14

202 18 0
                                    

PUAN SALMAH mengunci pintu utama. Tidak lupa pagar rumah juga dikuncinya. Sebelum berangkat, sempat dia meminta pertolongan daripada jiran sebelah rumah untuk menjenguk keadaan rumahnya sepanjang mereka tiada.

"Suruh abang long ke depan, yah. Bolehlah dia tunjuk arah nanti. Kut-kutlah ayah lupa jalan ke kampung." Bicara Hanisa layak sedang menyindir, walhal dia tidak bermaksud sedemikian.

Encik Dian memandang anaknya dari pantulan cermin kereta. Amboi, anaknya itu sedang memerlinyakah? Tahulah yang dia sudah lama tidak menjejakkan kaki ke kampung belah mertuanya.

"Iyalah. By the way, ayah masih tahu okey jalan ke kampung." Isyarat diberikan pada kereta Helmi yang berada di belakangnya untuk maju ke hadapan terlebih dahulu.

Hanisa tersengih kerang. Alamak! Dia terlepas cakap pula. Dia bukan sengaja. Semoga ayahnya tidak mengambil hati dengan kata-katanya tadi.

"Kamu nak ni, Nisa?"

Hanisa memandang bungkusan mentos yang dihulurkan oleh Puan Salmah. Kus semangat! Dia ingatkan ibunya mahu bagi penumbuk padanya tadi sebab dah usik suami dia. Hahaha.

Puan Salmah memang begitu. Bukan mabuk kereta cuma tidak betah jika duduk lama di dalam kereta. Nak-nak lagi perjalanan yang panjang, ke kampung halaman. Memang semua stok seperti minyak panas, gula-gula, asam, semua dah disediakan olehnya. Takut tiba-tiba pening kepala, perut memulas rasa nak muntah katanya.

Tanpa banyak soal, laju tangan Hanisa mengambil 3 biji gula-gula mentos itu. Siapa je yang tak nak huhu. Sedap, mentos yang plastik purple pula tu. Rezeki jangan ditolak.

"Abang?" Encik Dian mengangguk.

Puan Salmah tanpa dipinta membuka bungkusan kecil plastik mentos lalu tangannya laju saja memasukkannya ke dalam mulut sang suami yang sudah menganga.

Ehem! Hanisa buat-buat sibuk dengan telefonnya. Anggap je buat masa sekarang ni dia buta dan pekak. Ohhhhhhh, jadi inilah ya agenda manis ibu bapanya waktu muda-muda dulu. Aiseh biasa dia tu!

"Yang single mohon jangan terasa."

Serta-merta Hanisa mencebik. Sinis sekali suara Encik Dian menuturkan ayatnya. Wajah anaknya yang menghadap telefon di sit penumpang sekali lagi dipandangnya dari pantulan cermin kereta.

Puan Salmah pula hanya tergelak kecil sambil menggeleng kepala. Ibunya itu juga bukannya nak bagi warning pun sebelum nak bersweet depannya. Heh!

Sila hormati orang single.

"Orang nak tidur kejap. Nanti kalau ayah tak larat dah, nak rest ke, bagitahu tau. Biar orang yang ganti drive. Mak, kejutkan orang nanti." Badan sudah direnggangkan, menunggu masa saja lagi untuk melenakan diri.

"Ya," ucap Puan Salmah. Manakala, Encik Dian di tempatnya mengangguk sebagai respons untuk anak gadisnya.

Kelopak mata mulai ditutup. Hanisa merehatkan matanya buat seketika. Andailah dia tidak lupa mengambil novelnya barang 1 sekalipun, tentu dia tidak membuta sekarang ini.

Membaca dalam kereta?

Pelik tapi benar. Biasanya orang kata akan pening kepala, namun hakikatnya bagi Hanisa langsung tidak. Sekurang-kurangnya dia tidak bosan duduk berjam-jam dalam kereta.

Jangankan membaca, membancuh air di dalam kereta pun pernah dibuatnya. Air kopi. Telinganya ketika itu ditadah saja dengan leteran Puan Salmah.

"Lupa pula saya nak rembat bunga tulip kegemaran mak tadi."

Itulah kata-kata terakhir yang menjengah ke sistem pendengaran Hanisa sebelum dia dibuai mimpi. Puan Rosminah (Wan Rosminah) merangkap nenek kepada Hanisa itu tidak ubah macam ibunya juga, penggemar bunga. Hm. Ke mana tumpahnya kuah jika bukan ke nasi.

