Terpapar saja perkataan Victory di skrin telefon, Mikhael terus keluar dari permainan video tersebut. Hampir dua jam masanya dibazirkan begitu saja dengan Mobile Legends.
Teh Lemon disedut menggunakan straw.
Sesekali Mikhael menoleh ke arah Hanisa yang sudah nyenyak tidur di sana. Di katil yang empuk. Berbanding dengannya di sini, yang cuma melabuhkan punggung di kerusi besi.
"You know what, Hans Mikhael? Je... je t'aime tellement."
Mikhael melepaskan keluhan.
Fikirannya benar-benar terganggu dengan pengakuan yang dilontarkan oleh Hanisa beberapa jam yang lalu.
Akibat terkejut saat mendengar itu, Mikhael mengalih topik perbualan dengan menyuruh isterinya masuk dan tidur.
How heartless he is...
Sekejam itukah dia kerana tidak dapat membalas semula kata-kata seperti apa yang dikatakan oleh Hanisa padanya?
Yang mencintainya ialah Hanisa. Seorang isterinya yang sah.
Memang Mikhael sudah berjanji untuk cuba menerima Hanisa dalam hidup. Bahkan dia sanggup mencari tahu lokasi idaman Hanisa semata-mata ingin melihat wanita itu gembira. Ya. Mikhael memilih Paris kerana Helmi mengatakan adiknya benar-benar ingin ke sana.
Malah Mikhael sengaja mengatakan bahawa Puan Nora yang mencadangkan Paris untuk mereka.
Mikhael menyoal dirinya sendiri. Apa sebenarnya yang dia mahukan?
Ungkapkan kata suka? Pernah. Dia pernah mengakui yang dia suka akan Hanisa. Semuanya kerana isterinya itu seorang yang memahami.
Jadi apa? Apa yang dia mahukan? Perasaan apa yang sebenar-benarnya dia alami sekarang?
"Stupid me." Mikhael tergelak kecil. Sayang sahaja tiada rokok di situ untuk dia lepaskan rasa yang tidak diketahui ini.
Mikhael fikirkan kerja sahaja yang cukup menyerabutkan, rupanya ada lagi yang paling menyerabutkan. Rasa ini... Top tier!
Cinta? Sejujurnya dia tidak pernah merasa. Namun siapalah dia untuk memaksa?
Usai berperang dengan isi kepala, Mikhael bangkit dan menuju ke ruang mandi untuk mengambil air wudhuk. Ya, dia bersedia untuk mengerjakan sembahyang. Mencari petunjuk.
Sebesar mana pun masalahnya, ingat Pencipta ya semua. Bersujudlah...
...
Berkerut dahi Mikhael membaca isi telefon isterinya. Niatnya tadi sekadar ingin melihat angka jam sekarang. Namun lain pula jadi bila tiba-tiba saja ada notifikasi yang masuk. Tanpa teragak-agak, Mikhael buka dan baca.
Bila dah baca tu rasa macam sia-sia pun ada. Sebab tidak mengerti.
Selepas itu, Mikhael bangkit dari tempat beradu. Sekarang dah pukul 8 pagi. Kelibat Hanisa pun sudah tiada di sebelahnya.
Dengan hanya memakai seluar pendek, Mikhael menapak ke ruang dapur.
Jangan hairan yer. Bilik hotel mereka ni dah macam appartment. Saiznya besar. Ada dapur dan ruang tamu, tapi ianya masih di satu ruangan yang sama.
Dari jauh Mikhael dapat melihat Hanisa yang bertungkus-lumus memasak.
Walaupun hairan, Mikhael diamkan sahaja. Dah kenapa hari ini tiba-tiba isterinya sediakan sarapan pula.
"Sayang masak apa?" Laju tangan Mikhael melingkari pinggang Hanisa dari belakang. Entahlah. Dia pun sudah mula selesa begitu.
Hanisa usah dikata, mengejung sesaat tubuhnya sebelum dia tersengih suka. Jerangkung mana entah yang merasuk suaminya sejak dua menjak ni. Tapi good gamelah jerangkung sebab Hanisa suka.
YOU ARE READING
MR HANS MIKHAEL
Romance❝Saya tak tahu kenapa saya perlu cakap macam ni. Tapi saya rasa, jom kahwin.❞ Sifat berani sudah tidak asing lagi dalam diri DARLING HANISA. Kalau dah jatuh cinta tu, memang cunlah dia pergi lamar anak teruna orang. ❝Jumpa mama aku. Berani?❞ Terla...