07

245 21 0
                                    

"BODOH!"

Hanisa tidak dapat menahan, carutan akhirnya terucap juga. Kepala didongak ke atas. Jelingan mautnya turut disertakan.

Gila? Ah, tak kisah!

Sudah banyak kali dia berusaha untuk mencapai pek milo yang dipesan oleh Puan Salmah tadi. Pek milo itu pula berada di rak atas sekali.

Segala jenis kutukan keluar dari mulutnya sedari tadi. Bukan berniat mahu menambah dosa... Hanisa memang sudah bengang sejak mula lagi. Dia tahu sabar itu separuh daripada iman. Namun, sabarnya kian menipis apabila usahanya mencapai pek milo itu langsung tidak berjaya.

Tidak lupa juga dia mengutuk pekerja dalam kedai runcit itu. Apa cerita letak milo dekat atas sekali? Nanti orang tua-tua nak ambil macam mana? Tambah lagi dia boleh dikategorikan dalam golongan 'terbantut'. Pendek. 153 cm? Nak capai benda alah tu, lambat lagi!

"Masa aku tak pakai heels jugalah kau dekat atas kan? Bila aku pakai heels nanti, semua benda ada je dekat rak bawah."

Hanisa menyambung usahanya mencapai pek milo tersebut.

Beginilah manusia. Bila dah marah, otak langsung tak berjalan. Tak berfungsi. Ada banyak lagi cara Hanisa boleh gunakan, antaranya meminta bantuan daripada pekerja kedai runcit itu. Namun, begitulah hakikatnya, kita lupa yang Hanisa juga seorang perempuan. Perempuan mana pernah salah.

Terjingkit-jingkit kaki Hanisa.

Tatkala tangannya hampir mencapai pek milo itu, malangnya, Hanisa terpijak kain baju kurungnya sendiri menyebabkan dia terjatuh seperti nangka busuk.

Mulut Hanisa melopong. Punggungnya selamat menyembah lantai putih kedai runcit itu. Cis, melepas lagi pek milo dari tangannya!

"Cik okey?"

"Kau tengok aku jatuh tergolek ni dah kenapa? Menyibuk aje." Bidas Hanisa tanpa memandang gerangan yang menegurnya. Punggungnya ditepuk kemudian Hanisa kembali berdiri. Buat malu je heh.

Apabila kepalanya diangkat, sekali lagi dia melopong. Tangan diangkat menutup mulutnya tanda terkejut yang amat.

"Aw.. awak?" Tergagap Hanisa apabila mendapati gerangan itu adalah lelaki misteri yang dikenalinya tempoh hari. Si bunga ros hitam!

Lelaki itu juga nampak agak terkejut, namun riak terkejutnya tidak dipamerkan. Dalam diam dia menghembuskan nafasnya dengan berat. Kakinya mula pergi meninggalkan kawasan itu.

"Tunggu!" Panggil Hanisa.

Namun semuanya sia-sia. Lelaki itu langsung tidak menghentikan langkahnya barang setapak. Adakala dia berfikir bahawa Hanisa sengaja membuang masanya dengan berborak kosong seperti di kedai bunga semalam.

"Tolong saya ambil milo dekat atas tu," Hanisa terus mengucapkan hasratnya tanpa berbicara tentang hal lain. Alang-alang lelaki itu di situ, bolehlah dia meminta tolongnya terus.

Tadi bukan main ber-aku-kau. Sekarang ber-saya-awak pula ya. Siap minta tolong pula tu. Tak malu sungguh manusia spesies Darling Hanisa ini!

Lelaki itu berhenti kemudian badannya dipusing menghadap Hanisa semula. Tangannya diseluk ke dalam poket seluar. Wajah tanpa riak ditadah buat Hanisa. Tanpa banyak kata, lelaki itu menurut. Pek milo yang dimaksudkan diambil.

Senyuman dihadiahkan buat sang jejaka. Tidak lupa Hanisa melafazkan ayat terima kasih kepadanya.

"Banyak lagi cara yang kau boleh guna, antaranya termasuklah minta tolong orang lain. Carutan tak mampu buat milo tu jatuh dengan sendiri." Sempat sindiran yang agak pedas dilontar olehnya sebelum meninggalkan kawasan itu. Datar saja suaranya.

MR HANS MIKHAEL Where stories live. Discover now