HANISA senyum tersipu-sipu tatkala drama korea yang ditontonnya menunjukkan aksi rama-rama. Rama-rama yang orang tahu saja tahu.
Kusyen digigit untuk melepaskan rasa seraya terjerit kecil.
"Tak naik tidur, Nisa?"
"Eh, mak! Belum. Habis episod ni nanti orang naik bilik."
Hanisa sengih. Satu, sebab dia takut dimarahi Puan Salmah oleh kerana dia menggigit kusyen kesayangan wanita itu. Dua, sebab dia tahu Puan Salmah bakal membuka ceramah sekejap lagi.
Halah. Dia sudah masak sangat.
"Dah kahwin pun tak berubah lagi ya perangai kamu. Kamu tinggalkan suami kamu seorang-seorang dekat atas tu?" Puan Salmah cekak pinggang.
Hanisa angguk kepala saja. Apa? Dia naik bilik temankan Mikhael pun bukannya dapat apa. Suaminya itu asyik dengan kerja saja.
Lepas Asar petang tadi pun lelaki itu sambung buka komputer ribanya balik. Kerjanya tak pernah dilupakan walau sesaat sekalipun. Kalau berhenti pun sebab nak bernafas aje! Geram ni.
"Amboi, Darling Hanisa! Kamu tu dah ada suami. Belum sampai sebulan lagi kamu dah buat hal ya? Seminggu pun belum sampai. Mak tak larang pun kamu tengok TV. Kalau ya pun, ajaklah turun sekali laki kamu tu. Kesian dia."
Hanisa mencebik, "Iyalah. Iyalah."
Tanpa menunggu lama, anak tangga dia daki satu persatu. Mulut Hanisa bergerak-gerak menandakan dia protes. Dia dianak tirikan oleh menantu Puan Salmah. Huhuhu. Tepat sekali fakta yang dibacanya sebelum ini.
Hanisa terus membenamkan diri ke dalam bilik sebaik saja tiba. Seperti biasa, Mikhael cuma menghabiskan sisa hidupnya bersama kerja. Lol. Fikir sweetlah tu?
"Abang. Jom ke bawah."
Kehadiran Hanisa di situ berjaya mengerutkan dahi Mikhael. Apa cerita ni? Tiba-tiba saja. Tadi elok saja isterinya itu ke bawah seorang diri. Tak ada pula mengajak untuk berteman bagai. Takkanlah takut?
"Cepatlah! Kerja tu boleh buat dekat bawah. Saya nak tengok TV ni. Nanti mak rampas remote kalau saya tak temankan abang." Main kerut-kerut dahi pula suaminya itu.
"Tak nak." Jawab Mikhael ringkas.
"Tolonglah bagi kerjasama. Ya, saya tahu abang sibuk dengan kerja. Saya juga sibuk nak layan oppa Korea saya dekat bawah tu! Cepatlah!"
Hanisa separuh merayu.
Sebenarnya dia boleh saja melayan drama melalui telefon atau komputer riba miliknya sendiri, tetapi dia lebih memilih TV. Jauh lebih besar katanya.
"Aku dapat apa kalau ikut?" Mikhael menyilangkan tangan. Kerjanya sudah diletak ke tepi. Sekarang masa untuk berunding.
"Dapat apa? Lah.. Kan abang buat kerja dekat bawah nanti. Tak ada dapat apa-apalah. Macam biasa, abang kan selalu sibuk dengan kerja."
Mikhael berdecit apabila merasakan dirinya sedang disindir. Okey. Itu fakta. Dia tidak boleh marah. Kerjanya sudah boleh diiktiraf sebagai pasangan hidup.
Dan pada akhirnya, Mikhael bersetuju. Dia menyimpan segaris senyuman apabila melihat Hanisa bersorak gembira. Melihat perkara tersebut, Mikhael teringatkan adiknya sendiri. Mikayla. Also, kaki drama.
...
"Ishh. Apa ni. Tak naklah."
Hanisa mengerling jam di dinding. Lagi 5 minit lagi angka jam akan bertukar ke pukul 2 pagi. Mereka sepasang suami isteri masih lagi berada di hadapan TV.
YOU ARE READING
MR HANS MIKHAEL
Romance❝Saya tak tahu kenapa saya perlu cakap macam ni. Tapi saya rasa, jom kahwin.❞ Sifat berani sudah tidak asing lagi dalam diri DARLING HANISA. Kalau dah jatuh cinta tu, memang cunlah dia pergi lamar anak teruna orang. ❝Jumpa mama aku. Berani?❞ Terla...