09

232 21 0
                                    

"HAISHH!"

Hanisa membuka matanya. Siling putih biliknya ditenung. Penat dia mencuba untuk lenakan diri tetapi tidak berhasil. Mengiring ke kanan rasa tak cun, mengiring ke kiri juga rasa tak cun.

Nak tidur telentang pun jauh sekali apatah lagi tidur meniarap.

Jam yang digantung dalam biliknya menunjuk ke angka 1 pagi. Hanisa berdecit, masalah betul. Tidak pernah-pernah dia mengalami masalah tidur sebelum ini.

Tangan naik memicit kulit kepala. Mata dipejam seketika.

Suasana masih sama, meriah sekali walaupun tetamu yang hadir hanya dalam berbelas orang saja. 2 ke 3 orang sudahpun pamit pulang. Encik Dian siap menghantar pemergian mereka hingga ke pagar rumah lagi. Puan Rozana pula melayan Puan Salmah dan Hanisa di meja makan. Adakala dia turut melayan tetamu lain yang hadir pada malam itu.

Mereka berbual kosong dan kadangkala bergurau senda untuk menghiburkan hati masing-masing. Hanisa tidak dapat menahan ketawa besarnya apabila Puan Rozana menceritakan perkara yang sungguh mencuit hati.

Gembira benar Hanisa.

"Mak, Mak Ana, Nisa cuci tangan sekejap. Dapur dekat ruang sana tu kan?" Hanisa mengangkat jari telunjuknya.

Mak Ana. Gelaran yang digunakan oleh Hanisa apabila berbual secara berdepan dengan Puan Rozana. Pendek dan singkat. Yang penting dia menghormati wanita itu.

Puan Rozana mengangguk. Ada juga dia menawarkan diri untuk menemani Hanisa ke dapur, namun gadis itu menolak.

Hanisa terus memcuci tangannya sehingga bersih apabila tiba di dapur. Maklumlah, dia memilih makanan yang berminyak dari semua jenis juadah yang disediakan. Makan pula tidak menggunakan sudu langsung, mana tak ikut berminyak juga tangannya.

Telefon dikeluarkan usai selesai mencuci tangan. Aplikasi kamera menjadi pilihan. Awning tudung yang terpantul dari kamera telefon diaturnya.

"Dekat dapur pun nak selfie?"

Hanisa tersentak. Mahu gugur jantungnya, tiba-tiba saja ada suara yang datang menegurnya padahal di dapur itu cuma ada dirinya seorang.

Tidak lama kemudian, kornea matanya menangkap kelibat seseorang. Matanya melekat pada gerangan yang bersandar di pintu dapur. Lengan bajunya dilipat sedikit, tangannya pula memegang sepuntung rokok.

Hanisa meniliknya dari bawah ke atas. Terbalik kan? Matanya automatik membulat apabila dia dapat mengecam wajah tersebut hanya dengan sekali pandang saja. Oh mai, petanda apakah ini?

Dia. Lelaki misteri itu. Lagi.

"Awak buat apa dekat sini?" Hanisa bertanya dalam terkejut. Pencuri? Tak mungkin. Lelaki itu mengenakan baju melayu. Tak ke pelik macam tu digelar pencuri?

Paling membuatkan Hanisa terkejut adalah warna baju lelaki itu matching dengannya. Asudah, macam berjanji pula!

Puntung rokok dibuang ke dalam tong sampah. Asap rokok dihembus keluar. Tangannya dimasukkan ke dalam poket baju melayu. Lelaki itu datang mendekati Hanisa.

"Kau buat apa dekat sini?" Soalan Hanisa dibiarkan sepi tidak dijawab, malah dia memberikan soalan yang sama buat gadis itu.

"Saya dijemput untuk datang," sedaya upaya Hanisa mengawal suaranya agar tidak gagap. Lain macam vibe lelaki itu malam ini, damage baju melayunya tidak terkata.

Baju melayu kaler hitam, lengan baju dilipat, hisap rokok. Pergh, serupa watak dalam novel yang pernah dia baca! Mahu pitam Hanisa dibuatnya.

Setapak. Setapak lagi. Dan setapak lagi melangkah ke hadapan.

"Eh!"

Hanisa sangat terkejut apabila tubuhnya tiba-tiba ditarik. Sedar tak sedar, dirinya sudahpun bersandar pada peti sejuk dan pergerakannya telah dikunci oleh lelaki itu. Hembusan nafas mint lelaki itu mengenai pipinya. Jarak antara mereka sangatlah dekat.

Hanisa menelan air liurnya yang terasa pahit. Pernafasannya seakan tersekat. Dup dap, dup dap. Matanya diberanikan untuk bertentang mata dengan lelaki itu.

