10

259 21 0
                                    

MATA bulat Hanisa memandang tajam setiap inci wajah sepasang suami isteri di hadapannya sekarang. Nafasnya cuba diatur agar amarahnya tidak terlepas sekejap lagi.

Encik Dian dan Puan Salmah. Ya, merekalah sepasang suami isteri itu.

Bukan berniat mahu kurang ajar, namun dirinya agak kecil hati dengan jangkaan ibu bapanya. Yang pasti dia agak kecewa.

"Mak, ayah... Nisa berbekalkan ilmu agama yang cukup, jauh lagi orang nak terjerumus ke dalam benda yang terkutuk tu. Orang tahu sangat Islam melarang benda tu." Keluhan dilepaskan. Terkilan juga dia apabila mendengar ayat yang dikeluarkan dari mulut Encik Dian dan Puan Salmah tadi.

Lepas je selesai sesi makan malam, mereka meminta Hanisa menunggu sebentar di ruang tamu untuk membincangkan sesuatu perkara.

Hanisa hanya menurut. Tak tahu pula bakal jadi seperti ini. Berdosakah dia sebagai anak yang mencuba untuk menegakkan kebenaran?

"Nisa tak kisah sangat tentang Farel tu. Orang letak tepi dulu. Yang penting sekarang, orang kecil hati sangat bila mak dan ayah cakap macam tu dekat Nisa," sambung Hanisa lagi.

Farel. Baru tadi juga ibu bapanya beritahu untuk menyatukan mereka. Kahwin. Hanisa tidak ambil kisah sangat tentang hal itu meskipun dalam hati sudah menolak keras cadangan tersebut.

"Maafkan ayah, Nisa. Ayah tak berniat nak kecilkan hati Nisa. Ayah cuma nakkan kepastian yang anak ayah ni masih straight," ucap Encik Dian lemah. Kesal? Sudah semestinya. Salah belaka tekaannya.

DUM!

Hati Hanisa remuk mendengarnya.

"Betul. Sebab itulah mak dan ayah bercadang nak kahwinkan kamu dengan anak kawan ayah." Puan Salmah pula bersuara. Tangan anaknya diraih. Dia sebagai ibulah yang paling risau jika perkara yang tidak diingini itu berlaku.

Hanisa melepaskan keluhannya sekali lagi. Sampai begitu sekali ibu bapanya berfikir tentangnya?

Tell me. Siapa je yang tak kecil hati dengan kenyataan itu? Kalau kawan-kawannya yang berkata begitu sekadar ingin bergurau, tak apalah. Ini tidak, ibu bapanya sendiri!

Lesbian? Bukan Hanisa tidak tahu Islam melarang ketat berhubungan sejenis. Dia masih waras. Andai kata suatu hari nanti tiada satu pun lelaki yang inginkan dirinya, sanggup dia memegang title andartu sekalipun jika dibandingkan untuk berhubungan sejenis itu. Dia rela.

"Mak dan ayah jangan risau. Nafsu orang masih ada pada lelaki."

Mungkin salahnya juga. Melihat dirinya yang seperti tidak tertarik dengan lelaki dan anti dengan perkataan 'kahwin' menyebabkan Encik Dian dan Puan Salmah berfikir begitu.

Encik Dian dan Puan Salmah tersenyum mendengar kebenaran yang terungkap. Terbit rasa bersalah dalam hati pasangan suami isteri itu apabila menjangka anaknya tidak lurus.

"Maafkan Nisa. Nisa juga tak berniat nak melawan mak dan ayah tadi." Hanisa mahu menangis saja rasanya. Tak nak dicop sebagai anak derhaka!

Bahu Puan Salmah dipeluk. Hanisa memuncungkan sedikit mulutnya. Okey, yang ini fake.

"Tentang Farel tu pula, orang tak naklah kahwin dengan dia. Orang tak setuju." Beritahu Hanisa tidak berlapik. Dia dah kata, kahwin tu bala.

Tunggu masa jelah dia mahu kahwin nanti. Bukan jodoh yang datang, ajal yang datang terlebih dahulu pun tidak mengapa. Awh, so sweet!

"Okey." Kata Puan Salmah. Dia lihat si suami di sofa sana sudah mengangguk kepala juga.

Ini bukan dalam drama mahu memaksa anaknya untuk berkahwin. Siapalah dia mahu aturkan hidup anaknya? Seorang ibu? Sudah semestinya, namun anaknya berhak dalam memilih sendiri pasangan hidup.

