23

210 20 1
                                    

PINTU rumah ditutup. Ruang tamu yang gelap itu dibiarkan tanpa ada niat mahu membuka lampu barang satu. Bukan mahu ambil kira tentang bil elektrik, namun dia tahu, membazir itu tidak baik. Amalan syaitan.

Biarpun duit berkepuk, janji tidak boros, membazir.

Mikhael melonggarkan tali lehernya. Tepat jam 1 pagi dia tiba di rumahnya. Penat usah dikata, badannya bagai dicucuk-cucuk pula rasanya. Lenguh. Seharian di pejabat, menghadap komputer dan segala kertas-kertas kerja, memang terasa lelahnya.

Niatnya tadi mahu bermalam saja di pejabat, namun badannya pula serasa tidak menyokong pendapatnya. Barangkali tidur di rumah, di tilam lebih selesa jika hendak dibandingkan dengan sofa di pejabatnya.

Anak tangga dipanjat.

Dua butang kemeja dibuka. Panas pula rasanya malam ini. Mungkin bumi bakal dibasahi hujan tidak lama lagi.

Tombol pintu bilik dipulas sebaik saja tiba di hadapan biliknya. Tidak membazir masa, dia terus melangkah masuk lalu mengunci pintu.

Pelik, bukan? Duduk seorang diri pun pintu bilik dikunci. Bukan apa, itu semua sebagai langkah keselamatan jika rumahnya diceroboh kelak. Bolehlah tu, selamat sikit dia dalam bilik yang terkunci dari dalam itu.

"Apalah yang nak jadi dengan aku lepas ini?" Keluh Mikhael seorang diri sambil tangannya mula memicit-micit kepala. Dia merebahkan badan sebentar pada tilam empuk miliknya. Huh, lega!

Fikirannya yang sudah sedia maklum serabut itu bertambah serabut lagi apabila dia terkenangkan semula peristiwa yang berlaku petang tadi.

"Jumpa mama aku. Berani?"

Huh! Mikhael meraup wajah.

Kenapalah mulutnya terlebih ramah petang itu? Tak ke buruk padahnya nanti kalau gadis itu benar-benar berjumpa dengan ibunya? Nooo, tak ubah macam pasang jerat untuk diri sendiri pula!

Rambut dikusutkan. Dua kali lima sama dengan fikirannya yang kusut waktu itu. Inilah buruknya apabila melakukan sesuatu perkara tanpa memikirkan kesan-kesan sampingan yang bakal timbul.

Sayang seribu kali sayang, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata? Buruk padahnya. Apakan daya, berserah dan berdoa yang baik-baik sajalah Mikhael mampu. Selebihnya, dia sekadar mengikuti arus takdir.

Malas hendak menyerabutkan isi kepala lagi, ruang mandi dituju oleh Mikhael. Baik dia bersihkan diri, kemudian tidur. Daripada pening lalat memikirkan perkara yang entah berlaku ataupun tidak itu.

...

USAI menunaikan solat Subuh, Mikhael terus berangkat menuju ke rumah kedua orang tuanya. Awal-awal lagi dia sudah memberitahu Kak Su tentang ketidakmasukannya ke pejabat hari ini.

Mikhael mengambil cuti. Seminggu dia berhempas-pulas di pejabat, biarlah dia menenangkan fikirannya pula hari ini. Rutin makan pun tidak teratur sepanjang dia sibuk bekerja seminggu itu. Baru semalam juga dia merasa tidur yang nyenyak.

Setengah jam perjalanan, akhirnya Mikhael tiba di destinasi.

Cepat-cepat dia melangkah keluar dari perut kereta. Perut pun sudah meminta untuk diisi, sarapan pun dia belum makan lagi. Punyalah rindu nak merasa air tangan ibu kesayangan sampaikan tak sempat menjamah apa-apa sebelum berangkat tadi.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussa.. Eh, abang!"

Serentak dengan itu, badan Mikhael menjadi mangsa pelukan. Bebola mata diputar tanda menyampah, sedikit pun dia tidak membalas pelukan si adik.

MR HANS MIKHAEL Where stories live. Discover now