Hanisa memukul-mukul lengan Mikhael yang mengikutinya. Apa pula masalah suaminya itu? Sudahlah letak kereta di dalam kawasan sekolah. Lepas tu nak ikut dia masuk bilik guru pula.
"Abang ni kenapa tak balik lagi?"
Mereka berhenti seketika di luar bilik guru. Hanisa nak jawab apa nanti kalau bertembung dengan mana-mana guru?
Mikhael tidak menjawab. Beg tangan dan juga buku-buku yang ada pada Hanisa dia ambil. Tanpa menunggu lama lagi, terus dia menarik lengan Hanisa memasuki bilik guru tersebut.
Hanisa yang tidak dapat melawan kudrat suaminya hanya pasrah.
"Meja yayang dekat mana?"
Tangannya digenggam oleh Mikhael. Hanisa terkejut. Dia mengukirkan sebuah senyuman untuk beberapa pasang mata yang memandang kedatangan mereka yang tiba-tiba itu. Suara tu kan tak boleh ke slowkan sikit!
"Cepatlah yayang." Mikhael puas apabila mereka menjadi tatapan orang ramai.
Hanisa menuju ke mejanya diikuti Mikhael. Sesudah sampai, cepat-cepat Hanisa memberi isyarat mata kepada Mikhael untuk meletakkan barangannya dan terus pulang.
Tapi Hanisa silap. This is Hans Mikhael. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan!
"Yayang ni merajuk lagi ke? Janganlah macam tu. Tak baik tau. Rezeki kita belum sampai lagi, nanti kita usahakan lagi ya?" Perkataan tertentu sengaja Mikhael tekankan.
Hanisa menyimpan nganganya. Okey. Faham. Dia sudah faham mengapa Mikhael mengikutinya ke sini.
"Lah, sampai merajuk ya kamu, Nisa? Tak sabar betul nak dapat baby. Kiranya belum berisilah ni? Halah tak apa, masih di awal perkahwinan kan. Ada masa lagi ni. Kalau kamu nak, saya boleh bagi cuti nanti."
Kata-kata yang dilontarkan oleh Encik Zakaria sedikit sebanyak menyebabkan suasana di bilik guru bertukar meriah dengan gelak tawa. Celah mana datangnya Encik Zakaria, Hanisa pun tidak tahu.
Nasib baik Hanisa guna bedak 10 inci hari ni, tak adalah rasa malu sangat. Tebal dah rasanya muka sekarang ni. Zulaikah di sebelahnya pun sudah tersengih-sengih. Kena pula meja mereka berada di tengah-tengah bilik guru!
"Belum ada rezeki." Mikhael tersenyum sambil berjabat tangan dengan Encik Zakaria.
Hanisa senyum saja memandang Encik Zakaria. Akan tetapi, senyumannya bertukar sinis tatkala anak matanya bertembung dengan Encik Rizza. Puas hati dia! Dia tidak semurah apa yang Encik Rizza katakan, bahkan perkahwinan mereka bukan seperti apa yang Encik Rizza sangkakan.
Aduhai encik suami. Kerja bagus! Dalam rasa malu, terbit juga perasaan suka.
"Bye yayang." Mikhael kenyit mata.
Checklist: Bersihkan nama baik Hanisa. SELESAI.
...
"Baik kau makan sekarang. Sebelum aku report dekat suami kau."
Bergerak-gerak mulut Hanisa mengajuk semula ayat Zulaikah. Tidak suka dia diugut sedemikian. Semuanya disebabkan peristiwa pagi tadi.
Kalaulah Zulaikah tahu Mikhael yang sebenar macam mana..
"Makanlah, Nisa. Penat tau aku pergi kantin sorang-sorang tadi." Zulaikah tolak sebungkus nasi lemak dan sebotol air mineral untuk Hanisa.
Hanisa mengeluh. "Aku belum lapar lagilah, Ikah. Tak apa. Kau simpan makanan ni. Bawa balik. Air pun aku masih ada ni ha."
Zulaikah tayang muncung. Apa yang Hanisa sibuk sangat dengan telefon itu, Zulaikah pun tidak tahu.
"Kau seriuslah nak baby?"
Tersedak air liur Hanisa mendengarnya. Zulaikah yang masih mengunyah itu dijeling. Apa kawannya itu nak jadi Mikhael versi 2.0 ke?
"Ikah! Janganlah petik lagi soal tu." Marah Hanisa. Penat dia dibahan perihal anak dari pagi tadi.
Terangkat-angkat kening Zulaikah sambil bibirnya tersenyum penuh makna.
"Biasa dia ni. Bukan main gatal lagi kan sejak dah berkahwin ni."
"Suka hatilah."
