13

210 20 0
                                    

"SAYA ingat kamu yang nak kahwin. Bila sampai turn kamu nanti, jangan lupa jemput saya ya?" Usik tuan pengetua, Encik Zakaria. Guru muda di hadapannya dipandang dengan penuh tanda tanya.

Muka dah cun. Aurat pun lengkap ditutup. Orangnya pula sopan je. Mustahil tidak ada seorang pun yang melekat dengannya. Buktinya, dia yang sudah berkahwin dan dah berusia ni pun boleh tertarik padanya. Mujur isterinya di rumah garang bak singa jadian, tak adalah dia berniat mahu pasang lain.

"Tak adalah cikgu. Insyaallah kalau dah jumpa jodoh nanti, saya jemput cikgu sekeluarga." Hanisa ketawa janggal. Mungkin semua orang dah pakat nak petik isu kahwin padanya gamaknya.

"Sebaiknya secepat yang mungkinlah ya kalau nak kahwin tahun ni. Saya takut kamu pening je nanti. Sibuk dengan urusan kahwin, sibuk juga nak handle pelajar SPM tahun ni." Tekun Encik Zakaria memberi nasihat.

Hanisa sekadar tersenyum. Oleh kerana tidak betah lagi ditanya tentang hal kahwin, dia kemudiannya pamit keluar. Risau jika soalan Encik Zakaria semakin melarut pula. Tidak lupa dia mengucapkan terima kasih sebelum pergi.

Keluar saja dari pejabat pengetua, Hanisa melepaskan keluhannya. Benarlah apa yang dikatakan oleh Encik Zakaria. Dia sebagai guru Bahasa Melayu dan mengambil alih kelas tingkatan 5 tahun ini mungkin agak serabut jika mengambil keputusan untuk berkahwin pada tahun ini juga.

Penyelesaiannya cuma satu, kahwin awal bak kata Encik Zakaria. Eh! Persoalannya, mahukah seorang Hanisa berkahwin buat masa sekarang?

Ini jawapannya.

"Tak, yang aku termakan kata Cikgu Zakaria ni dah kenapa? Bukannya aku pasang niat nak kahwin terus pun!"

Gumam Hanisa sendirian. Dahinya diketuk perlahan. Kata-kata guru lelaki yang berpangkat tinggi itu tadi sedikit sebanyak memakan dirinya.

Bibir diherotkan sekali. Otak ligat berfikir, mengapa pula Encik Zakaria mahu kisah tentang hal kahwinnya? Dia bukannya siapa-siapa bagi Hanisa. Lainlah kalau Puan Salmah yang bertanya.

Tipikal manusia zaman sekarang. Sibuk jaga tepi kain orang lain, dasar busybody! Kalau dah pasang niat nak belanja wedding orang tak apalah juga.

"Belanja catering pun kira jadilah," Hanisa menyengih. Dia menggelengkan kepalanya sementara langkah diatur menuju ke bilik guru yang tidak jauh dari pejabat.

"Hi tesoro."

Hanisa kejung di tempatnya. Gerangan yang menegurnya dari arah hadapan dipandang tidak minat. Bala lagi.

Tesoro? Fikir Dheo Hanlah tu? Ugh. Suka sangat perah santan, kan dah perasan. Hello, tak ada siapa yang setanding dengan Dheo Han okey! Tolonglah, jauh feeling sangat dah tu!

Hanisa patah balik. Badan dipusingkan. Niatnya ingin menggunakan pintu hadapan bilik guru tadi dibatalkan. Guna pintu pantri jelah!

"Tunggu, Darling!"

Membulat mata Hanisa apabila lengannya ditarik. Dipegang. Disentuh. Ya Allah, sudah tibakah waktunya bagi Hanisa untuk menunjukkan skill pertahanan dirinya?

Sudahlah panggilnya dengan gelaran Darling. Cis, memang minta side kick darinya betullah!

"Kau nak apa, Rizza? Lepaslah!" Hanisa menahan rasa. Tangannya ditarik kasar dari pergelangan tangan Encik Rizza. Mujur lelaki itu cepat melepaskan lengannya, Hanisa sudah berkira mahu menamparnya tadi.

Encik Rizza. Seorang yang meminati dirinya. Pernah lelaki itu melafazkan ayat cintanya pada Hanisa dahulu. Sampai sekarang lelaki itu masih mengganggu Hanisa oleh kerana cintanya ditolak mentah begitu saja.

Jika dibagi pilihan antara Encik Arif dan Encik Rizza sekalipun, Hanisa lebih rela memilih duda yang satu itu daripada memilih Encik Rizza yang berperangai tidak matang ini. Sekurang-kurangnya Encik Arif tidak pernah naik tangan menyentuhnya.