"Pikul tanggungjawab sebagai seorang guru pun dah membebankan Nisa, apatah lagi nak pikul tanggungjawab sebagai seorang isteri. Bagi orang masa eh, mak, ayah?" Hanisa memandang wajah ibu bapanya silih ganti.

Dia tahu, jodohnya bakal tiba juga nanti. Jika takdir sudah ditulis, Hanisa juga tidak mampu menolaknya.

...

"IKAN bawal seekor, sotong 2 kilo," Hanisa berkata sendirian. Dia fokus mencari haiwan akuatik itu. Ceh, nada budak geografi sungguh.

Apabila matanya memandang ikan bawal yang dimaksudkan, laju saja tangannya mencapainya.

Senang kerja. Tak susah dia mahu mencari. Selalunya dia siap mengorek bahagian bawah lagi untuk mencari ikan yang satu itu. Maklumlah tipikal orang zaman sekarang, yang atas sekali tak nak ambil. Padahal sama je semuanya ikan yang sama.

Kepala digelengkan.

Sekarang, dia hanya perlu mencari sotong saja lagi.

Alkisahnya begini. Waktu sarapan tadi, Puan Salmah mengajaknya keluar untuk membeli barang dapur dan barang basah sedikit. Semuanya sudah hampir habis katanya.

Jadi dengan ini, Hanisa sebagai hero tamil meminta ibunya duduk di rumah saja dan berseorangan dirilah dia keluar membeli. Biarlah ibunya berdating sekejap bersama ayahnya di rumah. Heh!

"Yeah! Itu pun kau."

Hanisa senyum hingga ke telinga. Sotong yang tidak jauh darinya dipandang gembira. Wah, inilah yang membuatkan dia rasa heaven sangat bila keluar membeli!

Tak perlu susah-susah mencari. Kalau macam inilah gamaknya, mahu hari-hari dia offerkan diri. Pahala pun dapat sebab tolong ibunya. Hoho.

Hanisa mengeluarkan telefonnya kemudian. Nota yang dicatatnya sebelum keluar tadi dibaca.

Ikan bawal dah, sotong dah. List yang seterusnya adalah sayur-sayuran dan buah-buahan.

"Kacang je ni," Hanisa berkata dengan yakin sebelum trolinya ditolak menuju ke tempat yang menempatkan sayur-sayuran dan buah-buahan.

Trolinya dihentikan apabila tiba di tempat yang dimaksudkan.

Hanisa mengetap bibir. Boleh tahan banyak juga orang dekat kawasan ni. Semua nak diet ke beli sayur dan buah ni? Kawasan ikan sana lenggang je, tak pula diserbu.

Halah, select! Kasihan ikan.

Tanpa menghiraukan orang sekeliling, Hanisa melakukan kerjanya mencari sayur dan buah seperti yang dipesan oleh Puan Salmah.

"Kau tahu tak Salley, anak jiran aku yang cikgu tu dah nak kahwin. Aku dengar bakal suami dia tu bukan kaleng-kaleng, seorang doktor. Pangkat tinggi!"

Laju saja telinga Hanisa buat kerja. Dia yang berada tidak jauh dari 2 orang wanita yang berabad itu memasang telinga tanpa sengaja.

Haihlah, mak cik. Dekat sini tak ada jual bawang. Tolonglah jangan membawang.

"Betul ke? Macam tak kena je, anak jiran kau yang cikgu tu gaji ciput je kan kalau nak dibandingkan dengan bakal suami dia yang bergaji tinggi tu," ucap wanita yang satu lagi.

Berdesing telinga Hanisa mendengarnya. Mana taknya, dia juga seorang guru. Mahu tak terasa. Asal guru je kena cop gaji ciput ke? Besar pahala tau jadi seorang guru ni sebab dah sumbangkan ilmu.

Eh, salah ke seorang gaji rendah, seorang gaji tinggi? Dah dua hati sudah bersatu, siapalah mereka mahu pertikaikan.

Okeylah tu. Seorang guru, seorang lagi doktor. Ada rezeki dapat anak nanti confirm anak genius!

Hanisa tidak menunggu lama. Dia menjauhkan diri dari situ sebelum mulutnya lancang membidas mak cik-mak cik itu nanti. Naya!

MR HANS MIKHAEL Where stories live. Discover now