FROM THE RIVER TO THE SEA PALESTINE WILL BE FREE! 🍉
━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
"Lambat sangat."
Uh– Hanisa terpinga-pinga. Lambat maksudnya?
"Lambat kenapa? Abang nak balik Malaysia sekarang ke?" Tebak Hanisa. Tapi Mikhael dah janji nak balik hari Jumaat.
Mikhael mendiamkan diri dalam beberapa saat. Dia menggeleng tidak, mengangguk pun tidak. Barangkali masih merangka jawapan yang sesuai untuk diutarakan kepada Hanisa.
Mereka sememangnya sudah terlambat sangat dah sekarang. Bahkan hari yang dimaksudkan pun sudah berlalu 2 jam yang lalu.
Hanisa mengangkat kening. Dia memang seorang yang memahami pekerjaan Mikhael. Tapi kalau dah tiba-tiba mungkir janji begini, terasalah juga hati kecilnya. Sikit.
"Just tell me. Saya tak kisah pun kalau nak balik sekarang. Yang masalahnya nanti kenalah berurusan dengan pihak hospital." Nafi Hanisa. Dia membalas renungan Mikhael. Harap matanya tidak memberitahu segalanya.
Dalam keadaan serius begitu Mikhael tiba-tiba mempamerkan senyuman yang sukar untuk ditafsir. Done. Hipotesis diterima. Memang sah isterinya seorang yang pelupa.
Hanisa pula naik menyampah di tempatnya. Sah suaminya mental. Kejap senyum. Kejap serius. Kejap senyum lagi. Dua kali Jumaat saja lagi ni.
"Nope, sayang. Dah beritahu kan balik Jumaat."
"Habis tu kenapa nak senyum-senyum macam orang sewel?"
Mikhael tidak lagi tersenyum malah dia meletuskan ketawanya pula kerana geli hati. Orang kacak macam dia ni dilabel sewel, seriuslah wifey?
"Sebab sayanglah. Comel sangat. Rasa nak gigit lepas tu tendang masuk laut." Mikhael bertutur dengan sisa tawanya.
Hanisa buat muka. Puji sebab comel itu boleh diterima. Tapi tendang masuk laut tu agak-agaklah! Ingat guru ni sama spesies macam tentera ke? Ada tentera darat, tentera udara dan tentera laut? Mana ada istilah guru laut. Guru mengajar di darat sahaja!
"Betul-betullah."
"Salah-salah." Makin galak Mikhael mengenakan Hanisa.
"Fine! Saya sambung tidur balik!" Hanisa membaringkan diri semula dengan kasar.
"Eh, hati-hatilah. Karang kepala tu terhantuk dekat kepala katil, makin teruk jadinya." Suara Mikhael berubah khuatir. Dia membetulkan bantal di kepala Hanisa.
Hanisa menutup kelopak mata. Mulutnya bergerak-gerak mengajuk cara Mikhael bercakap itu.
"Open your eyes, sayang. Abang belum habis cakap lagi. Betul ke Hani tak ingat hari ini– I mean semalam hari apa?" Tanya Mikhael. Tangannya mengelus lembut kepala isterinya yang berbalut itu.
Lambat-lambat Hanisa mencelikkan mata. Pelik ni. Sejak bila Mikhael bahaskan diri dia abang semasa bercakap? Salah ni salah. Jerangkung kawasan mana pula yang rajin sangat masuk ke dalam badan suaminya?
"Kelmarin your birthdaylah, Hani." Ujar Mikhael berterus terang. Bro is fed up. Awat lemah sangat isterinya ni.
Sel-sel otak Hanisa terus bersambung sebaik sahaja mendengar kenyataan daripada Mikhael. Sekali dengar je dah cukup untuk membuatkan Hanisa mengerti. Dengan itu, Hanisa mencapai telefonnya untuk menilik tarikh hari ini, sekali gus mengetahui tarikh hari kelmarin.
"Eh, yalah, birthday saya. Ya Allah!" Hanisa tergelak kecil seraya mematikan mod DND pada telefonnya. Mesej yang dihantar dari kenalan Whatsapp sejak semalam menyusup masuk.
YOU ARE READING
MR HANS MIKHAEL
Romance❝Saya tak tahu kenapa saya perlu cakap macam ni. Tapi saya rasa, jom kahwin.❞ Sifat berani sudah tidak asing lagi dalam diri DARLING HANISA. Kalau dah jatuh cinta tu, memang cunlah dia pergi lamar anak teruna orang. ❝Jumpa mama aku. Berani?❞ Terla...