"Okay, I'm sorry." Kedua-dua tangan diangkat separa kepala.

"You buat apa dekat bilik Zakaria?"

Hanisa senyum sinis. Inilah salah satunya perangai Encik Rizza yang dia tidak suka. Biadab. Tiada ada adab sungguh dengan orang yang lebih berusia.

"Masalah kau ke?"

Encik Rizza mendengus.

"Salah ke I nak tanya? Ke you pasang skandal dengan dia hm? Come on Darling, you tahu kan isteri dia macam mana?"

Hanisa menggempal penumbuk. Nafasnya diatur agar amarahnya tidak dilepaskan di situ. Bertenang Nisa, ni tempat kerja, getusnya dalam hati.

"Hoi! Kau nak apa lagi dengan kawan aku hah? Blah ah, tak malu ke?"

Belum sempat Hanisa membalas, suara seseorang telahpun membatalkan niatnya. Dia kenal sangat suara itu. Zulaikah. Kasar sekali nada gadis itu menuturkan ayatnya.

"Stay away, Zulaikah. Jangan masuk campur hal orang lain. Ini hal kami berdua, tak ada kena mengena dengan you pun," bidas Encik Rizza tidak puas hati. Matanya tajam memandang kelibat Zulaikah yang kian mendekat.

Jangan masuk campur hal orang lain?

Hanisa menggulingkan bebola matanya tanda menyampah. Apa kurangnya dengan lelaki itu tadi? Sibuk je nak tahu kenapa dia pergi berjumpa Encik Zakaria. Siap dengan pakej tuduhan pula tu!

"Matanglah sikit, Rizza. Kita dah besar. Dah bekerja dah pun. Takkan masih nak tunjuk perangai macam budak sekolah kau tu? Be matured." Jika diikutkan kehendak hati, mahu saja Zulaikah menggilis kepala lelaki itu pada jalan tar sekarang. Biar sedar sikit. Dia pula yang rasa semak melihat Hanisa kerap diganggu olehnya. Dah macam psiko pula!

"Tch. Dia masih belum berpunya, aku pun sama. Ada masalah ke kalau aku nak cuba nasib sekalipun?" Encik Rizza berdecit. Selalu saja linenya dipotong akibat kehadiran Zulaikah yang langsung tidak diduga itu. Bengang dia dibuatnya.

"Kau yakin?" Zulaikah mengangkat keningnya memandang lelaki itu. Suaranya sengaja disiniskan.

"You masih belum berpunya, isn't? Darling?" Tanya Encik Rizza yang sedikit tergugat dengan kata-kata yang dilemparkan oleh Zulaikah bagi pihak kawannya. Fokusnya ditumpu pada Hanisa.

Hanisa menghembuskan nafasnya dengan berat. Gandingan antara Zulaikah dengan Encik Rizza, baguslah tu, buku bertemu ruas. Malas dia mahu ambil campur, sebentar lagi kelasnya bakal bermula.

"Jom pergi, Ju."

Lengan Zulaikah ditarik untuk beredar dari kawasan itu. Jeritan lelaki itu langsung tidak dihiraukan olehnya, sebaliknya kaki terus melangkah.

Mujurlah lelaki itu tidak membuat hal di dalam bilik guru. Mahu semua mata memandang ke arah mereka nanti. Maka dengan itu, tercetus pula kemudiannya gosip terhangat.

Kononnya layak macam drama akasia TV3. Cis, tak terlintas dek otak Hanisa mahu membuat drama di hadapan khalayak ramai!

"Kau okey? Dia ada buat apa-apa ke dekat kau? Kenapa tak elak je supaya kau tak dapat jumpa dia?" Tanya Zulaikah usai tiba di meja kerja masing-masing.

"Aku okey. Cuma dia ada pegang sikit lengan aku tadi dan dia tuduh aku pasang skandal dengan tuan pengetua." Terus terang Hanisa menjawab. Dia rasa selamat membuka cerita dengan kawan bersebelahan mejanya itu. Kawan sekerja.

Bukan main terkejut lagi Zulaikah dibuatnya. Air mineralnya diteguk sebentar sebelum menjawab.

"Dia tu memang kan! Kurang ajar. Tak faham bahasa betul." Jika dia sempat melihat perbuatan Encik Rizza itu tadi, tentu sudah tamat riwayat guru lelaki itu dikerjanya.

Mujur dia sampai tepat waktu meskipun tidaklah tepat mana. Zulaikah menggepal penumbuknya lagak dialah yang terpaling gengster sekali.

MR HANS MIKHAEL Where stories live. Discover now