat yang baru saja didengarinya. Pula!

"Aku bagi masa kau 3 hari mulai sekarang. Luahkan hasrat kau ni pada dia. Tamat je tempoh 3 hari nanti, kalau kau belum bagitahu mama aku, then aku nak kau main jauh-jauh dari aku." Sinis.

Mikhael berani kerat jari, gadis itu sekadar manis di mulut saja.

Memanglah ada istilah ikut jejak Saiditina Khadijah yang melamar Rasulullah, tapi.. Dia yang lelaki ini rasa macam tak kena pula apabila diperlakukan sedemikian.

"You jerk." Hanisa benar-benar rasa tercabar. Andai takdir berpihak pada dia, tahulah lelaki itu padahnya nanti.

MR HANS MIKHAEL Where stories live. Discover now