DARI jauh Hanisa dapat melihat kereta pemberian abang sulungnya ada di sebuah bengkel berdekatan. Jadi dia memang tidak salah tempat, inilah bengkel yang dimaksudkan.
"Hai manis, boleh pak cik tolong?"
Hanisa tergelak kecil. Dia terkesan dengan panggilan yang digunakan oleh pak cik yang bekerja di bengkel itu. Selalu juga dia mendengar orang ramai memanggilnya manis, manis sangatkah dia?
"Pak cik, saya nak ambil kereta saya." Jawab Hanisa.
"Kereta?" Kening pak cik itu terangkat. Barangkali tertanya, bila masa gadis itu menghantar keretanya ke situ.
"Ya. Kancil hitam itulah kereta saya. Ke belum siap lagi? Kalau macam tu, saya tunggulah," jelas Hanisa apabila faham dengan riak tertanya-tanya pekerja itu.
"Oh yang itu kereta cik adik manis, ya? Jangan risau, dah siap baiki. Ada masalah sikit dekat bahagian enjin je. Sudah boleh ambil."
Hanisa mengangguk. Patutlah liat sangat nak hidup, ada masalah dekat enjin rupanya.
"Terima kasih. Bayar dekat mana, pak cik?" Tanya Hanisa lagi. Maklumlah ini kali pertama dia berurusan hal kereta di bengkel ini.
Pak cik itu mengangkat jari telunjuknya. Dapat Hanisa lihat seorang wanita yang tidak berhijab di bahagian dalam bengkel yang ditunjuk oleh pak cik itu.
Hanisa meminta diri. Kaki menapak ke sana. Wah, ada pendingin hawa dekat kawasan terbuka begini! Hebat. Dia kagum walhal sedikit tertanya, mengapa tidak pasang kipas siling aje?
"Ya cik, boleh saya bantu?"
Tanya wanita itu dengan sopan, tidak lupa senyumannya turut serta. Hanisa berbalas senyuman. Berbudi pekerti sungguh pekerja di bengkel ini. Pasti bosnya seorang yang tegas.
"Bayar kancil hitam tu berapa, kak?"
"Oh yang itu dah dibayar. Awal pagi tadi ada seorang lelaki datang sini untuk bayar. Jadi ciklah yang dimaksudkan untuk mengambil kereta tu?"
Tak semena-mena mata Hanisa membulat. Terkejut. Seorang lelaki? Adakah lelaki yang sama menghantarnya pulang semalam? Ya Allah, jika benar, dia sudah berhutang budi lagi dengan orang yang sama!
"Ya, saya empunya kereta tu. Lelaki itu tak tinggalkan apa-apa nota ke untuk saya?" Hanisa bertanya lagi. Dia boleh membalas budi jika lelaki itu meninggalkan nombor telefonnya. Baik dari segi wang atau lain-lain.
Wanita itu menggeleng kepala. Hanisa sedikit hampa, kalau macam tu rumitlah keadaan. Bagaimana mahu berjumpa dengan lelaki itu? Takkanlah hendak pura-pura mati kereta di tempat yang sama lagi semata-mata mahu berjumpa dengannya.
...
"TERMENUNG jauh nampak?"
Farah menegur adik iparnya yang duduk termenung di ruang tamu. Mata saja tertumpu pada TV tapi fikiran melayang entah ke mana.
"Tak adalah jauh mana, kak long. Setakat Thailand je cukuplah tu jauhnya," balas Hanisa dengan loyar buruknya.
Farah tergelak kecil. Kepalanya digelengkan.
"Nisa ni, tak habis lagi dengan loyar buruk. Nisa menungkan apa sebenarnya? Kak long dapat cam yang Nisa macam serabut fikirkan sesuatu."
"Tak adalah, kak long. Nisa okey je. Nisa nak cerita dengan kak long pun, Nisa sendiri tak tahu nak cerita macam mana," Hanisa menerangkan isi hatinya. Tak baiklah kalau orang dah ambil berat kita tak nak kongsi. Kakak iparnya itu sangatlah baik orangnya.
YOU ARE READING
MR HANS MIKHAEL
Lãng mạn❝Saya tak tahu kenapa saya perlu cakap macam ni. Tapi saya rasa, jom kahwin.❞ Sifat berani sudah tidak asing lagi dalam diri DARLING HANISA. Kalau dah jatuh cinta tu, memang cunlah dia pergi lamar anak teruna orang. ❝Jumpa mama aku. Berani?❞ Terla...