"Kau stalk aku kan? Minat aku?" Senyuman sinisnya terukir. Hanisa diam tidak membalas apa-apa. Dia seakan terpukau dengan mata hitam pekat milik lelaki itu.

Hanisa membuka mata yang sudah lama dipejamnya. Dia bangun dari perbaringan. Air mineral dicapai lalu diteguk dengan kasar.

Pipinya yang terasa panas ditepuk-tepuk perlahan. Hanisa menggelengkan kepalanya. Sedaya upaya kata-kata dan perbuatan yang lelaki itu lakukan tadi dibuangnya dari fikiran.

Dia stalk lelaki itu? Hei, semuanya hanya kebetulan semata-semata! Manalah dia berdaya menolak pertemuan mereka yang langsung tidak dijangka itu.

Minat? Hanisa meraup wajahnya. Dia langsung tidak menyangka akan berjumpa dengan lelaki itu lagi.

Lelaki itu,

Hans Mikhael.

...

KELUARGA Encik Dian dan Puan Salmah kekal bahagia hingga kini. Walaupun kena ulang alik setiap minggu, Encik Dian rela demi menstabilkan rumah tangganya.

"AYAH!"

Hanisa berlari anak mendapatkan Encik Dian yang baru saja melangkah masuk ke dalam rumah. Terus dipeluk tubuh lelaki itu erat.

Encik Dian membalas pelukannya. Senyumannya terukir di bibir.

Puan Salmah pula hanya menjadi pemerhati antara dua beranak itu. Kepala digelengkan. Anak gadisnya itu mana pernah tak manja, si ayah pula jenis yang melayan saja.

"Takkan dah rindu? Baru semalam kita berjumpa," wajah anak bongsunya dipandang. Encik Dian menanti jawapan yang bakal keluar dari mulut gadis itu.

Hanisa mencebik.

Rindu pun salah ke? Mod halal okey, ayah sendiri!

"Of courselah rindu! Orang sentiasa rindu ayah 24 jam tau!"

Encik Dian dan Puan Salmah tersenyum mendengar jawapan anak gadis mereka. Mujur anaknya itu faham akan konsep keluarga mereka.

Akan ada hari di mana Encik Dian akan bermalam pula di rumah Puan Rozana. Begitu juga dengan sebaliknya. Mereka sangat bersyukur Hanisa tidak membantah akan konsep tersebut.

"Ayah lagi rindu cucu kembar ayah yang 2 orang tu. Lama dah tak jumpa. Ayah dengar abang long kamu baru je balik hari Khamis lepas, melepaslah ayah nak jumpa Aidin dan Aida." Langkah dituju ke sofa di ruang tamu. Pelukan Hanisa di tangannya tidak dilepaskan. Biarlah anaknya itu bermanja dengannya sekali sekala.

Hanisa mencebik sekali lagi. Pelukannya di tangan si ayah diuraikan tanda protes.

"Ayah ni... Cucu, cucu, cucu. Anak tengah rindu ayah tau. Boleh pula ayah rindu cucu lebih. Kalau abang long belum balik sekalipun, ayah masih juga tak jumpa si kembar tu. Dorang stay dekat rumah Mak Cik Luna. Nampak tak? Cucu ayah tak rindu ayah pun, dorang lebih rindu nenek dorang yang dekat sana. Werk!" Bicara Hanisa bersungguh-sungguh. Lidahnya dijelirkan di hujung ayat.

Puan Salmah tergelak kecil mendengarnya. Ada-ada saja ayat yang keluar dari mulut anaknya itu. Dia tahu Hanisa tidak mengambil hati barang sedikit pun dengan kata-kata Encik Dian, anaknya itu cuma berniat ingin bermanja saja.

Mustahillah Hanisa hendak berkira juga dengan cucu mereka. Cucunya itu baru saja mencecah umur 6 tahun.

"Yalah. Ni kalau Nisa dah kahwin, dapat cucu sekali, bukan setakat anak Nisa yang ayah akan rindu setiap masa. Dengan Nisa sekali ayah akan rindu," Encik Dian menaikkan sedikit hujung bibirnya. Sah, sekejap lagi anaknya bakal mengamuk! Nak-nak dipetiknya lagi isu kahwin.

"Never. Kalau macam tu, ayah rindu sajalah pada cucu kembar ayah tu."

Jika begitulah pilihannya, Hanisa sanggup. Sanggup dia kalau ayahnya lebih merindui anak kembar Helmi daripada dia terpaksa kahwin dan dapatkan cucu buat mereka.

Pasangan suami isteri itu hanya menggelengkan kepala. Tak minta banyak, harap anak mereka itu masih straight sajalah.

MR HANS MIKHAEL Where stories live. Discover now