Lengan Zulaikah menjadi sasaran. Telefon Hanisa kini sudah ditutup. Terganggu dia dengan topik tersebut.
Zulaikah melepaskan tawanya. Makanan dia letak ke tepi sekejap. Tak pasal-pasal nanti tersedak pula. Biar dia puas ketawakan Hanisa dulu.
"Aku tak kisah pun, Nisa. Beranaklah kau. Buat banyak-banyak tau." Zulaikah sambung ketawa lagi.
Hanisa menjeling.
Waktu rehat masih berbaki 10 minit lagi. Panas punggung Hanisa duduk di sini. Baik dia masuk awal ke kelas.
...
"Hanisa. Eh, Hani. Eh."
"Panggil yayang jelah." Hanisa tersengih sambil memandang reaksi daripada Mikhael di sebelahnya. Coi! Muka suaminya itu sengaja dibekukan. Pagi tadi bukan main lagi.
"Sekarang panggil Hani jelah. Sedap pula saya dengar. Abanglah orang pertama yang panggil saya macam tu."
"Panggil Darling tak boleh? Nama depan kau itu kan?"
Hanisa buat muka terkejut. Baru tadi dia buat andaian yang Mikhael takkan nak punya kalau panggil dia guna nama depan tu. Tapi kan, Darling tu bukan ke sama je dengan yayang tu? Eceh. Hanisa sudah tersenyum-senyum. Tapi. Tapi. Tapi. Mikhael ni kenapa sebenarnya? Demam ke macam mana. Dari dulu dah Hanisa perhatikan je gerak-geri dia.
"Tanya je. Macamlah aku nak sangat panggil macam tu." Kata Mikhael apabila Hanisa mengambil masa yang lama untuk membalas.
Hanisa diam membisu. Tahu dah.
"Nak apa panggil nama orang ni?" Tanya Hanisa tidak mahu berbasa-basi lagi. Sakit pula hatinya tiba-tiba. Nak main tarik tali pula.
Mikhael berfikir sejenak sebelum melontarkan kata-kata. Tiba-tiba dia rasa tidak mahu bercakaplah pula. Jadi, dia biarkan soalan daripada Hanisa itu sepi tidak dijawab.
"Baguslah tu bagi harapan palsu."
Hanisa membuat kesimpulan sendiri bahawa Mikhael tidak akan menjawab soalan daripadanya memandangkan sudah 2 minit masa berlalu. Beria je lebih panggil nama dia tadi.
"Terima kasih." Ucap Hanisa tiba-tiba. Memang semuanya nak tiba-tiba je hari ni.
"Okey." Jawab Mikhael tanpa menoleh ke arah Hanisa. Perkara itu mengundang rasa marah Hanisa. Main okey je. Entah tahu atau tidak tahu tujuan Hanisa mengucapkan terima kasih itu.
"Abang ni kan! Tibe je okey. Bukannya nak tanya pun kenapa saya ucap terima kasih!"
Nasib baik suami. Nasib baik sayang. Nasib baik kacak.
"Hmm. Apa tu?"
Terdengar malas saja suara Mikhael ketika itu. Penat gamaknya mahu melayan kerenah isterinya yang macam-macam itu. Matanya masih fokus pada jalan raya.
Hanisa menarik bebola matanya ke atas 3 saat sebelum meneruskan kata-kata.
"Kan baik tanya dari awal. Hmm. Terima kasih sebab bagi tamparan sikit untuk Rizza pagi tadi. Saya sangat hargai. Nama saya pun tak tercemar lagi sebab abang dah tolong jelaskan pada semua orang di bilik guru tadi walaupun dengan cara kiasan."
"Mana ada aku tampar mana-mana orang." Terangkat sedikit hujung bibir Mikhael. Sengaja. Sebenarnya dia tidak tahu pun yang mana satu Encik Rizza.
Hanisa menjeling.
Oleh sebab tidak mahu melayan, Hanisa melemparkan pandangannya ke luar tingkap. Dasar encik suami. Hanisa masih tidak puas hati tau apabila dia menjadi bahan sakat dalam bilik guru tu.
Baby? Cakap senanglah. Nak buat tu susah. Itu semua rezeki yang diturunkan oleh Allah SWT. Nak-nak lagi Mikhael ni. Bilik pun asing-asing. Nak sentuh lagilah susah! Hampeh!
YOU ARE READING
MR HANS MIKHAEL
Storie d'amore❝Saya tak tahu kenapa saya perlu cakap macam ni. Tapi saya rasa, jom kahwin.❞ Sifat berani sudah tidak asing lagi dalam diri DARLING HANISA. Kalau dah jatuh cinta tu, memang cunlah dia pergi lamar anak teruna orang. ❝Jumpa mama aku. Berani?❞ Terla...