Tatkala bercakap tentang bunga, tidak semena-mena Hanisa teringat akan lelaki misteri yang dijumpainya tempoh hari. Ros hitam. Hans Mikhael. Cantik namanya.

Tanpa sedar Hanisa tersenyum dalam mata terkatup rapat. Dia akhirnya benar-benar melenakan diri.

...

MATA Hanisa sengaja dibulatkan. Senyumannya pula mekar sampai ke telinga. Dari jauh lagi dia sudah boleh nampak kelibat Wan Rosminah duduk bersila di beranda rumah kayunya.

"Tengok tu, itu wan! Cepat ayah!"

"Iya, sabar Nisa. Dah nak sampai dah ni pun," Puan Salmah menjawab bagi pihak suaminya. Kepalanya digelengkan memandang telatah anak gadisnya itu. Tak menyabar sungguh.

Dulu bukan main tak nak gerak awal katanya. Bila dah sampai, tahu pula anaknya itu mahu berjejak kasih bersama neneknya ya.

Kereta Vios milik Helmi mula memasuki perkarangan rumah Wan Rosminah diikuti kereta Honda Civic milik Encik Dian.

Setelah enjin kereta milik Encik Dian dimatikan, terus saja Hanisa melompat keluar dari perut kereta tanpa menunggu yang lain, tidak dipandangnya lagi ke belakang. Laju dia mendapatkan Wan Rosminah di atas.

"Wannnnnn! Orang rindu wann!"

Tubuh wanita berumur itu dipeluknya erat sekali. Wan Rosminah membalas pelukan cucunya.

"Hah, sudah! Semput kejap lagi aku ni kang. Lepas, lepas," lagak macam mahu sejam cucunya yang satu itu ingin memeluknya saja. Kudratnya yang sudah berumur ini tidaklah banyak mana.

Pelukan mereka sudahpun terurai di mana Wan Rosminah melepaskannya terlebih dahulu. Hanisa memuncung sambil berpeluk tubuh. Masih berbekas rasa rindunya pada wanita itu.

"Besar dah cucu aku ni. Dah boleh kahwin sudah. Hah, naiklah Salmah, Dian. Helmi mana Helmi? Farah? Cicit aku pula mana?"

Serta-merta Hanisa mencebik apabila Wan Rosminah memetik perihal cicitnya. Ceh, budak kembar itu jelah yang famous sekarang ni. Asyik dicari-cari. Jatuh pula reputasinya sebagai cucu!

Ditolaknya perlahan tubuh Hanisa sampai terdorong ke belakang gadis itu dibuatnya. Sempat Puan Salmah dan Encik Dian bersalam dengannya sebelum wanita itu menuju ke kereta Vios milik Helmi.

"Sihat wan?"

Helmi menarik senyuman hingga ke telinga apabila Wan Rosminah memicit-micit pipinya. Kelibat adiknya dicari, sengaja ingin menyakitkan hati adiknya itu. Bibirnya diangkat sedikit apabila matanya berjaya menangkap sepasang mata Hanisa yang menayang wajah menyampah kepadanya.

Farah turut menyalami tangan berkedut milik wanita berumur itu. Dia hanya tersengih apabila tangan wanita itu juga naik memicit pipinya sekilas.

"Cicit aku mana, Helmi?" Tanpa menunggu sebarang balasan daripada tuan empunya kereta, Wan Rosminah terus meluru ke arah pintu belakang sit pemandu. Ke tepi semuanya, orang utama baginya sekarang ini adalah cicitnya! Yang lain dia boleh layan kemudian.

"Baik-baiklah, wan. Anak Helmi tu." Gurau Helmi kedengaran agak kasar, namun dia tahu neneknya itu tidak akan mengambil hati barang sedikit.

Wan Rosminah seorang yang berjiwa kental. Juga merupakan bekas askar pencen, itulah pasal nampak tegas semacam. Yang penting, di sebalik tegasnya itu terselit perasaan sayang.

"Dengan aku pun kau nak berkira?"

Helmi menyengih kerang tatkala mata helang milik neneknya sudah memandang tajam ke arahnya. Dia menggelengkan kepala, awal-awal angkat bendera putih. Risau jika dirinya diperlakukan seperti askar yang sedang training selepas ini.

"Aidin dan Aida ada je dalam kereta tu. Dorang masih tidur. Wan pergilah jenguk."

MR HANS MIKHAEL Where stories live. Discover now