HANISA menoleh ke belakang apabila bahunya seakan diketuk. Dia mengerutkan dahinya. Fikir bahunya itu pintukah mahu diketuk-ketuk.
"Minah ni lagi?"
Sistem pendengaran Hanisa berjaya mendengar suara itu meskipun agak perlahan. Kepalanya didongakkan sedikit ke atas, serta-merta kornea matanya menjamah setiap inci wajah milik lelaki yang dikenalinya. Terkejut? Ya, ya, ya. Usah ditanya, setiap kali bertemu dengannya pasti Hanisa akan terkejut.
"Hans Mikhael?" Nama itu meniti di bibirnya serta-merta.
Mikhael mengangkat keningnya. Dia menyinis. Wow, gadis itu sudah tahu namanya? Siap dengan nama penuhnya lagi.
"Awak nak tahu tak? Mak cik 2 orang yang dekat sana tu sedang membawang. Hina sangat ke jadi cikgu sekalipun? Mereka tak tahu ke, majoriti cikgu ni boleh masuk syurga? Ish, kita ni bukan siapa-siapalah tanpa seorang insan yang bergelar guru!" Bersungguh-sungguh Hanisa mengadu tanpa dipinta. Siap dibuatnya side eyes lagi.
Mikhael mengerutkan dahinya. Matanya akur memandang ke arah yang ditunjuk sebelum matanya jatuh semula memandang Hanisa. Yang pelik-pelik je gadis di hadapannya sekarang ini.
Hanisa mengemam bibirnya apabila perasan dirinya sudah terlanjur kata. Dia mendongakkan kepalanya sedikit untuk melihat reaksi lelaki itu.
Hei, jumpa-jumpa je terus mengadu ke? Tak malu sungguh!
"Masalah kau ke?"
Hanisa mengetap giginya. Sah, mesti lelaki itu menganggapnya seorang yang busybody.
"Kau tahu yang mana satu sawi pahit?" Mikhael terus bertanya tentang tujuannya datang menegur gadis itu. Dalam hati sudah berdecit. Kalau dia tahu yang gadis itu ialah Hanisa, tak adanya dia beria mahu menegur.
Terkebil-kebil Hanisa mendengar soalan yang keluar dari mulut lelaki itu. Dahi dikerutkan.
"Nak buat apa sawi pahit?"
Hanisa simpan senyum. Sengaja dia mahu main tarik tali. Tipikal orang zaman sekarang, orang bertanya sibuk juga mahu bertanya.
"Masalah kau ke? Lainlah kalau kau pun tak reti nak bezakan," Mikhael senyum sinis di hujung ayat. Apa? Dia normal okey kalau tak tahu beza jenis sawi. Lelaki right.
"Saya tahulah!" Tidak puas hati Hanisa apabila dirinya dikata sedemikian. Mikhael mengangkat keningnya sebagai respons. Tidak lokek senyuman sinisnya di bibir.
Tanpa menunggu lama, Hanisa terus mencari keberadaan sawi pahit yang dimaksudkan. Dia rasa tercabar pula! Pencariannya memakan masa, jenuh juga dia dibuatnya.
"Ini sawi kerinting. Tu sawi putih. Dekat sana pula sawi hijau dan sebelah dia tu, sawi pahit awak!" Hanisa menjeling. Finally. Mujurlah dia tahu semuanya, kalau tak habis tercalar maruahnya depan lelaki itu.
Mikhael senyum sinis lagi sebelum tangannya mengambil beberapa ikat sawi pahit. Dia kemudiannya berura-ura ingin pergi tanpa berkata apa-apa lagi.
"Hei! Thank you?" Jerit Hanisa.
Wajah dimasamkan apabila jeritannya tidak memberikan apa-apa kesan pada lelaki itu. Mikhael meneruskan langkahnya tanpa berniat mahu menoleh ke belakang lagi.
"Cis, sombong! Nak ucap terima kasih pun berat sangat ke? Simpan emas tembaga ke apa dalam mulut tu!" Tambahnya lagi. Geram.
Hanisa menarik nafas lalu menghembuskannya. Dia berfikiran positif, menganggap ianya sebagai balasan kenang budi untuk lelaki itu.
Tidak mengapalah. Mikhael banyak membantunya sebelum ini. Setakat memilih sayur saja, apalah sangat jika hendak dibandingkan dengan perbuatan baik lelaki itu.
Hanisa ikhlas.
...
"KAU pula bila nak kahwin?"
Hampir tersedak Hanisa mendengar soalan yang dituju khas untuknya. Jus tembikai yang dipesannya tadi disedut sekali lagi sebelum menjawab.
"Jangan ditanya. Nanti-nantilah aku kahwin, Hanna." Hanisa menyimpan cebik dalam diam. Kenapalah semua orang mahu petik soal kahwin padanya?
