31

231 22 1
                                    

"Sudah. Kitorang dah nak gerak, Kayla."

"Biarlah. Akak kawan say.."

"Dia bini aku."

Hanisa buang pandangan ke luar tingkap. Tersenyum-senyum dia mengenang kembali perbualan daripada Mikhael dan adik iparnya sebelum berangkat tadi. Dia, Encik Umar dan Puan Nora hanya menjadi pemerhati.

Sekarang Hanisa sudah nampak perubahannya sejak berkahwin. Dia selalu senyum dan sengih seorang diri. Nak hairan tapi begitulah bahagianya bila sudah mendirikan rumah tangga sendiri.

Hanisa mencuri pandang Mikhael yang fokus memandu di sebelah. Fikirnya lelaki itu akan menegurnya lagi. Asyik senyum seorang-seorang katanya. Rupanya tidak.

Penat barangkali. Kelmarin drive. Malam pula berjaga untuk berdating dengan kerja. Hari ni sambung drive lagi untuk ke rumah lelaki itu pula. Nak minta tukar ke tak?

"Saya boleh ganti drive kalau penat."

Mikhael geleng kepala.

"Bagitahu kalau nak ganti." Sambung Hanisa lagi. Kasihan suaminya. Sudahlah penat. Penat layan dia lagi.

Sebenarnya, sekarang Hanisa sangat teruja. Tidak sabar dia menunggu ketibaan mereka ke rumah Mikhael nanti. Dah boleh tukar title kot, rumah mereka. Omoo. Mak, Hanisa sudah punya rumah sendiri!

Dalam hati sudah berdoa. Semoga jarak antara rumah mereka dengan sekolahnya tidak jauh. Tak adalah dia risau akan kelewatannya sampai ke sekolah nanti.

"Hanisa. Pergi buka telefon aku. Cari kenalan Afif. Bagitahu dia hantar dekat rumah aku borang yang nak kena sign semalam."

Hanisa tidak banyak songeh. Dia akur. Telefon Mikhael dia buka. Epal mat. Tak ada yang menarik. Wallpaper pun letak hitam gitu je. Memang tak ada perasaan seh.

"Call ke?"

"Text. WhatsApp."

Laju tangan Hanisa mencari kenalan bernama Afif sebaik saja Whatsapp dibuka. Dihantarnya pesanan seperti apa yang suaminya suruh tadi. Apa-apapun, dia buat-buat buta saja supaya tidak terbaca pesanan yang lain. Yang Hanisa tahu, banyak juga mesej yang tidak terbalas.

Agaknya, kalau dia yang mesej, Mikhael balas tak? Aduh. Susah ni.

Hanisa menyandarkan kepalanya sambil memikirkan hal tersebut.

"Dah nak sampai. Jangan mengada nak tidur bagai." Paling tidak dia akan tinggalkan saja Hanisa di dalam kereta nanti jika isterinya tertidur. Hujung bibir Mikhael terangkat.

"Mana ada tidur. Kalau tidur pun apa salahnya? Abang kan ada nak angkat saya guna bridal style." Hanisa kenyit mata kemudian tergelak.

Mahu saja Mikhael menghalau Hanisa sekarang juga akibat menyampah.

...

"Bilik aku. Bilik kau."

Mikhael mengangkat telunjuknya ke arah dua bilik. Di sebelah kanan adalah biliknya. Manakala di sebelah kiri pula bilik Hanisa.

Hanisa tayang muka blur. Hah?

Apabila otaknya berjaya mencerna maksud ayat tersebut, dia memasamkan muka pula. Wujud lagi rupanya tipikal orang macam suaminya.

"Kenapa perlu asing bilik?" Tanya Hanisa.

Mikhael tidak memberi respon sebaliknya meninggalkan Hanisa berseorangan di situ. Dia sebenarnya malas hendak melayan. Penat. Dia mahu mandi kemudian menunggu kedatangan Afif ke rumah.

MR HANS MIKHAEL Where stories live. Discover now