20

256 17 0
                                    

Monday blues.

Hanisa menutup mulutnya tatkala dia menguap buat kesekian kalinya sudah. Pagi tadi, boleh tahan liat juga dia mahu bangun tidur. Tidak pernah-pernah berlaku dalam sejarah hidupnya.

Sebelum ini, buat rilek buat chill saja dia bangun pagi meskipun tidur lewat pada waktu malam.

"Kau okey?" Zulaikah menegur. Bungkus kecil tisu dihulurkan apabila melihat kelopak mata Hanisa sudah mula berair, mungkin kesan daripada menguap.

Hanisa sekadar mengangguk.

"Coverlah sikit, kita kan tengah perhimpunan ni, tak pasal-pasal kau jadi buah mulut nanti. Kau tidur pukul berapa semalam?"

4 jari diangkat oleh Hanisa. Tisu diletaknya di bawah kelopak mata untuk menyerap air matanya. Hendak dibiarkan mengalir, mahu hancur make upnya nanti. Rugi.

"4 pagi?!" Terbuntang mata Zulaikah mendengarnya. Jika begini, tidak hairanlah mengapa kawannya itu tidak henti-henti menguap.

"9 malamlah!" Paha Zulaikah menjadi sasaran Hanisa. Seriously, 4 pagi? Sudahlah dia penat duduk seharian dalam kereta, takkanlah mahu dera mata untuk berjaga pula?

Itulah masalahnya sekarang. Ada masalah apa ya matanya itu? Tiba-tiba tidur awal boleh buatkan Hanisa menguap banyak kali, padahal tidurnya sudah cukup jika hendak dibandingkan dengan tidurnya sebelum ini. Kalau begitu, baiklah dia tidur lewat saja. Tiada matanya mahu mengantuk begini.

"Habis tu kenapa lesu semacam?" Tanya Zulaikah lagi kurang percaya.

"Aku okey. Malas sikit aje nak kerja hari ni." Jawab Hanisa. Ini kalau Puan Salmah yang mendengar, mahu kena sekat segala drama dan novelnya.

"Tak sihat?"

Hanisa menjeling. Boleh tahan bengap juga rupanya kawannya itu, dari tadi sudah bertanya tanpa henti. Mustahillah tidak faham lagi apa yang dia rasakan sekarang ini.

Zulaikah tersengih kerang.

"Jom, tandas!" Ajaknya kemudian.

Tergelak kecil Hanisa dibuatnya. Ya Tuhan, siapa sebenarnya yang tak okey sekarang ni? Dah macam budak sekolah pula kawannya itu mahu berteman ke tandas.

Tak lain tak bukan, mesti Zulaikah sudah bosan menadah telinga mendengar berbagai jenis ucapan sedari tadi.

...

"AKU dengar pasal kau dengan Rizza dah kecoh satu sekolah." Zulaikah membuka bicara. Tudungnya dirapikan dengan bantuan pantulan cermin di hadapannya. Cermin tandas ya, jarang tandas tak ada cermin. Lagi-lagi tandas orang perempuan.

"Malas ah," Hanisa herot bibir.

Manusia zaman sekarang memang, jenis yang suka jaga tepi kain orang lain. Mesti dah jadi gosip sensasi, kan?

Ini kalau orang ingat Hanisa yang menggatal nakkan Encik Rizza, memang diamuknya satu sekolah itu.

"Malas? Kau tahu tak, pasal kau dengan Rizza tu bukan setakat guru aje yang tahu, budak-budak sekolah ini pun dah tahu." Zulaikah pula yang naik bengang dibuatnya. Jika hendak dituruti amarahnya, habis lengai Encik Rizza dikerjanya. Berani dia mahu kotorkan nama kawan baiknya?

MR HANS MIKHAEL Where stories live. Discover now