Dah jodoh belum datang, nak buat macam mana kan? Takkanlah Hanisa perlu up status 'siapa single jom kahwin' pula? Tak pun dm oppa-oppa koreanya minta kahwin, mana tahu mereka mahu kacukan Malaysia sikit. Cis.
"Kau jangan, Nisa. Jangan-jangan kau dah tanam niat tak nak kahwin seumur hidup tak? Kau tahu kan, Allah SWT telah mencipta manusia hidup secara berpasang-pasangan. Hukum kahwin kau tahu tak?"
Hanisa berdecit. Hanna Humairah merangkap sepupu belah ibunya itu dijelingnya sekilas. Mahu buka ceramah free pula sepupunya itu.
Tahulah dia hukum kahwin tu harus (kan?). Dia bukannya jahil sangat sampai tak tahu pasal agama yang satu itu.
"Aku tahulah. Kau ni pun. Penat tahu tak, aku asyik dengar benda yang sama je. Kahwin, kahwin, kahwin. Diam-diam sudahlah. Mana tahu lepas kau kahwin nanti turn aku pula," menyesal tak sudah dia berselisih dengan Hanna tadi. Ingatkan duduk makan-makan, minum-minum ni boleh tenangkan minda. Rupanya tak.
Tahulah sepupunya itu dah nak kahwin. Tunjuk belang pula, pandai-pandai nak nasihatkan orang yang single ni hm. Tak suka, tak suka!
"Dah tu, kahwinlah. Lepas kahwin nanti, aku jamin kau tak dengar dah," Hanna menyengih kerang.
"Ah, cakap senanglah. Aku ni calon pun belum ada tahu tak? Tambah lagi sibuk dengan budak-budak sekolah yang nak SPM tahun ni." Hanisa memberi alasan. Kad jemputan yang diberi oleh Hanna untuk keluarganya tadi ditenung lama.
Tak lama lagi jadi isteri orang dah sepupunya itu.
"Susah betul kau ni, patutlah mak su selalu pening jaga kau yang seketul ni. Hah, jangan lupa tau bagi mak su dan pak su tengok kad tu!"
Hanisa mencebik lagi. Bezanya kali ini dia tak simpan dah cebikannya. Puan Salmah pening dengannya? Rasanya memang ya. Namun, hidup mereka sekeluarga akan sunyi tanpa adanya dia okey!
"Anyway, kau tentu ambil cuti masa majlis aku nanti kan? Nah, biar kau jelah yang jadi pengapit aku!" Senyuman Hanna sudah mekar. Matanya sudah bersinar, berharap agar sepupunya itu setuju dengan cadangannya.
Membulat mata Hanisa mendengarnya. Kepala digeleng laju. Dia menolak tanpa berfikir panjang.
"No, no, no!"
Tampil sebagai pengapit? Jika sudah namanya Hanisa, memang tidaklah jawabnya. Jauh lagi dia mahu menjadi tatapan orang ramai.
Pengapit. Kipaskan pengantin, lap peluh pengantin, yang paling dia benci sekali, sedekahkan senyuman yang tak berapa nak ikhlas pada tetamu yang hadir. Cis, dia bukannya pengantin pun mahu tayang senyum dari mula sampai akhir majlis! Mahu lenguh urat bibirnya nanti.
"Apa pula no? Tak ada, tak ada. Aku nak kau juga jadi pengapit aku. Kau kan single. Forever. Single. Kalau kau tak nak juga, aku bagitahu wan, paksa kau kahwin kalau kau tak nak jadi pengapit aku." Senjata dikeluarkan. Hanna sudah senyum miring.
Hanisa membaling tisu tepat mengena pada batang hidung Hanna. Gadis itu mengaduh. Senyum miringnya tadi sudahpun digantikan dengan muncung di bibir.
"Padan muka! Mak ayah aku pun tak paksa aku kahwin, kau pula beria nak paksa aku kahwin semata-mata tak nak jadi pengapit kau. Amboi!" Bidas Hanisa geram. Dah kata, jangan petik lagi soal kahwin!
Dijelingnya sekilas Hanna di hadapan. Jika Hanna mahu salah guna kuasa sebagai cucu bongsu keluarga mereka, maka dia juga mahu berlawan kuasa sebagai anak bongsu keluarga Encik Dian!
Cucu bongsu VS anak bongsu.
Belum dia tahu jurus mematikan insan yang bergelar anak bongsu ini. Ceh, ada hati nak berkomplot dengan wan! rungut Hanisa dalam hati.
YOU ARE READING
MR HANS MIKHAEL
Storie d'amore❝Saya tak tahu kenapa saya perlu cakap macam ni. Tapi saya rasa, jom kahwin.❞ Sifat berani sudah tidak asing lagi dalam diri DARLING HANISA. Kalau dah jatuh cinta tu, memang cunlah dia pergi lamar anak teruna orang. ❝Jumpa mama aku. Berani?❞ Terla...