51

210 11 0
                                    

Bunyi pukulan ombak di pantai sungguh mengasyikkan. Angin juga tidak henti-henti menyentuh lembut kulit. Hanisa mendepakan tangannya. Nikmat itu dia amati bersungguh-sungguh.

Sudah bertahun-tahun dia meninggalkan alma mater, namun pesanan kaunselor sekolah masih tersimpan elok di benak fikiran. Benar sekali kata beliau. Pantai merupakan salah satu tempat yang dapat dimanfaatkan dengan apa-apa perkara.

Sungguh pantai itu dapat menenangkan hati yang dilanda rasa gelisah, sedih, malah semasa dicengkami api kemarahan juga.

Barangkali Hanisa juga begitu.

"Aku tak akan beritahu dia. Jangan risaulah. Hanisa tu jenis pelupa sikit, kan? Kau jangan sesekali beritahu dia pula."

Hanisa masih dibelenggu dengan perasaan itu. Perasaan tertanya-tanya. Apa maksud semua itu? Apa yang cuba Mikhael sampaikan kepada pemanggil di telefon itu? Dan mengapa nama dia juga yang perlu dipetik?

Tangan yang sudah terasa lenguhnya Hanisa jatuhkan ke sisi. Kelopak mata dibuka perlahan-lahan. Sedikit demi sedikit kakinya memijak satu persatu batu besar di tepi pantai itu.

"Be careful Hani!"

Jeritan Mikhael dari belakang tidak diendahkan. Hanisa ingin berdiri di batu besar yang berada di bawah sekali, di mana jaraknya sangatlah dekat dengan air pantai. Tentu best!

Kaca mata hitam masih tidak ditanggalkan. Ia memudahkan penglihatan Hanisa untuk terus melangkah. Cahaya Nur bukan main.

Ko Moon-young. Perwatakan heroin dari drama korea It's Okay to Not Be Okay itu sedikit sebanyak menghantui fikiran Hanisa. Yuhu, gayanya sudah seperti Ko Moon-young, our queen!

Seketika Hanisa tergelak kecil. Adeh, kemaruk sangat dia dengan dunia drama itu. Yang bukan-bukan saja.

"Jangan bawah sangat! Bahaya!" Mikhael terpaksa menjerit kerana suara ombak di situ mampu menenggelamkan suaranya.

"Mana ada bahaya. Seronoklah dengar dekat-dekat." Ujar Hanisa. Sempat dia memusingkan badan menghadap Mikhael sebelum dia menghadap ke pantai semula.

Tergeleng-geleng kepala Mikhael tatkala mendengar. Batu besar yang bertujuan untuk melemahkan damparan ombak ketika air pasang itu dipijak dengan berhati-hati. Mikhael boleh kata yang silap saja satu langkah, pasti akan terluka jika jatuh dari situ.

Manakala Hanisa masih dengan dunianya. Berperang dengan isi kepalanya sendiri.

Sebelum keluar dari bilik hotel tadi, Mikhael meminta izin untuk menjawab panggilan terlebih dahulu. Masa yang diambilnya adalah dalam 15 minit begitu. Tanpa disedari, Hanisa mencuri dengar perbualan suaminya di dalam talian itu akibat bosan menunggu. Dan Hanisa tidak menyangka yang perkara itu berjaya memanipulasikan otaknya selepas itu.

"Aku tak akan beritahu dia. Kau jangan sesekali beritahu dia pula."

Apa maksud suaminya yang dia tidak akan memberitahu Hanisa? Bahkan Mikhael juga melarang keras gerangan di seberang sana untuk memberitahunya.

Hanisa masih lagi berteka-teki.

"Hanisa watch out!"

Mikhael mempercepatkan langkahnya apabila dia dapat mengagak apa yang bakal berlaku sebentar sahaja lagi. Dia dah kata. Silap satu langkah je, habis!

Belum sempat Mikhael tiba ingin menyambut, Hanisa sudahpun menyembah bumi akibat hilang keseimbangan. Semuanya kerana kakinya salah pijak. Fikirannya pula melayang entah ke mana. Ironinya, Hanisa jatuh di celah batu yang tidak kurang besarnya.

MR HANS MIKHAEL Where stories live. Discover now