"Mesti abang jadi timun kan kalau abang sejenis sayuran." Sebuah senyuman penuh makna terlakar di bibir Hanisa.
Mikhael yang sedang tenang menjamah makanan tengahari mengerutkan dahi. Jus guava yang dipesannya tadi diteguk perlahan sambil memandang isterinya sejenak. Hanisa mana pernah duduk diam. Setiap masa ada saja suaranya memecahkan kesunyian.
Ekspresi wajah Mikhael seolah-olah sedang mengatakan 'apa-pula-kali-ni?'. Yang pelik-pelik je.
"Timun dalam bahasa orang putih apa?"
"Cucumber."
Hanisa menepuk tangan sekali apabila Mikhael sudah mendapatkan jawapannya. Dia mohon sangat-sangat supaya suaminya itu tidak slow untuk kali ini.
"That's it! Cutecumber." Segala garfu dan sudu sudah diletaknya ke pinggan. Tumpuan pula diberikan kepada Mikhael seorang. Terhias reaksi teruja di wajahnya.
Berbanding dengan Hanisa, Mikhael masih lagi setia memasukkan sesudu demi sesudu makanan ke dalam mulut. Isterinya dipandang dengan rasa tidak berminat. Lagi? Tak menjadi seh. Perutnya lagi berbunga jika diisi dengan makanan yang ada di hadapan mata sekarang.
"Abang!" Protes.
Ke manalah agaknya hati Mikhael melayang sampaikan di wajahnya langsung tak terselit sebarang reaksi?
"Bagilah reaksi sikit. Kalau ya pun, senyumlah juga. Ish! Tak seronoklah macam ni." Hanisa menyilangkan tangan sambil menyandar pada kerusi.
"Makan. Aku ada hal lepas ni. Lambat tinggal."
Hanisa mencebik sebelum tangannya kembali memegang kedua-dua garfu dan sudunya. Tengok tu. Ada ke patut nak tinggalkan dia dekat sini kalau lambat? Tak takut ke dia ni kena culik? Sudahlah cantik. Pfft. Risau Mikhael menggila je pergi cari dia nanti.
Mikhael menghela nafas.
Sesi makannya sudah selesai. Hanisa yang ralit menjamah makanan dicuri pandang olehnya.
"Kau lupa sesuatu, Hanisa." Desis hati Mikhael dengan perasaan yang bercampur-baur.
Sebaris ayat yang dilontarkan olehnya untuk gadis itu masih segar di kotak memori, "Aku harap kau tak menyesal kahwin dengan aku."
Dia gagal menjadi suami yang baik untuk Hanisa, bahkan mungkin tidak akan pernah. Hatinya masih tertutup rapat walau tiada hati lain yang perlu dijaga.
...
"Saya tunggu tau, jangan balik lewat," pesan Hanisa dari luar tingkap. Dia cuba untuk mencari jawapan dari anak mata Mikhael, namun hampa apabila anak mata tersebut dilindungi dengan kaca mata hitam.
Hanisa senyum saja, "Take care."
"Bro.." Bahu Mikhael ditepuk dari belakang. Terhinjut Mikhael akibat terkejut, pesanan dari si isteri tengahari tadi lenyap begitu saja.
"Kau menungkan apa?"
Mikhael sekadar menggeleng.
"Terfikir nak terjun ke bawah ke?" Tebak Fattah ingin bergurau. Dari jauh lagi dia perhatikan saja kawannya itu, termenung ke luar jendela.. Takkanlah nak terjun betul-betul, ya tak?
"Makan jom." Ajak Mikhael tiba-tiba. Macam biasa, tak kuasa dia mahu layan benda-benda yang menyakitkan hati.
Melihat Mikhael yang sudah berura-ura bersiap untuk keluar makan, Fattah jadi tidak tentu arah. Dia belum cakap setuju lagi sama ada nak ke tak nak makan bersama dengan lelaki itu.
YOU ARE READING
MR HANS MIKHAEL
Romance❝Saya tak tahu kenapa saya perlu cakap macam ni. Tapi saya rasa, jom kahwin.❞ Sifat berani sudah tidak asing lagi dalam diri DARLING HANISA. Kalau dah jatuh cinta tu, memang cunlah dia pergi lamar anak teruna orang. ❝Jumpa mama aku. Berani?❞ Terla...